Senarai Pemimpin Dermawan Indiaspora 2021 (2021 Indiaspora Philanthropy Leaders List) menyoroti seratus pemimpin warga India dan diaspora yang telah meninggalkan impak signifikan melalui sumbangan dan penglibatan kedermawanan mereka

2021-08-13T04:24:41Z

Senarai ini mengiktiraf dan meraikan sifat murah hati penggerak perubahan dari serata dunia yang menjadi inspirasi kepada para dermawan masa hadapan

SAN FRANCISCO dan WASHINGTON, Aug. 13, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Indiaspora, sebuah komuniti bukan untung yang terdiri daripada pemimpin India global daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya, mengumumkan senarai mereka hari ini, yang mengiktiraf seratus pemimpin warga India dan diaspora yang telah membawa perubahan melalui pemberian mereka.

“Sesuatu yang memberikan inspirasi apabila dapat melihat begitu ramai dermawan daripada komuniti kita yang mentafsirkan kejayaan mereka menjadi impak sosial,” kata Pengasas Indiaspora, MR Rangaswami. “Pemimpin ini bertindak sebagai contoh tentang kepentingan sifat murah hati dan mengingatkan kita tentang banyak isu yang perlu kita berikan perhatian.”

Dengan bimbingan daripada sembilan orang ahli juri dan menggunakan panduan daripada pelbagai sumber, termasuk kajian yang diiktiraf, senarai yang disahkan sebelum ini, dan dokumen yang dikongsikan secara awam, Senarai Pemimpin Dermawan 2021 (2021 Philanthropy Leaders List) Indiaspora mengiktiraf pemimpin warga India dan diaspora di serata dunia bagi sumbangan dan penglibatan kedermawanan mereka.

“Saya sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini, dan saya menghargai pertimbangan teliti daripada semua yang terlibat terhadap setiap individu yang tersenarai,” kata Sara Kalim, Pengarah Pembangunan di Somerville College dan merupakan salah seorang ahli juri. “Sebagai seseorang yang bekerja dalam bidang pembangunan, saya melihat sendiri cara kedermawanan mengubah kehidupan orang lain menjadi lebih baik. Senarai ini menekankan tentang kuasa pemberian yang amat hebat.”

Dengan lebih 32 juta orang yang berasal dari India di seluruh dunia, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India, warga India merupakan populasi diaspora terbesar di dunia. Senarai Pemimpin Dermawan 2021 (2021 Philanthropy Leaders List) Indiaspora merangkumi dermawan dari India dan dari tempat migrasi diaspora yang penting, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Australia. Sesetengah dermawan ini tampil ke hadapan untuk membuat pemberian semasa krisis COVID-19.

“COVID-19 mengajar kita bahawa syarikat, organisasi bukan untung, kerajaan dan kedermawanan semuanya memainkan peranan penting dalam menyokong komuniti yang mereka berada dan jalankan operasi pada masa berlakunya krisis,” kata Prem Watsa, Pengasas dan CEO Fairfax Financial Holdings dan salah seorang yang tersenarai dalam Senarai tersebut. “Senarai Pemimpin Dermawan Indiaspora bertindak sebagai peringatan kepada diaspora untuk meneruskan kegiatan pemberian yang penting ini walaupun selepas krisis berakhir supaya masyarakat kita dapat menempuhi cabaran pada masa akan datang.”

Senarai ini merangkumi nama daripada pelbagai industri termasuk teknologi, hiburan, kewangan dan undang-undang, antara lainnya, yang menggunakan sifat kedermawanan mereka untuk menangani isu seperti akses kepada jagaan kesihatan, pendidikan berkualiti, air dan sanitasi, seni dan budaya, ketakjaminan makanan dan kebolehgajian.

“Saya harap diaspora akan terus membantu, malah dengan lebih giat lagi,” kata Rohini Nilekani, Pengasas-Pengerusi organisasi bukan untung, Arghyam yang berfokus pada air mampan dan sanitasi, juga individu yang tersenarai dalam Senarai tersebut. “Ini amat memberikan inspirasi dan juga kritikal dalam menyelesaikan banyak cabaran lama dan baharu dalam masyarakat.”

Senarai Pemimpin Dermawan 2021 (2021 Philanthropy Leaders List) Indiaspora merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif organisasi yang berfokus pada kedermawanan. Inisiatif lain termasuklah ChaloGive, satu kempen pemberian dalam talian yang telah mengumpulkan lebih daripada $3.5J pada tahun 2021 untuk memberikan bantuan COVID di India, dan Philanthropy Summit, sebuah acara tahunan yang menyatukan organisasi bukan untung, yayasan, para dermawan dan lain-lain lagi dalam ruang impak sosial bagi berkongsi ilmu berkenaan kedermawanan India dan diaspora.

“Ini merupakan detik transformatif untuk kedermawanan,” kata Ashish Shah, Pengarah Kanan Kedermawanan dan Penglibatan Komuniti di Indiaspora. “Tujuan kerja kedermawanan kami adalah untuk merangsang diaspora India demi meningkatkan lagi tahap pemberian mereka pada dekad yang seterusnya, dan Senarai Pemimpin Dermawan 2021 (2021 Philanthropy Leaders List) Indiaspora merupakan langkah penting dalam membina budaya kedermawanan.”

Untuk senarai individu yang tersenarai dan sumber tambahan, termasuk petikan, maklumat dan berita tambahan tentang individu yang tersenarai, sila layari laman web Senarai Pemimpin Dermawan Indiaspora 2021 (2021 Indiaspora Philanthropy Leaders List).

Maklumat lanjut tentang Senarai Indiaspora

Senarai Indiaspora (lists.indiaspora.org) menekankan kemajuan diaspora India dalam bidang seperti kerajaan, perniagaan dan kedermawanan.

Senarai Pemimpin Perniagaan (Julai 2020) Indiaspora yang pertama, menekankan tentang diaspora India yang menerajui syarikat global terbesar dan Senarai Pemimpin Kerajaan (Februari 2021) menekankan tentang lebih 200 orang pemimpin kerajaan dengan warisan India dari 15 negara di seluruh dunia.

Indiaspora (www.indiaspora.org) ialah sebuah komuniti bukan untung yang terdiri daripada pemimpin India global yang berpengaruh daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya, yang komited dalam memberikan inspirasi kepada diaspora untuk menjadi daya bagi impak positif dengan menyediakan platform untuk kerjasama, penglibatan dan cetusan perubahan sosial.

Orang hubungan media:

Mansi Patel

Pengarah Komunikasi, Indiaspora

[email protected]

nombor telefon bimbit: 772-486-0351

Coretan Media yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia dengan mengklik pada imej atau pautan di bawah: 


GlobeNEwswire

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.