Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Cradlepoint Melancarkan Portal Rakan Kerjasama Baharu untuk Mengoptimumkan Penglibatan dan Pengerahan 5G dan WAN Wayarles

2021-08-10T22:30:00Z

Cradlepoint Cascade Meningkatkan Pengalaman Rakan Kerjasama Melalui Papan Pemuka Diperkemas dan Sumber Menyeluruh

MELBOURNE, Australia, Aug. 11, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cradlepoint, peneraju global dalam penyelesaian pinggir rangkaian LTE dan wayarles 5G yang disampaikan awan, hari ini mengumumkan Cradlepoint Cascade, sebuah platform penglibatan baharu untuk program rakan kerjasama yang memenangi anugerah Cradlepoint. Platform ini menawarkan rakan kerjasama saluran pengalaman yang diperkemas untuk melancarkan dan mengewangkan penyelesaian peneraju industri Cradlepoint yang akan membolehkan pelanggan perniagaan memanfaatkan era 5G dan WAN Wayarles.

Cascade menawarkan ahli Program Rakan Kongsi Cradlepoint sebuah platform anggun dan ringkas yang menyediakan pengalaman pandangan tunggal untuk rakan kongsi, berserta koleksi sumber yang menyeluruh untuk membantu dalam menyampaikan pinggir WAN Wayarles yang menyeluruh, selamat, dan ditakrifkan perisian kepada pelanggan. Keupayaan Cascade termasuk:

  • Cerapan dan Pengurusan Pelanggan: Rakan kerjasama mempunyai akses penuh kepada data yang penting, termasuk butiran tentang bilangan lesen yang dimiliki oleh setiap pelanggan mereka, bilangan lesen yang digunakan dan lesen yang patuh atau tidak patuh. Rakan kerjasama juga mempunyai cerapan penuh kepada waktu langganan akan tamat tempoh dan waktu lesen perlu dibaharui.
  • Sokongan dan Pengurusan Jualan: Pengguna mempunyai akses kepada sumber yang membantu dalam proses jualan, termasuk kolateral produk, butiran teknikal, senarai harga, hubungan utama, dan keupayaan untuk mendaftarkan tawaran.
  • Latihan Kelas dunia: Melalui Cascade dan Cradlepoint University, Cradlepoint menawarkan rakan kerjasama pendayaan termasuklah latihan dengan fokus pada penempatan produk, penyelesaian dan kelas teknologi, latihan pembangun dan pensijilan untuk meletakkan rakan kerjasama dalam pasaran. Selain itu, rakan kongsi boleh melabur dalam perjalanan berpandu untuk melatih kakitangan dengan pelan 30, 60 atau 90 hari untuk mempercepat hasil dan meluaskan capaian.
  • 5G for Enterprise Branch Specialisation: Rakan kerjasama terkemuka yang menjual penyelesaian perniagaan untuk 5G Cradlepoint boleh mencapai 5G for Enterprise Branch Specialisation melalui Cascade, pensijilan yang layak untuk rakan kerjasama yang memenuhi kriteria jualan, teknikal, dan kecekapan perniagaan.

“Di Cradlepoint, kami menerajui cara berkenaan penyediaan penyelesaian yang membantu organisasi merealisasikan janji WAN Wayarles dan 5G, tetapi ini tidak mungkin akan berlaku tanpa ekosistem rakan kerjasama kami yang menakjubkan,” kata Eric Purcell, naib presiden kanan jualan rakan kerjasama global di Cradlepoint. “Cascade adalah tentang memastikan rakan kerjasama ini mempunyai alat dan sumber yang mereka perlukan untuk melakukan kerja mereka dengan berkesan. Dengan menambahkan portal baharu ini pada Program Rakan Kerjasama Cradlepoint, kami terus memperkukuh usaha kolektif kami untuk menyampaikan untuk menyampaikan penyelesaian berkesan yang mentransformasikan perniagaan dan mendorong hasil.”

Peneraju global dalam penyelesaian pinggir rangkaian wayarles 4G dan 5G yang disampaikan awan, platform NetCloud Cradlepoint dan penghala selular menyampaikan pinggir WAN Wayarles yang menyeluruh, selamat dan berasaskan perisian untuk menghubungkan orang ramai, tempat dan pelbagai perkara di mana-mana sahaja. Ahli Program Rakan Kerjasama Cradlepoint mendapat manfaat daripada latihan terbaik dalam kelasnya, panduan pelaksanaan, alat pendidikan dan penjanaan permintaan untuk membantu dalam memacu keterlibatan dan kejayaan pelanggan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Rakan Kerjasama Cradlepoint, lawati https://cradlepoint.com/partners/for-partners/

Petikan Rakan Kerjasama

“Kepentingan Cradlepoint Cascade kepada kami adalah seperti kompas kepada kelasi. Cradlepoint Cascade menavigasi perniagaan SD-WAN kami ke hala tuju yang betul, walaupun semasa ketidakpastian pasaran dan destinasi kelihatan jauh, terutamanya semasa pandemik global COVID-19 yang masih sedang berlaku, kata Zhafri Muhaimy, Ketua Pegawai Operasi, Cara Skadimo Sdn. Bhd.

“Sokongan rakan kerjasama Cradlepoint adalah cemerlang dan platform Cascade ialah bab yang seterusnya, menawarkan kepada kami semua sumber untuk menyokong pelanggan kami dengan lebih baik, daripada pemasaran kepada menjana peluang baharu sehinggalah pembaharuan estet sedia ada,” kata Ivan Landen, CEO, Blue Wireless.

Perihal Cradlepoint
Cradlepoint ialah peneraju global dalam penyelesaian pinggir rangkaian wayarles 4G dan 5G yang disampaikan oleh awan. Platform NetCloud™ dan penghala selular Cradlepoint menyampaikan pinggir WAN Wayarles yang menyeluruh, selamat dan berasaskan perisian untuk menghubungkan orang ramai, tempat dan pelbagai perkara di mana-mana sahaja. Lebih 25,000 syarikat perniagaan dan agensi kerajaan di seluruh dunia, termasuk pelbagai organisasi Global 2000 dan agensi sektor awam terkemuka, bergantung pada Cradlepoint untuk memastikan tapak yang kritikal untuk misi, titik perdagangan, angkatan lapangan, kenderaan dan peranti IoT sentiasa terhubung. Cradlepoint diasaskan pada tahun 2006, diperoleh oleh Ericsson pada tahun 2020 dan beroperasi hari ini sebagai subsidiari kendiri dalam teknologi Kawasan Perniagaan dan Perniagaan Baharu untuk Ericsson. Ibu pejabat Cradlepoint terletak di Boise, Idaho, dengan pusat pembangunan di Silicon Valley dan India dan pejabat antarabangsa di UK dan Australia. www.cradlepoint.com.  

Pertanyaan Media Cradlepoint  
Biana Chamlet, Pengurus PR
Cradlepoint
[email protected]
M. +61452 516 069 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts