Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Unique Network Dipilih Sebagai Rakan Kerjasama Blok Rantai Eksklusif untuk Inisiatif Iklim NFT Bersekutu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

2021-08-04T18:28:37Z

Platform infrastruktur NFT ini dipilih untuk inisiatif DigitalArt4Climate untuk membantu dalam memperkasakan artis menggunakan NFT dalam konteks matlamat dan program UN.

NEW YORK, Aug. 05, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Platform NFT Unique Network hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah dipilih oleh Program Penempatan Manusia yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Pendekatan Inovatif kepada Cabaran Global (IAAI GLOCHA) sebagai rakan kerjasama teknologi untuk DigitalArt4Climate, inisiatif terkininya untuk membantu dalam mengatasi perubahan iklim. Unique Network merupakan Rantaian NFT yang sedang memperluas keupayaan untuk token tidak sepiawai menerusi penyelesaian bukti kepentingan yang lebih cekap dan boleh skala, yang buat masa ini dibina untuk blok rantai Kusama dan Polkadot.

Dengan krisis iklim yang terus bertambah buruk, sangat mustahak untuk anak muda di seluruh dunia disertakan dalam proses mencapai penyelesaian. Pada tahap ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memperakui teknologi NFT sebagai medium baharu yang unik untuk ekspresi kreatif yang boleh membantu untuk menekankan mesej tentang tindakan iklim. NFT merupakan cara untuk ahli seni untuk menjana hasil daripada karya mereka pada skala global dan terus menerima bayaran untuk karya mereka walaupun setelah lama dijual. Ahli seni di mana-mana sahaja boleh mencapai pengumpul daripada khalayak antarabangsa yang menyokong karya mereka dan PBB mahu membawa bentuk seni ini kepada generasi pencipta seterusnya yang dapat memanfaatkan teknologi yang boleh meluaskan karya mereka.

DigitalArt4Climate bertujuan untuk memperkasakan ahli seni muda, pereka bentuk dan aktivis seluruh dunia untuk mencipta seni yang boleh memberikan ilham kepada orang ramai untuk mengambil tindakan terhadap krisis iklim global. Teknologi sudah lama menjadi sebuah sumber untuk aktivisme dan NFT mewakili medium baharu yang dioptimumkan untuk zaman digital ini. Unique Network akan mewujudkan dan menganjurkan pasaran NFT DigitalArt4Climate untuk ahli seni dan pereka web untuk mempamerkan karya seni mereka. Pasaran tersebut akan dibina pada penyelesaian NFT sedia digunakan yang dimiliki oleh Unique Network, yang menggunakan teknologi blok rantai yang dioptimumkan untuk kecekapan tenaga dan impak karbon yang rendah.

“Untuk menangani krisis iklim, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memahami keperluan untuk menggunakan alat yang tersedia untuk memberikan ilham kepada orang ramai untuk memberikan komitmen dalam tindakan terhadap perubahan iklim,” kata Miroslav Polzer, pengasas dan CEO GLOCHA. “Kami percaya bahawa penyatuan inovasi digital (IoT, pasaran data, NFT) dengan inovasi sosial (bentuk baharu dalam kerjasama berbilang pemegang berkepentingan) akan membawa kepada sistem boleh skala dan penyertaan yang tinggi. Kami telah mendapati infrastruktur inovatif dan fleksibel Unique Network boleh menjadi platform peneraju yang akan membantu kita untuk menyampaikan tindakan iklim impak tinggi. Dengan inisiatif ini kami akan memacu manfaat mobilisasi peringkat masyarakat bagi sumber dan tenaga orang ramai untuk mencapai dunia yang mampan.”

Unique Network telah menyertai DigitalArt4Climate untuk menerajui pelaksanaan teknikal program ini, di samping organisasi rakan kerjasama GLOCHA, UN-Habitat, Social Alpha FoundationExquisite Workers, dan Palette 69. SAF akan menyediakan sesi pementoran untuk ahli seni dan menaja anugerah pemenang. Exquisite Workers ialah rakan kerjasama kreatif dan kandungan yang terkemuka untuk inisiatif ini sementara Pallette69 menerajui pementoran UX/UI untuk Designathon.

“Kami teruja untuk mendemonstrasikan etos bagi teknologi lejar teragih dan data terbuka boleh digunakan untuk menyokong agen perubahan dalam mengenal pasti tindakan iklim yang boleh mereka lakukan,” kata Alexander Mitrovich, CEO Unique Network. “Unique Network amat berbangga untuk bekerjasama dengan inisiatif bersekutu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, badan global untuk mencabar paradigma dan memastikan ekuiti untuk peralihan yang adil. Kami percaya bahawa masa hadapan ekspresi manusia akan dilaksanakan melalui NFT yang mampan dan kami berdedikasi untuk menunjukkan dunia cara NFT dapat menyatukan komuniti kita yang sangat berbeza dalam perjuangan untuk menyelamatkan planet ini.”

Komponen pertama bagi inisiatif ini ialah Designathon, pertandingan reka bentuk pada bulan Julai yang menyaksikan pereka bentuk UX/UI bertanding untuk menghasilkan galeri seni digital dan pasaran yang akan mempamerkan komponen kedua bagi inisiatif ini, Pertandingan Seni DigitalArt4Climate. Bermula pada Hari Belia Antarabangsa, 12 Ogos, ahli seni muda boleh menyerahkan karya mereka pada laman web inisiatif itu. Pada penghujung pertandingan itu, penyerahan akan dilelong pada pasaran DigitalArt4Climate. Ciri Unique Network yang canggih akan membolehkan pembinaan dalam model hasil yang fleksibel untuk ahli seni individu.

Perihal Unique Network
Unique Network ialah yayasan untuk generasi NFT yang seterusnya. Rangkaian NFT untuk Kusama dan Polkadot, Unique Network menawarkan kebebasan daripada yuran urus niaga seluruh rangkaian dan naik taraf kepada pembangun dan pencipta.

Perihal Global Challenges Action Network (GLOCHA)
GLOCHA ialah organisasi persatuan awam ditauliahkan PBB yang berpangkalan di Austria. Misi IAAI sejak 1999 adalah untuk menubuhkan ekosistem untuk GLOCHA dan infrastruktur intelektual, teknologi dan institusi yang sepadan untuk penglibatan masyarakat dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan untuk alam sekitar.

Perihal Program UN-Habitat
Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah program PBB untuk penempatan manusia dan pembangunan bandar yang mampan. UN-Habitat beroperasi di +90 negara untuk menggalakkan perubahan transformatif di bandar dan penempatan manusia melalui pengetahuan, nasihat dasar, bantuan teknikal dan tindakan muafakat.

Perihal Social Alpha Foundation
Social Alpha Foundation ialah organisasi bukan untung yang menumpukan pada menyokong pendidikan, penyantunan dan projek blok rantai untuk memperkasakan komuniti yang menggunakan teknologi blok rantai untuk kebaikan masyarakat.

Perihal Exquisite Workers
Exquisite Workers ialah platform media sosial dengan kandungan yang dipilih khas, firma pakar runding kreatif dan komuniti NFT terbesar yang terdiri daripada ahli seni (572 pencipta daripada 50 negara).

Perihal Palette 69
Palette 69 ialah syarikat perkhidmatan reka bentuk dari India yang diasaskan pada 2015.

Pertanyaan media[email protected]

 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts