ZIM Memilih BookYourCargo untuk Mengurus Operasi Drayage

2021-08-04T14:23:55Z

BookYourCargo menyediakan kepakaran dan teknologi untuk melancarkan pergerakan drayage global kepada syarikat perkapalan 20 Teratas ini

WEST LONG BRANCH, N.J., Aug. 04, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- BookYourCargo (BYC), platform pembrokeran pengangkutan digital yang menghimpunkan penghantar dan pemandu trak untuk pengangkutan kargo yang lancar, hari ini mengumumkan ZIM Integrated Shipping Services Ltd. (ZIM), salah sebuah syarikat perkapalan kapal kontena 20 teratas di dunia, telah mendapatkan perkhidmatan BYC untuk mengurus operasi drayage mereka. Menggunakan Digital Drayage Platform berasaskan awan, didayakan teknologi milik BYC, ZIM memperoleh kebolehlihatan masa nyata dan keupayaan sebut harga segera dengan kapasiti terjamin melalui rangkaian dipercayai BYC bagi lebih daripada 1,800 pengangkut.

“Keputusan ZIM, salah sebuah syarikat perkapalan utama dunia dengan proses drayage di pelabuhan di seluruh dunia, memilih BYC untuk membantu mereka dengan operasi drayage mereka pada waktu yang penuh dengan ketidakpastian dan ketidakstabilan ialah bukti bahawa tahap perkhidmatan dan nilai yang kita sediakan kepada pelanggan kita,” kata Nimesh Modi, ketua pegawai eksekutif, BYC. “Penubuhan BYC adalah berlandaskan lebih 50 tahun kepakaran pengangkutan barangan, jadi kami faham drayage ialah segmen yang paling menjemukan, mahal dan diabaikan dalam rantaian bekalan. Kami telah berusaha dengan tekun untuk membina himpunan pengangkut berkelayakan, aktif dan setia yang membolehkan kami menjanjikan kapasiti dan keupayaan melalui Digital Drayage Platform kami. Kadar pembatalan kami adalah kurang daripada 0.1 peratus, yang bermakna pelanggan kami tahu bahawa apabila BYC menerima muatan, maka muatan tersebut akan dihantar.”

Digital Drayage Platform memudahkan pengurusan kadar, pengoptimuman operasi, penyepaduan perkhidmatan dan kebolehlihatan pesanan—mewujudkan nilai pelanggan dan kawalan rantai bekalan yang disesuaikan. Platform direka cipta pada tindanan teknologi terkini yang menampilkan robotik AI dan enjin pembelajaran mesin serta menyediakan penyepaduan API/EDI yang lancar dengan platform perisian pihak ketiga sedia ada, memastikan peralihan maklumat yang lancar.

“Pada awalnya, kami mendapatkan perkhidmatan BookYourCargo kerana kami memerlukan bantuan untuk mengesktrak kontena daripada beberapa pelabuhan West Coast yang terkandas pada masa itu disebabkan mogok pekerja,” kata Salah Adile, Pengurus Penghantaran Intermodal, ZIM. “BYC dapat mengambil alih dan mengeluarkan kesemua 800 kontena kami dari pelabuhan dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Sejak itu, kami telah meningkatkan urus niaga kami dengan BYC dan kini BYC salah satu penyedia utama kami, mengangkut lebih daripada 3,000 kontena kami setahun.”

Digital Drayage Platform boleh diakses dalam talian atau melalui aplikasi menggunakan peranti mudah alih, pelanggan dan vendor boleh mencari dan membandingkan kadar secara mudah mengikut lokasi, jenis angkutan dan ketersediaan pemandu, dan menempah muatan secara terus. Selepas tempahan dibuat, pengguna diberikan nombor permintaan yang boleh digunakan untuk melihat butiran pengiriman dan menjejak status pesanan dalam masa nyata. Aplikasi ini tersedia dalam Gedung Google Play dan Apple App Store.

Perihal ZIM

ZIM ialah syarikat perkapalan kapal kontena global dan ringan aset dengan kedudukan kepimpinan dalam pasaran di lokasi mereka beroperasi. Ditubuhkan di Israel pada tahun 1945, ZIM ialah salah satu syarikat perkapalan tertua di dunia, dengan pengalaman lebih daripada 76 tahun, menyediakan kepada pelanggan pengangkutan laut dan perkhidmatan logistik yang inovatif dengan reputasi untuk masa transit, kebolehpercayaan jadual dan kecemerlangan perkhidmatan yang menerajui industri.

Perihal BYC

BYC ditubuhkan pada tahun 2015 untuk melancarkan proses drayage dengan menyediakan penyelesaian yang berfokus pada teknologi. Dengan kepakaran meluas dalam pengangkutan, pelanggan memperoleh penyelesaian yang berorientasikan perkhidmatan, didayakan teknologi unggul yang menangani isu industri yang khusus dan sentiasa berubah-ubah. BYC baru-baru ini diiktiraf oleh Inc. 5000 sebagai salah sebuah syarikat yang berkembang paling pantas di Amerika Syarikat untuk tahun 2019. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.bookyourcargo.com.

Orang Hubungan Media:

Allison Mills
LeadCoverage
[email protected]


GlobeNEwswire

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.