Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Synchronoss Menamakan Christina Gabrys sebagai Ketua Pegawai Undang-undang

2021-07-28T22:08:31Z

BRIDGEWATER, N.J., July 29, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan pelantikan Christina “Chrissy” Gabrys sebagai Ketua Pegawai Undang-undang. Gabrys menggantikan Ronald Prague yang akan mengundurkan diri selepas 15 tahun bersama syarikat tersebut untuk mengejar minat lain. Dalam jawatan baharu beliau, Gabrys akan menyelia semua urusan perundangan untuk syarikat tersebut.

“Ron telah memainkan peranan penting dalam membentuk Synchronoss seperti yang anda lihat pada hari ini. Kepimpinannya dalam perundingan dan perjanjian kerjasama dengan pelanggan, melengkapkan pemerolehan dan usaha kewangan lain dalam syarikat – termasuk sumbangannya bagi permodalan semula syarikat baru-baru ini – tidak ternilai dan beliau akan dirindui,” kata Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ron atas segala sumbangan beliau kepada syarikat ini. Kami akan sentiasa menganggap beliau sebahagian daripada keluarga Synchronoss dan mendoakan kejayaan beliau dalam perjalanan baharu. Ron juga telah membuat perancangan peralihan menyeluruh yang akan membolehkan Chrissy memikul tanggungjawab baharu dengan segera sementara kami menyambut kehadirannya dalam pasukan kepimpinan kanan.”

Gabrys baru-baru ini berkhidmat sebagai Pembantu Penasihat Undang-undang Synchronoss dan Ketua Pegawai Pematuhan yang memerlukan beliau berurusan dengan pelanggan dan rakan kongsi global. Sebagai Ketua Pegawai Pematuhan syarikat, beliau mengemas kini program pematuhan syarikat untuk memastikan amalan terbaik bagi dasar dan prosedur serta tadbir urus korporat di seluruh organisasi. Gabrys menyertai Synchronoss sebagai sebahagian daripada pemerolehan Openwave Messaging, tempat beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Amerika dan APAC.

“Saya berbesar hati dapat memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Undang-undang dan tidak sabar untuk bekerja dengan ahli pasukan Synchronoss di seluruh dunia untuk memperkasakan pelanggan kami dan berhubung dengan pelanggan dalam cara yang dipercayai dan bermakna,” kata Gabrys. “Saya juga ingin menyampaikan penghargaan tulus saya kepada Ron. Bimbingan dan perancangan tekun beliau telah membuka jalan kepada peralihan lancar sementara saya memulakan tugas saya dalam peranan baharu ini.”

Perihal Synchronoss
Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com

Orang Hubungan Media

Untuk Synchronoss:
Anais Merlin, CCgroup UK
Diane Rose, CCgroup AS
E: [email protected]

Maklumat Hubungan Pelabur
Untuk Synchronoss: Todd Kehrli/Joo-Hun Kim, MKR Investor Relations, Inc., E: [email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts