Accelerate Mengmumkan Pelancaran Platform Digital

2021-07-28T19:25:53Z

Accelerate ialah lanjutan semula jadi asal dan asas HIMSS sebagai sebuah persatuan yang dipacu oleh ahli

CHICAGO, July 29, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Accelerate telah memasuki ekosistem kesihatan global sebagai platform digital binaan khusus yang memacu transformasi jagaan kesihatan sepanjang tahun dengan menghubungkan profesional kesihatan kepada cerapan daripada rakan sejawat dan peneraju pemikiran, alat pembangunan profesional, peluang rangkaian dan kandungan yang dipilih khas—pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

Pembangunan awal Accelerate datang daripada HIMSS, penasihat global dan peneraju pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi.

Accelerate ialah lanjutan semula jadi asal dan asas HIMSS sebagai sebuah persatuan yang dipacu oleh ahli dan merupakan penyelesaian inovatif yang bertujuan untuk menyokong ahli, rakan kongsi dan ekosistem kesihatan global sepanjang tahun.

Hal Wolf, presiden dan CEO HIMSS, menekankan: “Operasi global, pengalaman selama puluhan dekad dan ribuan ahli menyediakan HIMSS dengan skala kritikal dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas yang besar ini. Dengan perhubungan tiada tandingan dalam kalangan pembekal jagaan kesihatan, eksekutif industri dan entiti awam, Accelerate akan menjadi platform digital yang menghimpunkan pelbagai pemegang kepentingan dalam bidang kesihatan.”

Dengan Accelerate, profesional daripada semua bahagian ekosistem jagaan kesihatan mempunyai akses kepada platform yang diperibadikan dan disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Organisasi mendapat manfaat daripada cara yang dipertingkat secara radikal untuk mengurus, menyokong dan membangunkan kakitangan dan ahli mereka. Pembekal menikmati akses yang tiada tandingan kepada cerapan pasaran dan juga cara yang inovatif untuk melibatkan diri dengan pelanggan. Selain itu, Accelerate akan bersepadu secara lancar dengan tawaran pihak ketiga yang dipilih khas—dan dengan itu memperkasakan rakan kerjasama peneraju industri untuk mengedarkan produk dan perkhidmatan digital mereka melalui platform tersebut sepanjang tahun.

"Keahlian HIMSS telah meningkat hampir dua kali ganda dalam empat tahun terakhir menjadi 110,000, dengan lebih 36,000 tinggal di luar Amerika Utara. Tahun lalu menyerlahkan komitmen kami dalam memberikan respons dan menyokong komuniti dan misi kami dengan cara yang dinamik dan kami memerlukan keupayaan untuk mencapai dan menyokong ahli kami apabila mereka memerlukannya," kata Wolf. "HIMSS telah mengetuai pelaburan dalam Accelerate dan membantu pelancarannya, dan platform ini akan menjadi aset, yang bukan sahaja untuk ahli HIMSS, tetapi juga kepada ekosistem kesihatan global dalam skala yang besar."

Mulai hari ini, Accelerate tersedia kepada semua ahli HIMSS, pengguna individu, dan juga syarikat, organisasi serta pertubuhan yang berminat untuk mendapatkan akses bagi ahli mereka.

Pihak berkepentingan dijemput untuk menyertai himpunan organisasi yang sudah komited dan menjadi sebahagian daripada pelancaran ini. Untuk maklumat lanjut, lawati www.youraccelerate.com.

Karen D. Groppe
Pengarah Kanan, Komunikasi Strategik
Nombor Mudah Alih 312.965.7898 | Twitter @Karen_D_Groppe


GlobeNEwswire

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.