Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Zoom Bakal Memperoleh Five9

2021-07-21T10:27:34Z

Gabungan platform komunikasi Zoom yang teguh dengan pusat hubungan awan pintar Five9 akan membolehkan organisasi membayangkan semula cara mereka berinteraksi dengan pelanggan mereka

SAN JOSE, Calif. dan SAN RAMON, Calif., July 21, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh Five9, Inc. (NASDAQ: FIVN), pembekal terkemuka bagi pusat hubungan awan, dalam urus niaga saham penuh yang dianggarkan bernilai $14.7 bilion. Gabungan penyelesaian Pusat Hubungan sebagai Perkhidmatan (“CCaaS”) oleh Five9 dengan platform komunikasi luas Zoom akan mengubah cara perniagaan berhubung dengan pelanggan mereka, lalu membina platform interaksi pelanggan untuk masa hadapan.

Perolehan itu dijangka membantu Zoom meningkatkan kehadiran dengan pelanggan perusahaan dan membolehkannya untuk memecut peluang pertumbuhan jangka panjang dengan menambahkan pasaran pusat hubungan bernilai $24 bilion. Five9 ialah peneraju dalam perisian pusat hubungan berasaskan awan. Pusat hubungan awan boleh skala yang tinggi dan selamat itu menyediakan aplikasi mudah digunakan serta menyeluruh yang membolehkan pengurusan dan pengoptimuman interaksi pelanggan merentasi pelbagai saluran berbeza.

“Kita sentiasa mencari cara untuk meningkatkan platform kita dan penambahan Five9 sememangnya sesuai kerana akan menyampaikan kebahagiaan dan nilai lebih banyak kepada pelanggan kita,” kata Eric S. Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Zoom. “Zoom dibina atas teras kepercayaan bahawa teknologi komunikasi yang teguh dan boleh dipercayai membolehkan interaksi yang memupuk empati dan kepercayaan yang lebih besar dan kami percaya perkara itu sangat benar dalam interaksi pelanggan. Pengusaha berkomunikasi dengan pelanggan biasanya menerusi pusat hubungan dan kami percaya perolehan ini mewujudkan platform interaksi pelanggan peneraju yang akan membantu untuk mengubah cara syarikat pelbagai saiz berhubung dengan pelanggan mereka. Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan pasukan Five9 dan saya menanti-nantikan untuk menyambut mereka dalam keluarga Zoom.”

“Perniagaan menghabiskan sumber yang banyak setiap tahun untuk pusat hubungan mereka tetapi masih mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengalaman yang lancar untuk pelanggan mereka,” kata Rowan Trollope, Ketua Pegawai Eksekutif Five9. “Sememangnya telah menjadi misi Five9 untuk memudahkan perniagaan menyelesaikan masalah itu dan berinteraksi dengan pelanggan mereka dengan cara yang lebih bermakna dan cekap. Bergabung tenaga dengan Zoom akan memberi pelanggan perniagaan Five9 akses kepada penyelesaian terbaik, terutamanya Zoom Phone, yang akan membolehkan mereka untuk merealisasikan nilai yang lebih tinggi dan menyampaikan hasil sebenar untuk perniagaan mereka. Perkara ini, berserta falsafah ‘mudah digunakan’ dan portfolio komunikasi Zoom yang luas, pasti akan membolehkan pelanggan berinteraksi melalui saluran pilihan mereka.”

Perolehan Five9 oleh Zoom melengkapi populariti penawaran Zoom Phone yang semakin meningkat. Zoom Phone ialah sistem telefon awan moden yang menawarkan alternatif digital kepada penawaran telefon yang biasa, membolehkan organisasi berhubung dan berinteraksi dengan cara baharu dan mudah untuk menjalankan perniagaan.

Gabungan ini juga menawarkan kedua-dua syarikat peluang jualan rentas yang ketara kepada pangkalan pelanggan masing-masing. Hasil perolehan itu, Zoom akan memainkan peranan lebih besar dalam memacu masa hadapan digital dan merapatkan jurang antara syarikat dengan pelanggan mereka.

Berikutan urus niaga itu, Five9 akan menjadi unit operasi di Zoom dan Rowan Trollope akan menjadi Presiden Zoom dan terus menjadi CEO Five9, bawah penyeliaan Eric Yuan.

Butiran Urus Niaga yang Dicadangkan
Sebagaimana dalam sebahagian perjanjian itu, pemegang saham Five9 akan menerima 0.5533 saham daripada saham biasa Kelas A daripada Zoom Video Communications, Inc. bagi setiap saham Five9, Inc. Berdasarkan harga saham akhir bagi saham biasa Zoom Kelas A setakat 16 Julai 2021, ini mewakili harga sesaham untuk saham biasa Five9 sebanyak $200.28 dan nilai urus niaga tersirat dianggarkan sebanyak $14.7 bilion.

Lembaga Pengarah Zoom dan Five9 telah meluluskan urus niaga tersebut. Lembaga Pengarah Five9 mengesyorkan agar pemegang saham Five9 meluluskan urus niaga itu dan melaksanakan perjanjian penggabungan tersebut. Urus niaga itu, yang dijangka selesai pada separuh pertama tahun 2022, tertakluk pada kelulusan pemegang saham Five9, penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan dan syarat penyelesaian yang lazim.

Butiran dan maklumat tambahan tentang terma dan syarat perolehan ini akan tersedia dalam laporan semasa pada Borang 8-K yang akan difailkan oleh Zoom dan Five9 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Penasihat
Goldman Sachs & Co. LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Cooley LLP berkhidmat sebagai peguam Zoom. Qatalyst Partners berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Latham and Watkins LLP berkhidmat sebagai peguam Five9.

Maklumat bagi Panggilan Persidangan Urus Niaga
Zoom dan Five9 akan mengadakan Webinar Video Zoom untuk pelabur pada Isnin, 19 Julai 2021 pada 5:30 pagi Waktu Pasifik / 8:30 pagi Waktu Timur. Pelabur dijemput untuk menyertai Webinar Video Zoom dengan melayari: https://investors.zoom.us/. Ulang tayang akan tersedia selepas panggilan itu tamat.

Perihal Zoom
Zoom adalah untuk anda. Kami membantu anda mengekspresikan idea, berhubung dengan orang lain, dan membina ke arah masa hadapan yang hanya dihadkan oleh imaginasi anda. Platform komunikasi lancar kami merupakan satu-satunya platform yang bermula dengan video sebagai asasnya, dan kami telah menetapkan standard untuk inovasi sejak itu. Oleh sebab itu, kami adalah pilihan yang intuitif, boleh diskalakan dan selamat untuk individu, perniagaan kecil, dan perusahaan besar yang seumpamanya. Diasaskan pada tahun 2011, Zoom didagangkan secara awam (NASDAQ: ZM) dan beribu pejabat di San Jose, California. Lawati zoom.com dan ikuti @zoom.

Perihal Five9
Five9 merupakan penyedia penyelesaian pusat hubungan awan yang terkemuka dalam industri, membawakan kuasa inovasi awan kepada lebih 2,000 pelanggan seluruh dunia dan memudahkan berbilion interaksi pelanggan setiap tahun. Pusat Hubungan Awan Pintar Five9 menyediakan interaksi digital, analitis, pengautomatan aliran kerja, pengoptimuman daya kerja dan AI yang praktikal untuk membantu pelanggan mengubah pengalaman pelanggan mereka. Direka bentuk untuk menjadi kukuh, selamat, patuh dan boleh skala, platform Five9 membantu untuk meningkatkan produktiviti ejen dan penyelia, menghubungkan pusat hubungan kepada perniagaan dan akhirnya menyampaikan hasil perniagaan yang ketara termasuk hasil yang meningkat dan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan yang semakin teguh.

Pernyataan Prospektif
Komunikasi ini mengandungi maklumat prospektif berkaitan Zoom, Five9 dan perolehan Five9 oleh Zoom yang melibatkan risiko, ketidaktentuan dan anggapan yang besar yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada yang dinyatakan atau dibayangkan oleh pernyataan tersebut. Pernyataan prospektif dalam komunikasi ini termasuk, antara perkara lainnya, pernyataan tentang manfaat berpotensi bagi urus niaga yang dicadangkan untuk Zoom, Five9 dan pelanggan mereka, rancangan, objektif, jangkaan dan niat Zoom berhubung syarikat yang digabungkan itu, saiz peluang untuk Zoom di pusat hubungan, keadaan kewangan, hasil operasi dan perniagaan Zoom atau Five9 dan jangkaan bagi masa selesainya urus niaga yang dicadangkan ini.

Risiko dan ketidaktentuan termasuk, antara perkara lainnya, risiko berkaitan keupayaan Zoom untuk memenuhi urus niaga yang dicadangkan itu tepat pada waktunya atau langsung; keupayaan Zoom untuk menyepadukan operasi dan pegawai Five9 dengan jayanya; keupayaan Zoom untuk melaksanakan rancangan, ramalan dan jangkaannya yang lain berhubung perniagaan Five9 selepas selesainya urus niaga dan merealisasikan sinergi yang dijangkakan; kepuasan keadaan sebelum penyempurnaan urus niaga yang dicadangkan itu; keupayaan Zoom untuk mendapatkan kelulusan kawal selia pada terma yang dijangkakan tepat pada waktunya atau langsung, terutamanya dengan perkembangan kawal selia terbaru di Amerika Syarikat dan negara lain; keupayaan untuk merealisasikan manfaat yang dinantikan bagi urus niaga yang dicadangkan itu, termasuk kemungkinan bahawa manfaat yang dijangka daripada urus niaga yang dicadangkan itu tidak terealisasi atau tidak akan direalisasikan dalam tempoh masa yang dijangkakan; gangguan daripada urus niaga menjadikan hubungan perniagaan dan operasi lebih sukar untuk dikekalkan; sebarang kesan negatif daripada pengumuman atau penyempurnaan urus niaga yang dicadangkan pada harga pasaran bagi saham biasa Zoom Kelas A atau pada hasil operasi Zoom; impak kos urus niaga dan liabiliti tidak diketahui yang signifikan pada hasil operasi Zoom; risiko litigasi dan/atau tindakan kawal selia yang berkaitan urus niaga yang dicadangkan; penggunaan masa pengurusan dan sumber Zoom dan perbelanjaan lain yang berlaku berkaitan sebarang persetujuan atau kelulusan kawal selia atau kerajaan untuk urus niaga tersebut; kemungkinan bahawa tawaran saingan akan dibuat untuk memperoleh Five9; kesan pengumuman atau masa yang diambil bagi urus niaga terhadap hubungan perniagaan, hasil operasi dan perniagaan Zoom dan Five9 secara umumnya; impak pandemik COVID-19 dan langkah kesihatan awam pada perniagaan Zoom dan Five9 dan keadaan ekonomi secara umumnya; impak kejadian geopolitik; prestasi dan keselamatan perkhidmatan Zoom, termasuk sumber dan kos yang diperlukan untuk mengelakkan masa henti yang tidak dijangka dan mencegah, mengesan dan memulihkan kemungkinan pelanggaran keselamatan; serangan siber dan kerentanan keselamatan yang boleh membawa kepada hasil yang berkurangan, kos yang meningkat, tuntutan liabiliti atau bahaya kepada reputasi atau kedudukan saingan Zoom; kerosakan dan gangguan kepada perkhidmatan Zoom yang berlebihan jika Zoom gagal mengekalkan infrastruktur operasi yang mencukupi; faktor persaingan, termasuk peserta baharu dalam pasaran dan perubahan dalam persekitaran saingan dan persaingan yang meningkat; permintaan pelanggan untuk produk dan perkhidmatan Zoom; keupayaan Zoom dan Five9 untuk menarik, menyepadukan dan mengekalkan kakitangan yang layak; keupayaan Zoom untuk melindungi hak harta inteleknya dan membangunkan jenamanya; keupayaan Zoom untuk membangunkan ciri perkhidmatan dan produk baharu; hasil operasi dan aliran tunai Zoom; impak urus niaga terhadap strategi Zoom dalam memperoleh atau membuat pelaburan dalam perniagaan pelengkap, usaha sama, perkhidmatan, teknologi dan hak harta intelek; perubahan dalam cukai dan undang-undang, peraturan, kadar dan dasar lain; dan impak pengumuman perakaunan baharu.

Risiko ini, serta risiko lain berkaitan urus niaga yang dicadangkan, akan diterangkan dalam pernyataan pendaftaran pada Borang S-4 dan pernyataan/prospektus proksi yang akan difailkan dengan SEC berhubung urus niaga yang dicadangkan ini. Walaupun senarai faktor yang dinyatakan di sini dan senarai faktor yang akan dinyatakan dalam pernyataan pendaftaran pada Borang S-4 adalah, dianggap benar, tiada senarai yang harus dianggap sebagai pernyataan yang lengkap bagi semua kemungkinan risiko dan ketidaktentuan. Untuk maklumat tambahan tentang faktor lain yang boleh menyebabkan hasil sebenar banyak berbeza daripada yang diterangkan dalam pernyataan prospektif, sila rujuk laporan berkala dan pemfailan lain dengan SEC oleh Zoom dan Five9, termasuk faktor risiko yang dikenal pasti dalam Laporan Suku Tahunan terbaru Zoom dan Five9 pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K.

Pernyataan prospektif yang disertakan dalam komunikasi ini dibuat hanya pada tarikh yang dinyatakan di sini. Zoom tidak bertanggungjawab dan tidak berniat untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini, kecuali atas keperluan undang-undang.

Maklumat Tambahan dan Cara Mendapatkannya

Berhubung penggabungan yang dicadangkan ini, Zoom berniat untuk memfailkan pernyataan pendaftaran dengan SEC pada Borang S-4, yang akan menyertakan dokumen yang berperanan sebagai prospektus Zoom dan pernyataan proksi Five9 (“pernyataan/prospektus proksi”). Selepas pernyataan pendaftaran diisytiharkan berkuat kuasa oleh SEC, pernyataan/prospektus proksi akan dihantar kepada pemegang saham Five9. SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN PENGUNDIAN ATAU PELABURAN, PEMEGANG SEKURITI ZOOM DAN FIVE9 DIGESA UNTUK MEMBACA PERNYATAAN/PROSPEKTUS PROKSI (TERMASUK SEMUA PINDAAN DAN TAMBAHAN PADANYA) DAN DOKUMEN LAIN BERKAITAN PENGGABUNGAN ITU YANG AKAN DIFAILKAN DENGAN SEC APABILA TERSEDIA KERANA DOKUMEN ITU AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG PENGGABUNGAN YANG DICADANGKAN. Pelabur dan pemegang sekuriti boleh mendapatkan salinan pernyataan/prospektus proksi (apabila tersedia) dan dokumen lain yang difailkan oleh Zoom dan Five9 dengan SEC, secara percuma, melalui laman web yang diurus oleh SEC iaitu http://www.sec.gov. Salinan dokumen yang difailkan dengan SEC oleh Zoom akan tersedia secara percuma di bawah tajuk SEC Filings dalam bahagian Investor Relations di laman web Zoom di https://investors.Zoom.us/. Salinan dokumen yang difailkan dengan SEC oleh Five9 akan tersedia secara percuma di bawah tajuk Financials & Filings dalam bahagian Investor Relations di laman web Five9 di https://investors.five9.com/.

Peserta dalam Pengumpanan

Zoom dan Five9 dan pengarah dan pegawai eksekutif masing-masing boleh dianggap sebagai peserta dalam pengumpanan proksi berhubung urus niaga yang dicadangkan. Maklumat tentang pengarah dan pegawai eksekutif Zoom dinyatakan dalam Borang 10-K Zoom bagi tahun yang tamat pada 31 Januari 2021 dan pernyataan proksi untuk Mesyuarat Agung Pemegang Saham Zoom 2021, yang difailkan dengan SEC pada 18 Mac 2021 dan 5 Mei 2021. Maklumat tentang pengarah dan pegawai eksekutif Five9 dinyatakan dalam Borang 10-K Five9 bagi tahun yang tamat pada 31 Disember 2020 dan pernyataan proksi untuk Mesyuarat Agung Pemegang Saham Five9 2021, yang difailkan dengan SEC pada 1 Mac 2021 dan 29 Mac 2021. Pemegang saham boleh mendapatkan maklumat tambahan berhubung kepentingan peserta berikut dengan membaca pernyataan pendaftaran dan pernyataan/prospektus proksi dan bahan berkaitan lain untuk difailkan dengan SEC berhubung penggabungan yang dicadangkan apabila maklumat tersebut tersedia. Pelabur harus membaca pernyataan/prospektus proksi dengan teliti apabila tersedia sebelum membuat sebarang keputusan pengundian atau pelaburan.

Tiada Tawaran atau Pengumpanan

Komunikasi ini bukan penawaran untuk menjual atau pengumpanan penawaran untuk membeli sebarang sekuriti atau umpanan bagi sebarang undi atau kelulusan, atau jualan sekuriti tidak dilakukan di mana-mana bidang kuasa, kerana penawaran, jualan atau umpanan sedemikian adalah menyalahi undang-undang, berikutan pendaftaran atau kelayakan bawah undang-undang sekuriti di mana-mana bidang kuasa tersebut. Tiada penawaran sekuriti boleh dibuat kecuali dengan prospektus yang memenuhi keperluan Seksyen 10 dalam Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda.

Perhubungan Akhbar Zoom
Colleen Rodriguez
Ketua Hubungan Media Global
[email protected]

Perhubungan Pelabur Zoom
Tom McCallum
Ketua Perhubungan Pelabur
[email protected]

Perhubungan Akhbar Five9
Allison Wilson
352-502-9539
[email protected]

Perhubungan Pelabur Five9
Barry Zwarenstein
Ketua Pegawai Kewangan
925-201-2000 samb. 5959
[email protected]

The Blueshirt Group untuk Five9, Inc.
Lisa Laukkanen
415-217-4967
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts