Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Swift Navigation dan KDDI Mengumumkan Kerjasama untuk Meneruskan Lagi Pengembangan Global bagi Penentududukan Persis

2021-07-19T23:00:00Z

SAN FRANCISCO, July 20, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Swift Navigation, firma teknologi berpangkalan di San Francisco yang mentakrifkan semula GNSS (Sistem Satelit Navigasi Global) dan teknologi penentududukan persis untuk aplikasi kenderaan berautonomi, automotif, mudah alih dan pasaran massa, hari ini mengumumkan kerjasama dengan KDDI Corporation yang berpangkalan di Tokyo. KDDI ialah syarikat telekomunikasi antarabangsa yang berada di barisan hadapan dalam penggunaan inovasi teknologi untuk menyediakan rangkaian berkualiti tinggi dan amat boleh diharapkan yang memenuhi keperluan komunikasi bagi pelanggan globalnya. Kerjasama ini akan menjadi kunci dalam membawakan teknologi penentududukan persis Swift ke pasaran Jepun dan menambahkan KDDI sebagai rakan kerjasama utama dalam pengembangan global bagi perkhidmatan penentududukan persis Skylark—buat masa ini tersedia di seluruh benua A.S. dan di Eropah dengan kerjasama Deutsche Telekom.

Secara tradisionalnya, pembetulan GNSS persis disediakan menggunakan teknik kinematik masa nyata (RTK) yang memerlukan kepadatan stesen rujukan yang tinggi dan toleransi ralat yang terhad. Melalui kerjasama dengan Swift, KDDI dapat menggunakan penyelesaian pembetulan kawasan lebar berpaten milik Swift, suatu hibrid penentududukan titik persis (PPP) dan RTK. Penyelesaian ini menyampaikan pembetulan kawasan lebar dengan kepadatan stesen rujukan yang rendah, penumpuan pantas, ketepatan tahap sentimeter, semuanya daripada perkhidmatan yang amat boleh dipercayai disampaikan secara lancar melalui awan.

Ketepatan yang sebelum ini boleh memanfaatkan beberapa peralatan di lokasi kerja—atau di lapangan—kini boleh diakses oleh jutaan pengguna di seluruh benua. Ketepatan perkhidmatan penentududukan persis Skylark membolehkan penentududukan tahap lorong pada masa pertumpuan yang pantas untuk mencapai tahap keselamatan, kebolehpercayaan dan ketersediaan yang diperlukan oleh aplikasi berautonomi, pasaran besar-besaran dan mudah alih. Skylark ialah GNSS agnostik perkakasan, memberi pelanggan pilihan penderia GNSS yang mahu digunakan dan membolehkan pengguna merentasi industri menerima manfaat daripada ketepatan yang lebih tinggi dengan hanya melanggan Skylark. Kemudahan akses dan ketepatan output yang lebih tinggi ini mempunyai manfaat merentasi industri. Pengilang automotif mencapai ketepatan tahap lorong dalam suit penderia dengan tahap integriti yang tinggi. Syarikat penghantaran meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos dengan pengoptimuman laluan. Syarikat aplikasi mudah alih meningkatkan analisis menggunakan data yang tepat untuk mencipta peta yang lebih baik dan aplikasi yang berprestasi lebih tinggi. Aplikasi industri mengautomasikan peralatan dan meningkatkan kecekapan dengan penentududukan yang tepat.

“Swift Navigation sangat gembira untuk bekerjasama dengan KDDI bagi mengembangkan penentududukan persis Skylark di Jepun dan memanfaatkan pelanggan di seluruh dunia,” kata Timothy Harris, Pengasas Bersama dan CEO di Swift Navigation. “KDDI sentiasa berada di barisan hadapan bagi membawakan penyelesaian teknologi inovatif kepada pelanggannya dan Swift berasa sukacita untuk menambahkan nilai kepada perniagaan mereka melalui ketepatan boleh dipercayai yang disampaikan daripada Skylark.”

“Kami yakin bahawa penyelesaian penentududukan persis yang tinggi akan memperkasakan lagi keupayaan perniagaan kami dalam ruang mobiliti dan menyumbang ke arah pengembangan liputan perniagaan kepada kenderaan pintar,” kata Hiromichi Matsuda, Pegawai Eksekutif, Penerokaan & Pembangunan Perniagaan di KDDI CORPORATION. “Ketepatan yang dicapai daripada penentududukan persis membuka peluang untuk banyak perniagaan dan industri serta menambahkan nilai kepada pelanggan kita di Jepun.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara penyelesaian Swift dan KDDI boleh disepadukan dengan mudah ke dalam aplikasi anda, layari swiftnav.com/kddi.

PERIHAL SWIFT NAVIGATION

Swift Navigation menyediakan penyelesaian penentududukan persis untuk aplikasi automotif, kenderaan berautonomi, mudah alih dan pasaran massa. Permulaan sebagai penerima kinematik masa nyata (RTK), kos rendah dan berketepatan tinggi pertama dalam industri GNSS telah berubah kepada ekosistem Swift Navigation penyelesaian penentududukan untuk aplikasi berautonomi. Daripada perkhidmatan penentududukan persis GNSS benua yang dihantar daripada awan oleh Skylark™, penyelesaian bebas perkakasan, disepadukan perisian iaitu enjin penentududukan Starling® kepada Piksi® Multi dan Duro® yang tahan lasak dan penerima RTK Duro Inertial yang tepat ada tahap sentimeter, Swift Navigation sedang mendayakan masa depan kenderaan berautonomi untuk menavigasi dan memahami dunia. Ketahui lebih lanjut dalam talian di swiftnav.com, ikuti Swift di Twitter @Swiftnav

PERIHAL KDDI

KDDI ialah pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Jepun yang menawarkan kedua-dua komunikasi mudah alih dan talian tetap. Dengan pangkalan sebanyak 58 juta pelanggan yang sedia kukuh, dan melalui perkhidmatan mudah alih serta kedai yang menawarkan jenama “au” miliknya, KDDI mengembangkan perkhidmatannya kepada perniagaan "Reka Bentuk Kehidupan", yang merangkumi e-dagang, teknologi kewangan, perkhidmatan utiliti bekalan elektrik seluruh negara, hiburan dan pendidikan. Dengan sejarah 60 tahun, KDDI kini memfokuskan penciptaan infrastruktur pintar melalui teknologi IoT dan inovasi terbuka dengan rakan kongsi dan syarikat permulaan dalam pelbagai industri. KDDI sedang mempercepat pertumbuhan global perniagaan pengguna telekomunikasi miliknya, dengan operasi di Myanmar dan Mongolia dan perniagaan ICT global dengan jenama "TELEHOUSE".

Maklumat Hubungan Akhbar:
Swift Navigation
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts