Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Mencapai Peringkat Baharu

2021-07-14T09:20:23Z

SFIO Menceburi Bidang Hartanah dan Pembangunan Hartanah dengan Projek $100J dalam Perancangan

HAMILTON, New Zealand, July 14, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Smokefree Innotec, Inc. [SFIO] berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Memorandum Perjanjian [MOA] dengan AG Architects 2019 Limited [AG Architects] yang dijangka akan menjadi 100% subsidiari Agrokings, Inc., syarikat yang dimiliki sepenuhnya SFIO, susulan penggabungan songsang antara Agrokings, Inc. dengan SFIO.

SFIO berniat untuk mendapatkan sebahagian industri hartanah yang menguntungkan, dan tahun ini merupakan tahun yang penuh harapan untuk AG Architects kerana AG Architects telah memperoleh projek pembinaan yang bernilai NZD 55 juta untuk dilengkapkan dalam tempoh masa setahun. Dana yang datang daripada pelabur disasarkan untuk menghasilkan pulangan 113% kepada syarikat. Selain projek semasanya, AG Architects memiliki projek yang bernilai kira-kira 100 juta NZD dalam perancangannya, lengkap dengan reka bentuk dan kajian kebolehlaksanaan yang SFIO bercadang untuk biaya melalui pengumpulan dana dan pilihan pembiayaan yang lain.

SFIO mempunyai niat untuk mengembangkan syarikat, dan oleh itu, hartanah dan pembangunan hartanah hanyalah antara senarai kerjasama strategik dan pemerolehan yang sedang dalam perancangan. Projek yang dimaksudkan telah dinilai dengan teliti dan diprogramkan ke arah pengembangan SFIO. Subsidiari ini akan saling bekerjasama secara rapat untuk membentuk kerjasama dan projek yang boleh meningkatkan nilai syarikat secara eksponen.

SFIO ikhlas dalam menyampaikan nilai maksimum kepada pemegang sahamnya. Sebagai Pengerusi dan CEO SFIO, Jeths D. Lacson menyatakan, "Kami komited untuk membawa SFIO ke peringkat yang lebih tinggi."

Perihal Smokefree Innotec, Inc.

Smokefree Innotec, Inc. ialah Syarikat Pengurusan Aset dan merupakan konglomerat beberapa buah syarikat dengan lima bahagian perniagaan strategik, antaranya, pemfrancaisan, pengeluaran dan pengedaran makanan, perniagaan kopi, pembangunan hartanah, serta pembangunan teknologi dan perisian - semuanya mempunyai kehadiran kukuh di New Zealand buat masa ini.

Perihal Agrokings, Inc.

Agrokings, Inc. ialah subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh SFIO, dan pemilik dan pengendali Epiphany Cafe Franchise Group, Ardent Bakers, Gorgeous Coffee Co., A+ Electrical dan Accord Investment Group.

Perihal AG Architects 2019 Limited

AG Architects 2019 Limited, diperbadankan di New Zealand, melakukan perancangan induk, seni bina, reka bentuk dalaman, dan pembinaan yang mengkhusus dalam pembangunan kediaman, komersial, awan dan bandar, industri, dan institusi di New Zealand dan Singapura. Antara reka bentuk dan perkembangannya ialah Swiss Belsuites Hotel [NZ], Sol Apartments [NZ], Michael's Residences [SG], Pollen & Bleu [SG], dan Greenwood Mews [SG]. Untuk senarai projek: https://agarchitects.co.nz/project.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Craymond Yeong, PR & Pakar Pemasaran
Smokefree Innotec, Inc.
Telefon: (+64) 21 0833 2966
E-mel: [email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts