Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Martin Bernstein Menyertai Lembaga Pengarah Synchronoss

2021-07-13T20:16:09Z

B. Riley Executive Membawakan Kepintaran Kewangan yang Kukuh kepada Lembaga

BRIDGEWATER, N.J., July 14, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Martin Bernstein telah menyertai Lembaga Pengarah, berkuat kuasa serta-merta.

Bernstein telah dilantik ke Lembaga Pengarah sehubungan dengan permodalan Synchronoss semula baru-baru ini, dan bertindak sebagai wakil B. Riley Financial, Inc. (NASDAQ: RILY) (B. Riley) iaitu pemegang saham terbesar syarikat.

“Bagi pihak seluruh Lembaga kami, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan Marty ke dalam pasukan kami,” kata Stephen Waldis, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Synchronoss. “Pengalaman Marty yang meluas dalam strategi peruntukan modal, tadbir urus dan pembiayaan korporat akan bermanfaat untuk organisasi kita dengan baik. Saya yakin bahawa pengetahuan beliau yang mengagumkan dan rekod prestasi yang luar biasa bukan sahaja akan memanfaatkan Lembaga kami yang sudah sedia kukuh, saya juga menjangkakan sepenuhnya bahawa impak beliau akan menjadi kunci untuk membantu Synchronoss mencapai objektif pertumbuhan strateginya.”

Bernstein mewakili B. Riley Principal Investments, sekutu B. Riley yang membuat pelaburan terus dalam syarika yang mempunyai teknologi platform yang terbukti dengan potensi pertumbuhan jangka pendek yang ketara. Buat masa ini, beliau berperanan sebagai Ketua Pelaburan Persendirian di B. Riley dan bertanggungjawab untuk penyumberan, penaja jaminan dan pengurusan pelaburan syarikat di samping mengetuai pengagihan kepada rakan kerjasama pensindiketan. Bernstein mempunyai pengalaman meluas mengetuai pelaburan merentasi teknologi, pengangkutan, automotif, aeroangkasa, kuasa, infrastruktur dan sektor lain.

Bernstein mengomen, “Saya amat bebesar hati untuk menyertai Lembaga Synchronoss selepas bekerja rapat dengan Steve, Jeff, dan seluruh pasukan Synchronoss dalam permodalan semula baru-baru ini. Saya berkongsi keterujaan dan visi pengurusan bagi syarikat, didasarkan dalam inovasi yang berterusan dan suit produk label putih yang terbaik dalam kelasnya untuk menerajui pelanggan telekom. Kami yakin perniagaan Synchronoss berada pada titik lengkok balas dan berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan strategi pertumbuhannya susulan pembiayaan semula. Saya tidak sabar untuk terus bekerja dengan pasukan sebagai ahli lembaga sambil kita berusaha untuk mewujudkan nilai bagi pemegang kepentingan dan pelanggan.”

Sebelum menyertai B. Riley pada bulan Mac 2021, Bernstein bersama Anchorage Capital dan bertanggungjawab untuk mengetuai pelaburan merentasi struktur modal, termasuklah ekuiti persendirian, ekuiti persendirian, kredit berbayar, hutang bank, hutang distres, dan situasi penstrukturan semula. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai juruanalisis di Bocage Capital, dan bekerja dalam pasukan pelaburan untuk endowmen di Howard Hughes Medical Institute. Bernstein memperoleh AB dalam sejarah daripada Dartmouth College. Beliau berpangkalan di Connecticut.

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com

Maklumat Hubungan

Media
Anais Merlin, CCgroup (Antarabangsa)
Diane Rose, CCgroup (Amerika Utara)
[email protected]

Pelabur
Todd Kehrli/Joo-Hun Kim, MKR Investor Relations, Inc.
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts