Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

‘Falcon’s Beyond Global’ Dilancarkan sebagai Perusahaan Pembangunan Bersepadu Sepenuhnya untuk Taman, Resort, Media, & Barangan Dipacu IP

2021-07-08T23:16:16Z

Perusahaan baharu membawakan IP proprietari ‘Katmandu’ dan IP rakan kerjasama ke pasaran global melalui taman tema, resort, filem cerita, siri episod, produk pengguna, dan banyak lagi.

---------
Usaha sama dengan Meliá Hotels International membawakan akses kepada hartanah terbaik dan kehadiran operasi global di destinasi pelancongan utama di 40 negara.

ORLANDO Fla., July 09, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Dengan kejayaan taman tema yang terbukti di Eropah, pasukan kreatif yang memenangi anugerah, teknologi berpaten dan akses kepada hartanah global di destinasi pelancongan terbaik, Falcon’s Beyond Global, LLC telah dilancarkan sebagai perusahaan bersepadu sepenuhnya untuk menggerakkan hiburan berasaskan pengalaman yang dipacu cerita di seluruh dunia.

Sehingga kini, telah terbukti hampir mustahil untuk kebanyakan francais IP membuat pengerahan merentasi kandungan media, produk pengguna dengan pantas, dan paling sukar sekali hiburan berdasarkan lokasi bertema, sekaligus.

Perusahaan baharu, dipertingkat oleh usaha sama dengan Meliá Hotels International, akan menjadi satu-satunya organisasi hiburan bersepadu secara vertikal yang dapat mengaktifkan harta intelektual merentasi secara serentak merentasi spektrum transmedia penuh — dengan potensi untuk mentransformsikan kategori hospitaliti dan hiburan yang bernilai sebanyak $440 bilion.

Meliá, kumpulan hotel santai #1 di dunia dengan 390+ hartanah di 40 negara, kebanyakannya di destinasi pantai utama, akan membangunkan kombo taman tema + resort secara bersama dengan Falcon’s Beyond di hartanah utama di berbilang benua.

Falcon’s Beyond dijadikan formal pada bulan Mei ini apabila firma reka bentuk & perancangan induk tarikan utama Falcon’s Creative Group disatukan dengan syarikat hiburan bertema Katmandu Group.

Gabungan berkuasa ini serta-merta telah mewujudkan satu-satunya sumber bersepadu sepenuhnya untuk pengaktifan IP hiburan serentak—daripada pembangunan media penstriman sehinggalah pemerolehan tapak taman tema; perancangan induk kepada projek tempat fizikal; reka bentuk permainan & tarikan yang mengasyikkan kepada pembuatan barangan; sehinggalah operasi taman & resort bertaraf dunia.

Mengembangkan dan Mengevolusikan IP Katmandu

Fokus utama Falcon’s Beyond yang pertama adalah untuk menggunakan model IP Expander™  miliknya pada evolusi pantas IP “Katmandu” asal dan milik penuhnya—yang sudah sedia popular dengan jutaan warga Eropah yang telah mengunjungi Sol Katmandu Park & Resort di Mallorca, Sepanyol, dan senarai kem kanak-kanak berjenama Katmandu yang semakin berkembang di Sol Hotels Meliá.

Khalayak dapat mengaitkan diri dengan kisah dunia Katmandu yang tidak lekang dek masa dan saling berjalin—tempat watak mitos dihidupkan melalui pengembaraan liar, keajaiban berinspirasi yang penuh imaginasi, alam mengasyikkan, yeti yang sukar ditemui, dan barisan pengembara yang berbilang budaya.

Berserta watak baharu, siri video penstriman dan barangan, IP Katmandu yang telah terbukti akan menjalani pengembangan tempat fizikal. Melalui keupayaan teknologi yang unik, Falcon’s Beyond akan menetapkan Katmandu sebagai taman tema kelas dunia pertama yang mempunyai setiap permainan dan tarikan yang disesuaikan kepada kisah yang dipusatkan “seperti bab dalam legenda yang sama,” dan terikat secara digital kepada pengalaman tetamu individu.

Pembangunan sedang dilakukan pada taman Katmandu tambahan di lokasi resort Meliá di Punta Cana, Republik Dominika, Tenerife, Sepanyol, dan destinasi pelancongan utama yang lain.

Mendayakan Kemustahilan

“Falcon’s Beyond Global mewakili gabungan mutlak bagi potensi penceritaan tanpa had, kebolehskalaan harta tanah yang tangkas dan fleksibel, dan pengembangan imaginatif kepada pelbagai kategori,” kata Cecil D. Magpuri, CEO Falcon’s Beyond Global dan pengasas Falcon’s Creative Group yang asal. “Kami menghasilkan pengalaman terangkum dan dipacu cerita yang boleh kami bawa kepada pasaran dengan kelajuan yang tiada tandingan, menyingkirkan semua cabaran besar yang dialami oleh francais IP dan pembangun semasa cuba berbuat demikian dengan sendiri.”

“Kami benar-benar mendayakan perkara yang mustahil,” kata Scott Demerau, Pengerusi Eksekutif Falcon’s Beyond Global dan pengasas bersama, Katmandu Group. “Melalui kerjasama kami dengan Meliá, kami telah menghasilkan buku strategi baharu untuk membina taman tema ‘Big-Experience, Small-Footprint’ yang cekap kos, daripada komuniti resort pantai kepada ruang hiburan yang pelbagai kegunaan. Falcon’s Beyond Global membawakan pelengkap penuh bagi teknologi, reka bentuk dan kepakaran media kepada kerjasama ini. Bersama-sama, kami menawarkan sesuatu yang tidak pernah dapat diakses oleh syarikat sebelum ini. Ini memberikan manfaat besar kepada pembangun, IP memuncul, malah syarikat hiburan yang besar.”

Menghasilkan Taman “Big-Experience, Small-Footprint”

Meliá Hotels dan Katmandu Group pada awalnya disatukan dalam usaha sama 2012 untuk melancarkan Sol Katmandu Park & Resort bertema di Mallorca dan melengkapi pengalaman percutian pantai dengan menyediakan “hiburan dengan bilik.” Bukti konsep mereka memacu ke tempat teratas pada portfolio Meliá Sol dan telah dinamakan dalam European Hospitality Awards sebagai hotel #1 di Eropah untuk inovasi dalam perkhidmatan daripada lebih 100,000 hotel. Trivago Global menamakan taman + resort sebagai Hotel #1 di Sepanyol untuk Mengembara bersama Kanak-kanak. TripAdvisor menamakan Katmandu Park di 3 taman teratas di Sepanyol tiga tahun berturut-turut, dan sebagai Travelers’ Choice Best of the Best 2020.

Falcon’s Beyond akan meningkatkan lagi model unik yang telah terbukti bagi taman tema “Big-Experience, Small-Footprint” untuk Katmandu dan IP lain di seluruh dunia, memanfaatkan usaha sama dengan Meliá yang kehadiran operasi globalnya membolehkan pertumbuhan dalam sebarang destinasi pelancongan merentasi Amerika, Eropah, Asia, dan seterusnya. Hak untuk IP penting tambahan telah pun didapatkan, dan Falcon’s Beyond sedang dalam perbincangan dengan pihak lain untuk mengerahkan ekspresi transmedia lengkap pada kelajuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Syarikat ini telah mengusahakan projek perancangan dan reka bentuk induk yang berjumlah $100 bilion dan memenangi pelbagai anugerah reka bentuk bagi tarikan dan pengalaman bertaraf dunianya.

Alternatif Berevolusi kepada Taman Mega

“Taman tema mega” tradisional memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 tahun perancangan, berbilion dalam pelaburan, pemerolehan hartanah yang sukar, infrastruktur pengangkutan baharu, perancangan bandar dan 5-7 tahun pembinaan.

Falcon’s Beyond menyampaikan alternatif berevolusi.

Permainan dan tarikan proprietari Falcon adalah bertaraf dunia, canggih, dipacu cerita, dan pertama seumpamanya. Teknologi berpatennya dapat mewujudkan pengalaman taman mega dalam taman “Big-Experience, Small-Footprint” secara unik — yang memanfaatkan tanah yang jarang digunakan pada resort sedia ada dalam kawasan tumpuan pelancongan yang padat. Taman Falcon’s Beyond boleh dikerahkan dalam masa sesingkat 24-36 dengan kos yang kecil berbanding taman mega, dengan pakar dan operasi berterusan yang akan disediakan oleh Falcon’s.

Penggendala yang Sebenar

“Meliá komited untuk membawakan pengalaman luar biasa kepada tetamu kami di seluruh dunia” kata André Gerondeau, Ketua Pegawai Operasi Meliá Hotels International. “Taman dan resort bertema Katmandu akan menjadi bahagian yang penting bagi kisah kita sekarang, dan kami berpendapat inisiatif ini meletakkan kami lima tahun di hadapan industri hospitaliti lain dalam menyampaikan ‘hiburan dengan bilik.’ Semua orang di Meliá berasa teruja untuk bekerja dengan minda kreatif dan pakar pembangunan berpengalaman di Falcon’s Beyond.”

“Falcon’s Beyond dan model pengaktifan IP yang tiada tandingan, imaginatif dan sudah dikerahkan menganjak sepenuhnya paradigma industri hiburan yang telah diwujudkan,” kata peneraju industri Ken Faier, pengasas Epic Story Media, syarikat hiburan kanak-kanak yang perkhidmatan penuh dan dipacu pencipta.  “Kami telah melihat sendiri penciptaan Falcon’s dan kami benar-benar teruja untuk meneroka kerjasama yang hebat. Terdapat permintaan besar untuk keluarga yang mencari pengalaman menarik yang berkitar pada IP yang hebat.”

Melalui kepakarannya dalam pengembangan harta intelektual, pelesenan dan pengalaman yang mengasyikkan, Falcon’s Beyond Global mempunyai kuasa yang tiada tandingan untuk menjadikan dunia imaginasi kepada realiti — menginspirasikan kekaguman dalam khalayak dan tetamu, dengan memori abadi.

Perihal Falcon’s Beyond Global LLC
Beribu pejabat di Orlando, Florida, Falcon's Beyond Global, LLC merupakan perusahaan pembangunan hiburan pengalaman tahap atas, bersepadu sepenuhnya, yang mengkhusus dalam pengembangan harta intelektual. Syarikat membawakan IP proprietari miliknya dan IP rakan kerjasama ke pasaran global melalui taman tema, resort, tarikan, teknologi berpaten, filem cerita, siri episod, produk pengguna, pelesenan, dan seterusnya yang dimiliki dan dikendalikan. Syarikat telah memenangi banyak anugerah reka bentuk dan menyediakan perkhidmatan reka bentuk di 39 negara di seluruh dunia. Syarikat terdiri daripada empat bahagian teras: Falcon’s Treehouse (perancangan induk & reka bentuk), Falcon’s Digital Media, Falcon’s Licensing, dan Falcon’s Parks & Resorts. Penceritaan ialah daya panduan di sebalik semua projek Falcon’s Beyond —yang mengubah dunia menjadi realiti. Untuk maklumat lanjut, lawati www.falconsbeyondglobal.com

Perihal Meliá Hotels International
Diasaskan pada tahun 1956 di Palma de Mallorca, Sepanyol, Meliá Hotels International (MHI) mempunyai lebih daripada 390 hotel yang telah dibuka atau dalam proses pembukaan, di lebih daripada 40 negara. Hotel ini beroperasi di bawah jenama Gran Meliá Hotels & Resorts, Paradisus by Meliá, ME by Meliá, Meliá Hotels & Resorts, INNSiDE by Meliá, Sol by Meliá, dan TRYP by Wyndham. Syarikat merupakan peneraju global dalam hotel resort, dan pengalaman resort ini telah membolehkannya menjadi peneraju dalam pasaran hotel bandar yang diinspirasikan oleh santai yang semakin berkembang. The Sustainability Yearbook 2020, diterbitkan oleh S&P Global, menamakan Meliá sebagai antara Syarikat Hotel Paling Mampan di Dunia (Pingat Perak), dan disertakan dalam kalangan Peneraju Iklim Eropah 2021 oleh Financial Times & Statista. Meliá Hotels International juga merupakan ahli IBEX 35 dan merupakan syarikat hotel Sepanyol dengan reputasi korporat Terbaik, mengikut ranking Merco. Untuk maklumat lanjut, lawati www.meliahotelsinternational.com

MAKLUMAT HUBUNGAN:

Joel Moore
Praytell Strategy
[email protected]

María Umbert
Meliá Hotels International
[email protected]

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/77a4b0cf-859f-4c92-b5c4-8e95f66ea4f6


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts