Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Synchronoss Mengumumkan Penutupan $235 Juta bagi Penawaran Saham Biasa dan Nota Kanan

2021-07-07T12:40:22Z

Selain itu, Synchronoss telah mengumpulkan $75 juta melalui sebuah
penempatan persendirian bagi saham pilihan

Hasil bersih digunakan untuk memperincikan struktur modal syarikat

BRIDGEWATER, N.J., July 07, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan inovator bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan bahawa pada 29 Jun 2021, syarikat ini menutup penawaran awam yang ditaja jamin sebanyak 42,307,692 syer saham biasa, yang termasuk, 3,846,154 syer yang dikeluarkan berhubung opsyen penaja jamin untuk membeli syer tambahan, pada harga syer yang diperuntukkan kepada orang awam sebanyak $2.60 bagi setiap syer, untuk hasil kasar kira-kira $110 juta. Syarikat ini juga mengumumkan bahawa pada 30 Jun 2021, pihaknya telah menutup penawaran awam yang ditaja jamin sebanyak $125 juta jumlah pokok agregat sebanyak 8.375% nota kanan yang akan dibuat pada 2026, yang termasuk $5 juta jumlah pokok agregat nota kanan yang dikeluarkan berkaitan dengan opsyen penaja jamin untuk membeli nota kanan. Hasil kasar untuk kedua-dua penawaran itu adalah eksklusif bagi diskaun dan komisen yang ditaja jamin dan anggaran perbelanjaan penawaran yang perlu dibayar oleh Syarikat.

Synchronoss dan nota kanan menerima rating BB- daripada Egan-Jones Rating Company, sebuah agensi rating bebas dan tidak bersekutu. Nota dijangka akan mula berdagang dalam Nasdaq Global Select Market bawah simbol “SNCRL” seawal 1 Julai, 2021.

Selain penawaran awam, pada 30 Jun 2021, Syarikat menutup peletakan persendirian 75,000 syer Saham Pilihan Tidak Boleh Tukar Kekal Siri B kepada B. Riley Principal Investments, LLC untuk harga pembelian agregat sebanyak $75 juta.

Dua penawaran awam dan peletakan persendirian itu menghasilkan hasil bersih sebanyak kira-kira $300 juta selepas memotong diskaun dan komisen yang ditaja jamin tetapi sebelum perbelanjaan. Pada 30 Jun 2021, Syarikat menggunakan hasil bersih untuk sebahagiannya menebus semua syer tertunggak Saham Pilihan Kekal Sertaan Boleh Tukar Siri A yang dimiliki oleh Siris Capital Group dan untuk membayar semula jumlah belum lunas bawah kemudahan kredit pusingan Syarikat.

“Synchronoss telah muncul daripada proses pembiayaan semula yang menyeluruh dengan asas kewangan padu yang akan menyokong misi kami untuk memperkasakan pelanggan kami untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna,” kata Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss. “Pada hari ini, kita mempunyai persekitaran kewangan mampan yang memberi kita kefleksibelan pengendalian yang diperlukan untuk melabur dalam menyampaikan dan meningkatkan pengalaman awan, pemesejan dan digital yang hebat untuk pelanggan kita; untuk membolehkan pertumbuhan jangka panjang; dan untuk menyampaikan nilai pemegang saham yang lebih tinggi kepada mereka yang melabur dalam syarikat.”

Pembiayaan semula juga telah membawa kepada pengosongan kerusi oleh ahli Lembaga Pengarah Synchronoss, Frank Baker, Peter Berger dan Robert Aquilina yang masing-masing dikaitkan dengan Siris Capital Group. “Bagi pihak seluruh Lembaga dan pengurusan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Frank, Peter dan Bob atas sumbangan mereka kepada Synchronoss sepanjang tiga tahun yang lalu dan atas kemurahan hati mereka sebagai penasihat kepada saya,” kata Miller.

Bersempena dengan permodalan baharu ini, B. Riley Financial, Inc., termasuk sekutu tertentu, akan berkhidmat sebagai pelabur ikatan Synchronoss. Synchronoss telah memberikan B. Riley perwakilan pada Lembaganya.

Bryant Riley, Pengerusi dan CEO bersama B. Riley Financial, Inc., memberikan komen: “Kami berasa sukacita untuk menjadi rakan kongsi strategik dan penaja kewangan kepada Synchronoss untuk permodalan ini dan komited untuk memanfaatkan keupayaan operasi dan kewangan platform kami yang lengkap untuk menyokong Synchronoss dalam strateginya untuk menyampaikan nilai. Kami menanti-nantikan untuk terus bekerja rapat dengan Jeff dan seluruh pasukan pengurusan apabila Synchronoss memasuki fasa baharu yang menarik ini untuk perniagaannya.”

B. Riley Securities, Inc., bertindak sebagai penaja jaminan utama dan pengurus penaja jaminan tunggal untuk penawaran saham tersebut. Northland Capital Markets bertindak sebagai pengurus bersama bagi penawaran saham biasa ini.

B. Riley Securities, Inc. bertindak sebagai pengurus penaja jaminan tunggal untuk penawaran nota kanan tersebut. Northland Capital Markets, Aegis Capital Corp. dan EF Hutton, bahagian di Benchmark Investments, LLC bertindak sebagai pengurus utama untuk penawaran nota kanan tersebut.

Saham biasa dan nota kanan ditawarkan bawah pernyataan pendaftaran rak Syarikat pada Borang S-3, yang diisytiharkan berkuat kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 28 Ogos, 2020. Penawaran hanya dibuat dengan cara prospektus tambahan dan prospektus asas yang disertakan. Salinan bagi tambahan prospektus dan prospektus asas yang disertakan untuk penawaran boleh diperoleh pada laman web SEC di www.sec.gov atau dengan menghubungi B. Riley Securities dengan menelefon (703) 312-9580 atau melalui e-mel kepada [email protected].

Siaran akhbar ini bukan penawaran untuk menjual atau pengumpanan penawaran untuk membeli, atau jualan sekuriti ini tidak dilakukan di mana-mana negeri atau bidang kuasa, kerana penawaran, umpanan atau jualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang, berikutan pendaftaran atau kelayakan bawah undang-undang sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com

Pernyataan Pelabuhan Selamat

Siaran ini mengandungi pernyataan prospektif dalam maksud seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana dipinda, termasuk tetapi tidak terhad kepada pernyataan berkenaan penutupan penawaran awam dan jangkaan penggunaan hasil daripadanya. Pernyataan prospektif ini tertakluk pada beberapa risiko, termasuk kepuasan keadaan penutupan lazim yang berkaitan dengan penawaran awam dan faktor risiko yang ditetapkan dari masa ke masa dalam pemfailan SEC Synchronoss, termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko yang diperihalkan dalam bahagian “Faktor Risiko” dan bahagian “Perbincangan dan Analisis Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi oleh Pengurusan” (sebagaimana berkenaan) Laporan Tahunan Synchronoss pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac, 2021, yang difailkan dengan SEC dan tersedia pada laman web SEC di www.sec.gov. Selain risiko yang diterangkan di atas dan dalam pemfailan lain Synchronoss dengan SEC, faktor lain yang tidak diketahui atau tidak boleh diramal juga boleh mempengaruhi hasil Synchronoss. Tiada pernyataan prospektif boleh dijamin dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material berbanding pernyataan sedemikian. Maklumat dalam siaran ini disediakan hanya setakat tarikh siaran ini dan Synchronoss tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran ini bagi maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya kecuali seperti yang diperlukan oleh undang-undang.

Maklumat Hubungan

Media
Anais Merlin, CCgroup (Antarabangsa)
Diane Rose, CCgroup (Amerika Utara)
[email protected] 

Pelabur
Todd Kehrli/Joo-Hun Kim, MKR Investor Relations, Inc.
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts