Glitch Pada Aplikasi Marrybrown Ternyata Menjadi Ganjaran Untuk Rakyat Malaysia!

“Glitch” pada aplikasi Marrybrown sebenarnya merupakan kejutan untuk mengalu-alukan para peminat Memang Best!

Kuala Lumpur, 14 April 2022 – Rangkaian restoran pantas Halal tempatan terbesar, Marrybrown telah diumumkan oleh influencer, NEYRA bahawa “glitch” yang telah viral baru-baru ini sebenarnya bukanlah satu kesilapan sebaliknya merupakan satu gimik buat penggemar Memang Best mereka! Baru-baru ini, Marrybrown melancarkan Aplikasi MB yang telah menerima sambutan yang baik untuk peminat mereka menikmati ganjaran dan tawaran terkini. Sempena pelancaran itu, Marrybrown menyediakan tawaran istimewa MB Crispy ChickenTM dan makanan lain serendah RM1* di cawangan Marrybrown yang terpilih.

Bermula dari sebuah restoran kecil di Johor Bahru, Marrybrown kini dengan bangganya telah menaikan nama Malaysia di persada dunia selama 40 tahun dengan menyediakan standard pemakanan dan perkhidmatan tertinggi disamping memberikan yang terbaik untuk peminat mereka. Hari ini, Marrybrown telah mencapai satu lagi prestasi cemerlang dengan pelancaran aplikasi eksklusif.

“Pada masa ini, segalanya boleh diakses di hujung jari anda. Pelancaran aplikasi MB ini merupakan langkah seterusnya bagi Marrybrown untuk mengembangkan saluran perniagaan kami dengan menyediakan kemudahan di restoran, pandu masuk, pandu lalu, dan juga perkhidmatan penghantaran ke rumah. Memandangkan Marrybrown boleh didapati di seluruh Malaysia, penggemar kini boleh menikmati keenakan citarasa tempatan sambil menikmati ganjaran di mana sahaja meraka berada,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan daripada anda. Kami berharap penggemar kami dapat menikmati tawaran hebat ini yang akan berlangsung sehingga akhir bulan Mac dan hanya boleh didapati dalam aplikasi MB. Bagi mereka yang mungkin terlepas dengan tawaran terbaharu kami, jangan risau kerana ini bukanlah satu-satunya ganjaran yang kami sediakan,” kata Dato’ Joshua.

Bagi pengguna baharu, nantikan salah satu tawaran hebat seperti 1 ketul MB Crispy ChickenTM dengan percuma serta tawaran istimewa menu tempatan yang lain termasuk Nasi Lemak MB, Bubur Ayam MBTM, MB Chicken Burger, MB Kiddy Meals dan banyak lagi. Selain itu, peminat boleh menikmati tawaran pada bulan kelahiran mereka dengan diskaun istimewa sebanyak 40% dan banyak lagi ganjaran yang akan ditawarkan pada masa yang akan datang. Untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, pengguna Aplikasi MB akan menerima 1 mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus produk percuma.

“Kami berharap dapat mengembangkan dan memberi penambahbaikan Aplikasi MB untuk terus memberi kemudahan kepada semua. Sebagai tanda komitmen kami untuk sentiasa memperkenalkan sesuatu yang berbeza, Marrybrown memberi jaminan kepada para peminat bahawa kami akan sentiasa menyediakan keistimewaan bukan sahaja melalui aplikasi MB, tetapi juga melalui hidangan kami yang akan datang,” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, aplikasi, cawangan terpilih dan promosi mereka, sila layari:

Laman web: https://marrybrown.com/

Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Cawangan terpilih: https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets/

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Telegram: https://t.me/marrybrownmy 

© 2023 BlackButterfly DesignArts