Gift of Time: Meraikan Harapan dan Kebingkasan Pemandiri Kanser Payu Dara

  • Kanser payu dara merupakan kanser paling kerap dialami wanita di Malaysia1 dengan hampir 50% disahkan menghidapnya pada tahap akhir2
  •  
  • Acara ‘Gift of Time’ menyatukan, memuliakan dan memperkasakan pemandiri kanser payu dara dalam usaha mereka ‘Live Well, Live Longer’.
  •  
  • Pemandiri kanser payu dara tahap akhir (aBC) merasai hari-hari yang lebih baik dengan peristiwa penting dalam hidup yang dimungkinkan oleh ubat-ubatan inovatif yang memanjangkan hayat di samping mengekalkan kualiti hidup
Gift of Time: Meraikan Harapan dan Kebingkasan Pemandiri Kanser Payu Dara

Petaling Jaya, Januari 31, 2024 – Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Beacon Hospital telah bersama-sama menganjurkan acara unik bertajuk “Gift Of Time” (Hadiah Masa), untuk meraikan pemandiri kanser payu dara dan memupuk semangat kemasyarakatan dalam persekitaran yang saling membantu. Program usaha sama ini disokong oleh Novartis Malaysia.

Dengan tumpuan untuk meraikan kebingkasan pemandiri kanser payu dara, sesi menyeluruh tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah kesejahteraan, sesi perkongsian pemandiri dan aktiviti minda ketarasedar. Acara ini menjadi wadah untuk pemandiri kanser payu dara berhimpun dan akhirnya membina satu sistem sokongan kukuh sesama rakan seperjuangan kelak.

Kajian mendapati bahawa penghidap aBC secara khususnya mempunyai pelbagai keperluan yang belum dipenuhi, seperti keperluan untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan seperjuangan3. Sesungguhnya hakikat ini perlu ditangani, memandangkan 47.9% daripada kes kanser payu dara di Malaysia dikesan pada tahap III dan IV4.

Untuk meningkatkan kesedaran, penyokong dan profesional penjagaan kesihatan juga bercakap tentang kanser payu dara secara umum, pilihan rawatan dan kepentingan pengesanan awal. Pesakit juga dinasihatkan agar mendapatkan bantuan menerusi program sokongan pesakit atau kumpulan penyokong.

Kisah Harapan dan Kebingkasan

Seorang peserta acara, Ta Huey Mein, berumur 50 tahun, disahkan menghidap aBC ketika 48 tahun. Menghadapi realiti yang mencabar ini, Ta yang bujang dan mempunyai ibu bapa yang tua, membuat keputusan pantas dan mengikuti nasihat pakar onkologinya dengan teliti.

Setelah menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi konvensional, beliau akhirnya berpeluang mendapatkan terapi inovatif. Langkah ini amat bermakna buat dirinya kerana bukan sahaja kansernya dapat dikawal, tetapi beliau juga boleh meneruskan kehidupan seperti biasa kerana beliau tidak boleh memilih untuk berhenti kerja.

Mengenang kembali pengalaman tersebut, Ta berkongsi nasihat dengan insan lain yang menghadapi cabaran yang sama:

“Sentiasa berfikiran positif, dan jangan lupa, anda tidak keseorangan. Keluarga dan doktor anda ada di sisi.  Sentiasa dapatkan maklumat perubatan yang betul daripada pengamal perubatan yang boleh dipercayai kerana terdapat banyak maklumat yang kurang tepat di luar sana.

Memperkasakan Penghidap Kanser Payu Dara di Malaysia

Menurut Dr Tho Lye Mun, Ketua Onkologi di Beacon Hospital:

“Menjalin hubungan dengan pemandiri kanser lain yang melalui liku-liku perjalanan yang sama membolehkan pesakit memahami dan menghargai cabaran yang dihadapi satu sama lain, sambil meraikan peristiwa penting, dan mendapat inspirasi daripada pengalaman yang dikongsi bersama. Ini boleh memberikan kesan mendalam kepada cara pemandiri kanser payu dara meneruskan perjuangan melawan penyakit.”

Dr Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia berkata:

“Kami menggalakkan pemandiri kanser payu dara bukan sahaja untuk memberi tumpuan kepada kesejahteraan fizikal mereka, tetapi juga mempertimbangkan aspek emosi dan kewangan dalam perjalanan mereka. Dengan pelbagai kemajuan perubatan yang kita lihat kini, usaha mengekalkan kualiti hidup bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan.”

Mohamed Elwakil, Presiden Novartis Malaysia, berkata:

“Kami menyokong inisiatif seperti “Gift of Time” selepas mengambil kira kehendak dan keperluan penghidap aBC. Selain daripada hidup lebih lama – dengan hari-hari tambahan untuk meraikan peristiwa penting – mereka juga melakukan yang lebih baik dengan sokongan rakan seperjuangan. “Gift of Time” merupakan platform yang unik untuk mereka menjalin hubungan baharu di samping mengeratkan silaturahim, dan Novartis mengambil peranan untuk membolehkan usaha ini. Memastikan kesejahteraan dan kemandirian jangka masa panjang pesakit melangkaui penyediaan akses kepada m ubat-ubat inovatif, dan merupakan sebahagian daripada matlamat lebih besar kami untuk menambah baik dan memanjankan hayat lebih 32 juta rakyat Malaysia.”

© 2023 BlackButterfly DesignArts