Generasi bakal pemimpin, pemikir, dan pencipta dari benua serantau akan mempamerkan inovasi terhebat mereka dalam The 3M Inspire Challenge

Juara-Juara Negara dari enam buah negara akan bersaing untuk merebut hadiah utama berupa wang tunai USD$2,000 dan gelaran “Juara Serantau”

Malaysia, 13 September 2021 – Empat bulan yang lalu, The 3M Inspire Challenge berjaya menghimpunkan para mahasiswa dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam untuk mempersembahkan idea terbaik mereka dalam bidang Teknologi, Kelestarian, dan Inovasi.

Pada 24 Ogos 2021, Juara Negara bagi setiap satu daripada enam buah negara ini telah dinobatkan. Mewakili negara masing-masing, keenam-enam Juara Negara akan mara ke Pusingan Akhir Peringkat Serantau yang akan berlangsung pada 21 September 2021, yang akan bertanding untuk memenangi gelaran “Juara Serantau”, berserta hadiah wang tunai bernilai USD$2,000. Ia termasuk hadiah wang tunai USD$1,000 dan peluang untuk menjalani latihan industri di pejabat 3M tempatan yang berjaya dimenangi oleh para peserta di Pusingan Separuh Akhir Peringkat Negara pada Ogos lalu.

Mereka berjaya mengatasi lebih daripada 121 buah pasukan dari enam negara, dan solusi-solusi yang dipersembahkan oleh para Juara Negara ini adalah seperti berikut:

  • Nama kumpulan: Team TITAN,dari Singapura
    • Solusi: Mengusahakan tanaman alga untuk mengurangkan emisi karbon serta menghasilkan plastik berciri biodegrad.
    • Ahli-ahli kumpulan yang mewakili Singapore Management University:
      • Mok Zi Yang
      • Gan Hui Xuen
      • Lim Qian Ying
  • Nama kumpulan: Too Good Duo, dari Malaysia
    • Solusi: Mengubah suai Nexcare™ Waterproof Bandages menggunakan komposit nano hijau untuk menambah baik serta memantau proses penyembuhan.
    • Ahli-ahli kumpulan yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia:
      • Mohd Fahad Saleem
      • Nur Liyana Syasya Mohd Zamuri
  • Nama kumpulan: Team Kancil, dari Indonesia
    • Solusi: 3M Nexcare™ Bio Daily Mask – Kumpulan ini ingin menyediakan pelitup muka pembedahan yang berciri lestari dengan menggunakan bioplastik sebagai bahan mentah utama.
    • Ahli-ahli kumpulan yang mewakili Institut Teknologi Bandung:
      • Muhammad Rahmadito
      • Gabriele Maruli Tondi    
      • Ramadhana Bhanuharya KrishnamurtiSafira Dastalenta
  • Nama kumpulan: Les Grands Chats, dari Thailand
    • Solusi: Memperkenalkan 3M Refilling and Vending Machines untuk memudahkan pengguna di samping mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
    • Ahli-ahli kumpulan yang mewakili Chulalongkorn University:
      • Panwad Korkirdtaweechai​
      • Peeranat Chaisiriroj
      • Yanisa Mattayasuwan​
      • Patcharisa Klinpaka​
  • Nama kumpulan: 3MPHANT, dari Filipina
    • Solusi: 3M Hypack – Pembungkus produk yang boleh dikompos dan mesra hidupan laut untuk membantu menangani isu pencemaran plastik.
    • Ahli-ahli kumpulan yang mewakili University of the Philippines – Diliman
      • Mariz Gebrielle M. Domingo
      • Lila Iysobelle E. Lu           
      • Caleb Joshua R. Abrazaldo
      • Joseph Matthew N. Paraiso
  • Nama kumpulan: Charmmm, dari Vietnam
    • Solusi: Membangunkan 3M 360° Virtual Store untuk mempamerkan sains yang menunjangi produk-produk 3M serta menggunakan platform tersebut untuk menjalankan kempen jalinan pelanggan.
    • Ahli-ahli kumpulan yang mewakili RMIT University Vietnam:
  • Phan Le Minh An
  • Tran Kim Huong
  • Rahul Sharma
  • Vuong Anh Chien

Pusingan Akhir Peringkat Serantau pada 21 September

Pusingan Akhir Peringkat Serantau akan menjadi detik terakhir bagi pertandingan ini yang dianjurkan oleh syarikat sains bertaraf global, 3M. Dalam pusingan tersebut, enam kumpulan ini, juga digelar sebagai Juara-Juara Negara, akan membentangkan idea mereka di hadapan panel juri. Panel juri ini terdiri daripada:

  • Kevin McGuigan, Naib Presiden dan Pengarah Urusan, 3M Asia Tenggara merangkap Ketua Singapura, 3M
  • Kiyoshi Endo, Naib Presiden, Operasi Kilang, Pembuatan & Rantaian Bekalan, 3M Asia Pasifik
  • Chan Yen Sze, Ketua Operasi R&D, 3M Asia Tenggara
  • Jun Lee, Ketua Kelestarian bagi Asia, Ketua Jenama & Komunikasi, Etika & Piawaian bagi Korea, 3M
  • Napaporn Ratanasaenghirun, Ketua Kumpulan Perniagaan Serantau Asia Tenggara, Kumpulan Perniagaan Pengguna, 3M

Berikan sokongan kepada kumpulan kegemaran anda di Pusingan Akhir Peringkat Serantau, yang akan disiarkan secara langsung di Facebook. Ikuti 3M di \https://www.facebook.com/3MMalaysia/untuk mendapatkan perkembangan terkini.

 Butiran Acara 
Tarikh :21 September 2021 (Selasa)
Waktu :3pm – 6pm
Makluman :Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari https://www.3m.com.sg/3M/en_SG/company-sg/3M-inspire-challenge/
© 2023 BlackButterfly DesignArts