
squirrly-seo
domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init
action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121Juara-Juara Negara dari enam buah negara akan bersaing untuk merebut hadiah utama berupa wang tunai USD$2,000 dan gelaran “Juara Serantau”
Malaysia, 13 September 2021 – Empat bulan yang lalu, The 3M Inspire Challenge berjaya menghimpunkan para mahasiswa dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam untuk mempersembahkan idea terbaik mereka dalam bidang Teknologi, Kelestarian, dan Inovasi.
Pada 24 Ogos 2021, Juara Negara bagi setiap satu daripada enam buah negara ini telah dinobatkan. Mewakili negara masing-masing, keenam-enam Juara Negara akan mara ke Pusingan Akhir Peringkat Serantau yang akan berlangsung pada 21 September 2021, yang akan bertanding untuk memenangi gelaran “Juara Serantau”, berserta hadiah wang tunai bernilai USD$2,000. Ia termasuk hadiah wang tunai USD$1,000 dan peluang untuk menjalani latihan industri di pejabat 3M tempatan yang berjaya dimenangi oleh para peserta di Pusingan Separuh Akhir Peringkat Negara pada Ogos lalu.
Mereka berjaya mengatasi lebih daripada 121 buah pasukan dari enam negara, dan solusi-solusi yang dipersembahkan oleh para Juara Negara ini adalah seperti berikut:
Pusingan Akhir Peringkat Serantau pada 21 September
Pusingan Akhir Peringkat Serantau akan menjadi detik terakhir bagi pertandingan ini yang dianjurkan oleh syarikat sains bertaraf global, 3M. Dalam pusingan tersebut, enam kumpulan ini, juga digelar sebagai Juara-Juara Negara, akan membentangkan idea mereka di hadapan panel juri. Panel juri ini terdiri daripada:
Berikan sokongan kepada kumpulan kegemaran anda di Pusingan Akhir Peringkat Serantau, yang akan disiarkan secara langsung di Facebook. Ikuti 3M di \https://www.facebook.com/3MMalaysia/untuk mendapatkan perkembangan terkini.
Butiran Acara | ||
Tarikh | : | 21 September 2021 (Selasa) |
Waktu | : | 3pm – 6pm |
Makluman | : | Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari https://www.3m.com.sg/3M/en_SG/company-sg/3M-inspire-challenge/ |