KUALA LUMPUR, 24 Januari 2025 – Love, Bonito, jenama pakaian wanita terkemuka di Asia Tenggara, menandakan detik perubahan yang penting dengan pembukaan semula gedung utamanya di Sunway Pyramid yang mencipta penanda aras baharu dalam fesyen runcit di Asia. Sebagai kedai kedua terbesar jenama tersebut di Malaysia, ruang seluas lebih 5,500 kaki persegi ini mempamerkan reka bentuk runcit terbaharu Love, Bonito yang mengutamakan pengalaman pelanggan dan ketersediaan rangkaian produk yang komprehensif.
Gedung utama ini, yang terletak di Tingkat Bawah (Ground Floor) Sunway Pyramid, menampilkan gabungan harmoni antara tradisi dan kemodenan, di mana lantai konkrit diserikan lagi dengan aksen lakuer merah. Dinding putih yang bertekstur dan siling terbuka pula menghasilkan kanvas keaslian, manakala aksen kayu gelap meningkatkan suasana ruang yang mengabadikan estetika Asia.
“Malaysia secara konsistennya merupakan salah satu pasaran terkuat kami dengan pertumbuhan 50% tahun ke tahun untuk jualan runcit,” kata Dione Song, Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito. “Sambil kami meraikan pembukaan semula gedung Sunway Pyramid, kami diilhamkan oleh komuniti setempat dan penghargaan mereka untuk pengalaman runcit yang bermakna. Faktor-faktor ini telah memainkan peranan utama dalam ciptaan reka bentuk dan visi ruang runcit jenama. Kami komited untuk meningkatkan inisiatif dalam kedai dan pengalaman pelanggan untuk memastikan kepuasan dan keseronokan setiap interaksi.”
Reka bentuk inovatif gedung ini bukan sahaja mengutamakan nilai estetika, ia juga mementingkan kefungsian dengan menampilkan ruang intuitif khas untuk pelanggan seperti ruang duduk berhampiran bilik persalinan dan bahagian denim yang istimewa. Susun aturnya yang boleh disesuaikan membolehkan perdagangan visual yang dinamik untuk menyampaikan cerita dan mempamerkan koleksi yang pelbagai mengikut musim.
Tahun Baru Lunar 2025: Tradisi Moden
Love, Bonito mengalu-alukan Tahun Ular dengan koleksi yang menggabungkan keanggunan abadi dengan keselesaan praktikal. Dicipta khas untuk wanita Asia moden yang memainkan pelbagai peranan semasa musim perayaan, setiap rekaan sesuai untuk dipakai untuk menyambut tetamu di rumah atau melawat keluarga tersayang. Koleksi ini dilengkapi dengan hadiah istimewa termasuk Prosperity Red Packets, Crescent Handbag, dan Upcycled Elastic Scrunchies.
Koleksi perayaan tahun ini menampilkan fabrik dan cetakan mewah yang sesuai untuk diperagakan semasa perayaan atau dibuat sebagai pakaian harian. Rekaan istimewa kali ini termasuk Brocade High Waist Column Midi Skirt dengan corak bunga yang sofistikated, dan Brocade Mandarin Collar Trapeze Midaxi Dress yang selesa namun elegan.
Tarikan utama koleksi ini adalah cetakan eksklusif Love, Bonito ‘Tossed Blooms’, diilhamkan oleh bunga peony yang melambangkan kelimpahan. Cetakan serba guna ini hadir dalam pelbagai gaya popular koleksi, dari blaus hingga gaun, serta dilihat pada sampul merah khas jenama.
Koleksi ini menawarkan gaya yang diselaraskan untuk setiap ahli keluarga untuk memeriahkan lagi saat-saat istimewa bersama yang tersayang. Dengan perincian renda 3D yang anggun, setiap rekaan membawakan sentuhan kemewahan. Antara rekaan utama koleksi adalah Lace Square Neck Fit & Flare Maxi Dress (tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak!), Lace Mandarin Collar Column Midaxi Dress yang elegan, dan Unisex Broderie Relaxed Collared Shirt, kemeja sedondon ayah dan anak yang boleh juga digayakan di luar musim perayaan.
Sebagai pengembangan ketiga Love, Bonito di Malaysia untuk 2024, gedung utama di Sunway Pyramid ini menampikan pilihan produk jenama yang terluas setakat ini. Pencapaian ini membuktikan komitmen jenama untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran tempatan dan pemahamannya tentang keperluan gaya hidup wanita Asia moden yang semakin berkembang.
Jom alami keajaiban Love, Bonito di Sunway Pyramid Mall, Ground Floor, G1.117A.
Untuk maklumat lanjut tentang Love, Bonito, sila layari https://www.lovebonito.com/my/.