Gaya Selesa Serba Mewah Pada Harga Mampu Milik: Furniture And Choice Malaysia Memperkenalkan Sofa Premium, Buatan Tempatan kepada Pasaran Malaysia

Gabungan sempurna gaya, kualiti dan keselesaan – Furniture And Choice Malaysia menawarkan rakyat Malaysia dengan pilihan sofa yang menaikkan seri ruang kediaman pada harga berpatutan

Gaya Selesa Serba Mewah Pada Harga Mampu Milik: Furniture And Choice Malaysia Memperkenalkan Sofa Premium, Buatan Tempatan kepada Pasaran Malaysia

Kuala Lumpur, 13 September 2024 — Furniture And Choice Malaysia (FCM), jenama perabot tempatan, secara rasminya melancarkan koleksi sofa premium, buatan tempatan yang bakal mengubah landskap perabot di Malaysia. Setelah berjaya mengukuhkan jenamanya di United Kingdom selama lebih dua dekad, jenama ini kini kembali ke tanah kelahirannya, membawa produk berkualiti tinggi dengan harga yang tiada tandingan, dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. FCM menawarkan cara yang mudah dan mampu milik bagi sesiapa sahaja yang ingin memperbaharui ruang kediaman mereka dengan perabot yang bukan sahaja bergaya tetapi juga serba guna.

Setiap sofa Furniture And Choice Malaysia direka dengan teliti agar sesuai dengan pelbagai jenis ruang dan dihasilkan untuk tahan lama. Di kilang seluas 600,000 kaki persegi milik jenama ini di Klang, bahan-bahan berkualiti tinggi yang diperolehi daripada sumber tempatan diubah menjadi karya perabot yang menggabungkan kecemerlangan rekaan British dengan kesenian Malaysia. Hasilnya ialah gabungan harmoni yang terkenal dengan ketahanan dan keselesaannya seperti yang dilihat pada perabot British dengan seni pertukangan Malaysia yang rapi, membawakan ciri-ciri terbaik dari kedua-dua negara ke dalam setiap rumah.

Gaya Selesa Serba Mewah Pada Harga Mampu Milik Furniture And Choice Malaysia Memperkenalkan Sofa Premium, Buatan Tempatan kepada Pasaran Malaysia1

Namun, Furniture And Choice Malaysia tidak hanya menekankan kualiti dan reka bentuk. Ia turut menonjol dalam komitmennya terhadap usaha melindungi alam sekitar. Sejak dari awal lagi, jenama ini sememangnya komited menggunakan kayu yang diperolehi secara mampan dari hutan yang diurus secara baik yang mematuhi piawaian Peraturan Kayu Kesatuan Eropah (EUTR) dan mengelak sebarang kayu dari rizab tanah, hutan hujan atau kawasan pembalakan baharu. Semakin syarikat itu berkembang, semakin tinggi komitmennya terhadap usaha menggunakan lebih banyak fabrik yang diperbuat daripada bahan kitar semula yang disahkan oleh Standard Kitar Semula Global (GRS) dan menggunakan lebih banyak bahan bebas kekejaman, menggunakan bahan kimia yang minimum. Langkah-langkah ini membolehkan rakyat Malaysia menikmati perabot yang telah menjalani ujian ketat untuk kegunaan harian, mengikut piawaian prestasi am antarabangsa dan prosedur pengujian jenama ini sendiri untuk menghasilkan produk yang lebih selamat dan lebih mesra alam, yang mampu bertahan lama.

Gaya Selesa Serba Mewah Pada Harga Mampu Milik Furniture And Choice Malaysia Memperkenalkan Sofa Premium, Buatan Tempatan kepada Pasaran Malaysia1

Walau bagaimanapun, tidak semua isi rumah kelihatan sama, dan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza ketika mencari sesebuah sofa yang menjadi tarikan utama sesebuah rumah. Sama ada anda sedang mencari sebuah sofa empuk dua tempat duduk bagi melengkapkan sudut selesa anda atau sofa bersaiz besar yang boleh memuatkan seisi keluarga, Furniture And Choice Malaysia menawarkan pelbagai jenis sofa yang sesuai dengan apa jua keperluan anda. Salah satu koleksi terlaris jenama ini ialah Chatham , pilihan terbaik untuk anda yang mahu merasai sensasi seperti duduk di atas awan dan dipeluk oleh sofa. Ia mempunyai gaya yang sangat kontemporari dan keempukannya pasti membuatkan anda tidak mahu bangun. Koleksi Audley menampilkan gaya sofa Chesterfield dari abad pertengahan dengan rekaan tempat letak tangan dan hiasan butang yang elegan menjadikan ia lebih selesa dengan kemasan baldu lembut. Untuk mereka yang mencari gaya yang lebih moden dan kemas, koleksi Lucia menggabungkan kusyen yang empuk dengan keanggunan reka bentuk kaki besi yang menaikkan lagi seri sofa ini dan menambah sedikit sentuhan kelas kepada mana-mana ruang kediaman.

“Apabila saya dan adik saya Tom memulakan Furniture And Choice pada tahun 2005, kami bercita-cita untuk mengambil apa yang telah kami pelajari daripada pengalaman kami – pengalaman Tom semasa berkhidmat dengan Amazon dan pengalaman saya sebagai pereka perabot dan pengeluar perabot global – dan mencipta sebuah jenama yang berasaskan kepada kualiti dan kepuasan pelanggan,” ujar Pengasas Bersama dan Pengarah Furniture And Choice Malaysia, Howard Obbard. “Kami ingin mencari cara untuk menggabungkan gaya klasik British dengan bahan berkualiti dan seni pertukangan yang kaya di Malaysia serta berkongsi produk hebat hasil gabungan itu bersama-sama dengan dunia.” 

“Setelah hampir 20 tahun mengeksport perabot kami ke UK dan 25 tahun membekalkan perabot ke jenama terkenal global, kami rasa kini tiba masanya untuk membawa jenama ini kembali ke Malaysia, untuk dinikmati oleh mereka yang kreatif yang bersedia melabur untuk rumah mereka dan enggan mengorbankan kualiti demi gaya. Kami sedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perabot yang mempunyai semua ciri-ciri idaman anda – premium, tahan lama, selesa, mampan dan, paling penting sekali, mampu dimiliki. Ia mengenai usaha untuk membawakan tahap keselesaan dan keanggunan baharu ke rumah-rumah di seluruh Malaysia.”

Gaya Selesa Serba Mewah Pada Harga Mampu Milik Furniture And Choice Malaysia Memperkenalkan Sofa Premium, Buatan Tempatan kepada Pasaran Malaysia1

Furniture And Choice Malaysia menawarkan pelbagai jenis sofa yang sesuai dengan cita rasa serta bajet yang berbeza, tetapi apa yang paling penting ialah, ianya 100% komited kepada kepuasan pelanggan. Setiap sofa didatangkan dengan jaminan wang dikembalikan selama 14 hari, jaminan struktur selama 10 tahun, dan penghantaran percuma serta pantas bagi memberikan pengalaman membeli sofa yang mudah dan selamat. Selain itu, jenama ini akan membayar balik sepenuhnya dan menerima pemulangan mana-mana sofa yang tidak memenuhi jangkaan tanpa sebarang kos kepada pelanggan. Ketika ini, penghantaran hanya boleh didapati di seluruh Lembah Klang, namun terdapat rancangan pengembangan ke seluruh negara pada tahun depan, menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia dengan kemudahan serta kualiti yang disediakan oleh Furniture And Choice Malaysia. Untuk meraikan pelancaran rasmi jenama ini di Malaysia, Furniture and Choice Malaysia menawarkan diskaun RM2,000 ke atas semua set sofa sehingga 30 September 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Furniture and Choice Malaysia, sila layari www.furnitureandchoice.com.my atau ikuti kami di Instagram @furnitureandchoiceMY.

© 2024 BlackButterfly DesignArts