gateway@klia2 Mengalu-alukan Pembeli Kembali Ke Pusat Beli Belah Dalam Lapangan Terbang Dengan Jualan Akhir Tahun ‘Giler Sale’

Tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama dengan diskaun sehingga 90% dan ganjaran membeli-belah bernilai RM100,000 menanti anda!

Sepang, 28 Oktober 2021 – gateway@klia2, pusat beli-belah dalam lapangan terbang di klia2 akan mengadakan jualan akhir tahun ‘Giler Sale‘ dengan diskaun luar biasa sehingga 90% daripada pelbagai jenama dan barangan pusat membeli-belah dan peniaga lapangan terbang bagi produk runcit eksklusif tanpa cukai, pakaian dan aksesori fesyen, pakaian sukan, coklat dan manisan, gaya hidup dan banyak lagi bermula dari 3 November 2021 hingga 30 Januari 2022.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan gateway@klia2 dalam menyokong industri dan rakan niaga bagi memulihkan perniagaan mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Setiap sudut gateway@klia2 bakal ditransformasikan menjadi sebuah bazar jualan hebat sepanjang acara jualan 3 bulan, di mana pembeli boleh menjangkakan promosi dan jualan jenama yang akan sentiasa diperbaharui untuk memberikan tawaran yang terbaik. Antara peniaga yang mengambil bahagian adalah termasuk Eraman, Heinemann, Original Classic, Skechers, LARRIE, Pierre Cardin, Hummer, BookXcess, F.O.S, Wings, Elianto Make-Up dan lebih ramai lagi yang akan menjadi antara peniaga yang mengambil bahagian.

gateway@klia2 berbesar hati untuk menjemput para pembeli dan pelancong untuk merebut tawaran ini dan menangi ganjaran hebat bernilai sehingga RM100,000! Pembeli juga berpeluang memenangi 100,000 mata dalam WCT Buddy, sebuah aplikasi gaya hidup komuniti dengan ciri dinaik taraf, sepanjang Giler Sale berlangsung.

Bermula dengan 5-hari Insane Deals secara eksklusif, ganjaran menakjubkan dan aktiviti yang menyeronokkan menanti pelanggan bermula dari 3 hingga 7 November 2021. Para pembeli boleh menyertai Cabutan Harian Beli-belah Percuma dan berpeluang memenangi RM1,000 setiap hari dengan setiap pembelian berjumlah RM100. Pelanggan juga boleh membuat pendaftaran diri di Kaunter Concierge atau secara lebih awal melalui Facebook untuk cabutan bertuah setiap jam bagi melayakkan diri memenangi baucar beli-belah bernilai RM100 tanpa sebarang perbelanjaan.

Untuk kemudahan para pelanggan, KLIA Ekspres akan menawarkan diskaun sehingga 40% ke atas tambang kereta api ERL untuk para pembeli yang ingin menuju ke gateway@klia2 secara khas sempena Insane Deals 5-hari ini.

Para pembeli masih boleh menikmati tawaran hebat dan memenangi ganjaran yang luar biasa sepanjang jualan 3 bulan dengan Sure Win Giler Spin, Cabutan Khas Mingguan Beli-belah Percuma dan 2 jam parkir secara percuma dengan perbelanjaan sebanyak RM100.

Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif – Pengurusan WCT Malls berkata “Kami percaya dengan pembatalan larangan perjalanan rentas negeri dan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional, ia akan membuka jalan bagi penerbangan domestik dan para pembeli untuk memenuhi kehendak terpendam mereka untuk membeli-belah. Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan para pembeli kembali ke pusat beli-belah lapangan terbang dan menikmati jualan akhir tahun sambil memanfaatkan tawaran-tawaran menarik daripada peniaga-peniaga kami”.

“Para pembeli boleh menantikan acara Giler Sale kami buat julung kalinya dan menikmati diskaun hebat serta ganjaran membeli-belah menarik yang tersedia sepanjang tempoh 3 bulan tersebut. Lebih banyak anda beli, lebih banyak anda jimat! Giler Sale akan menjadi tempat untuk mengembalikan semula aktiviti lapangan terbang yang dirindui oleh semua orang yang bertemu disini,” tambahnya.

Selain daripada aktiviti membeli-belah yang menarik, para pembeli juga boleh menikmati pelbagai makanan lazat di trak-trak makanan yang terletak di pekarangan jalan, Tingkat 2. Bagi kanak-kanak pula, mereka berpeluang untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan dengan Kiddies Rides dan Fun Fairs yangterletak di Tingkat 2.

Segala aktiviti yang bakal berlangsung akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat seperti yang ditetapkan oleh kerajaan demi persekitaran yang selesa agar pembeli dapat membeli-belah dengan tenang. Ini termasuk peringatan penjarakan sosial, penyediaan pembasmi kuman tangan tambahan, pemeriksaan suhu di semua pintu masuk, sanitasi sepanjang masa di kawasan umum dan lain-lain.

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik, menebus ganjaran menakjubkan sambil berseronok, dan banyak lagi, kesemuanya di Giler Sale gateway@klia2!

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi pusat beli-belah, sila layari: –

Laman web gateway@klia2: www.gatewayklia2.com.my

Facebook gateway@klia2: https://www.facebook.com/gatewayklia2/

© 2023 BlackButterfly DesignArts