foodpanda Teruskan Sokongan Kepada Peniaga melalui Inisiatif #JaguhPanda

11 Ogos 2021 – foodpanda Malaysia telah melancarkan inisiatif #JaguhPanda untuk menyokong perjalanan transformasi digital bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Kecil, Sederhana serta Mikro (PKSM).

Pengusaha makanan telah memainkan peranan yang amat penting sepanjang pandemik ini kerana mereka sentiasa memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat menikmati makanan dan minuman kegemaran mereka melalui penghantaran dan pengambilan makanan. Dengan semangat yang sama, foodpanda Malaysia ingin memberi fokus kepada perniagaan ini agar mereka dapat terus berdiri teguh dan berkembang sepanjang masa ini dan terus kongsi keriangan melalui sesuatu yang menyatukan rakyat Malaysia, iaitu makanan.

Berkongsi tentang inisiatif tersebut, Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia berkata, “Tahun yang lalu adalah amat mencabar dan tidak seperti yang pernah kita lalui. Ramai yang kehilangan punca pendapatan dan terpaksa menukar kerjaya serta-merta. Ada yang membuka perusahaan makanan sendiri demi kelangsungan hidup. Melalui inisiatif #JaguhPanda, kami berharap untuk mengetengahkan perusahaan makanan tempatan di seluruh negara dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong antara satu sama lain dengan meraikan hero tempatan ini.”

Sempena sambutan Hari Merdeka dan selari dengan temanya – Malaysia Prihatin, inisiatif #JaguhPanda akan bermula pada 1 Ogos 2021, dan akan dipaparkan menerusi bahagian #JaguhPanda untuk meningkatkan keterlihatan di dalam aplikasi supaya lebih ramai rakyat Malaysia terdorong untuk memesan dari Jaguh-Jaguh Panda ini.

“Kami mahu bersama-sama memainkan peranan untuk membantu perusahaan ini dengan menyediakan platform untuk mengambil peluang yang dahulunya tidak tersedia untuk para peniaga. Jika anda seorang tukang masak di rumah yang ingin membantu menambah pendapatan keluarga di siang hari ataupun anda mempunyai gerai burger yang menyediakan makanan kepada pelanggan pada waktu malam, foodpanda sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan yang anda perlukan,” tambah Sayantan.

“Hanya kerana kita tidak dapat untuk ‘jalan-jalan cari makan’, tidak bermakna kita tidak boleh ‘tap-tap dan makan’. Dari warung nasi lemak kegemaran anda mahupun gerai char kuey teow berdekatan, tentu ada pilihan yang menepati citarasa setiap orang,” kata Sayantan.

Berikut merupakan senarai antara pengusaha yang menyertai inisiatif #JaguhPanda:

BananaBroLembah Klang
The Owl’s CafeLembah Klang
Nasi Kukus TonggekNegeri Sembilan
Kemaman Station KopitiamTerengganu
Kedai Makan BibiTerengganu
Official Street BurgerJohor
Uncle Bob Fried ChickenJohor
James FooKedah
Kiosk Sotong Goreng By Asputra FoodKedah
Bemat KitchenKelantan
Martabak Bang!Kelantan
Mee Tarik Warisan AsliMelaka
Nyonya Atlantic OneMelaka
Grand PapaSabah
Kah Hiong Ngu ChapSabah
Bingo RojakSarawak
Dapur Pemakai Rumah PanjaiSarawak
Mat Rock Indera Mahkota FoodtruckPahang
Titanium Street Bikers BurgerPahang
Hong You Zha GuiPahang
Uncle Lan’zPenang
Bobo Puff MenglembuPerak
Restoran Biriyani ManjungPerak
Satay Kak TehPerlis
MylaksaPerlis

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif #JaguhPanda dan pengusaha yang mengambil bahagian, sila layari pautan ini.

Sementara itu, para pengguna foodpanda boleh menikmati potongan RM8 bagi pesanan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang dengan menggunakan kod JOMMAKAN, serta potongan RM8 untuk pesanan yang dibuat selepas pukul 6.00 petang dengan menggunakan kod DINNERTIME. Kod-kod ini boleh digunakan untuk pesanan makanan dan minuman berjumlah RM 25 ke atas. * Tertakluk kepada terma dan syarat

© 2024 BlackButterfly DesignArts