foodpanda Mengumumkan Waktu Operasi Baru

Malaysia, 15 Januari 2021 – foodpanda, peneraju platform atas talian telah mengumumkan waktu operasi baru mulai hari ini sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia.

Bermula hari ini, 15 Januari 2021, foodpanda akan beroperasi seawal 7 pagi sehingga 12 malam setiap hari di negeri-negeri tertentu berdasarkan masa yang telah ditetapkan. Waktu operasi berbeza bagi setiap negeri dan pesanan boleh dilakukan berdasarkan waktu yang tertera dalam jadual.  Sila rujuk jadual di bawah:

LokasiWaktu BukaPesanan TerakhirWaktu Tutup
Sarawak8.00am9.30pm10.00pm
Johor8.00am7.30pm8.00pm
Kedah8.00am11.30pm12.00am
Kelantan8.00am11.30pm12.00am
Sabah8.00am7.30pm8.00pm
KL / Selangor / Putrajaya / Cyberjaya7.00am7.30pm8.00pm
Melaka8.00am7.30pm8.00pm
Negeri Sembilan8.00am11.30pm12.00am
Pahang8.00am7.30pm8.00pm
Penang8.00am7.30pm8.00pm
Perak8.00am11.30pm12.00am
Perlis8.00am11.30pm12.00am
Terengganu8.00am11.30pm12.00am
© 2023 BlackButterfly DesignArts