Gabungan Kedai Runcit, Farmasi, Pakar Optik dan Banyak Lagi
Malaysia, 2 March 2022 – Hari ini foodpanda Malaysia mengumumkan ketersediaan lebih ramai rakan kongsi baharu di foodpanda Shops untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang semakin meningkat dan terus menyediakan perkhidmatan penghantaran barang keperluan terus ke depan pintu rumah. Penambahan baharu ini akan mengembangkan lagi variasi sedia ada dan termasuk gabungan kedai runcit, farmasi, pakar optic, kedai kecantikan dan fesyen, kedai alat tulis dan banyak lagi.
Mengulas lanjut mengenai pengumuman baharu ini, Afzan Lutfi, Pengarah New Verticals berkata bahwa matlamat utama adalah untuk mewujudkan satu platform di mana para pengguna boleh membuat pesanan makanan, barangan keperluan harian seperti barangan runcit, bekalan perubatan dan alat tulis serta barangan kecantikan dan pakaian. “Kami sentiasa mencari cara dan peluang untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyediakan pelbagai pilihan dan kemudahanhanya di hujung jari. Ini termasuk transaksi yang lancar dari masa pesanan dibuat sehingga penghantaran ke depan pintu rumah mereka.”
“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami telah menyaksikan peningkatan yang berterusan dalam pesanan yang dibuat melalui platform kami, justeru itu kami merasakan bahawa ini adalah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan lebih banyak variasi kepada pengguna kami. Melangkah ke hadapan, kami berharap dapat berkerjsama dengan lebih ramai rakan kongsi dan terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform penghantaran yang teratas di Malaysia,” tambahnya.
Beberapa jenama baharu yang diperkenalkan termasuk Everrise, salah satu rangkaian pasar raya terbesar dan berkembang pesat di Sarawak, serta IKEA dan Focus Point. Selain itu, para pengguna juga boleh membeli barangan daripada MIWA OLi, Shojikiya, myNEWS, Pet Lovers Centre dan Sox World.
Lebih-lebih lagi, Hairdepot, Big Bath, Big Pharmacy, CHOIS, Sam Groceria, Petronas Mesra, ST Rosyam, Agni Gaming, BORDERS, Bee Cheng Hiang, Homecareshop, Sunlight Pharmacy KK, Lee Fandbee dan AM PM Pharmacy juga antara rakan kongsi yang kini boleh didapati di foodpanda Shops.
Pengguna foodpanda boleh menikmati tawaran-tawaran khas untuk meraikan dan mengalu-alukan rakan-rakan kongsi baru foodpanda Shops.
Dari 1hb hingga 31hb Mac 2022, gunakan kod promo JOMSHOP untuk mendapatkan diskaun 30% (terhad pada RM8) dengan nilai pesanan minimum RM25. Sah untuk pelanggan baru dan sedia ada. Sementara stok masih ada. T&S dikenakan. Dapatkan potongan RM15 dengan nilai pesanan minimum RM70 melalui kod promo SHOPBIG antara 1hb hingga 31hb Mac 2022. Sah untuk pelanggan baru dan sedia ada. Sementara stok masih ada. T&S dikenakan.