foodpanda Menegaskan Semula Komitmen Untuk Meningkatkan Pengalaman Kerja Rakan Penghantar dengan ‘panda cares’

Program tersebut tumpuan kepada 5 bidang utama yang dihargai oleh rakan penghantar foodpanda di 11 pasaran

foodpanda Menegaskan Semula Komitmen Untuk Meningkatkan Pengalaman Kerja Rakan Penghantar dengan ‘panda cares’

Kuala Lumpur, 13 Jun 2024 – foodpanda, platform penghantaran makanan dan barangan runcit yang terkemuka, melipatgandakan komitmen terhadap rakan penghantarnya dengan pelancaran ‘panda cares’ di Malaysia. Program ini bertujuan menyokong rakan penghantar dalam lima fokus teras: kesejahteraan, pembangunan peribadi, keselamatan, komuniti dan manfaat kebajikan.

Dengan pengalaman lebih sedekad di Asia, foodpanda sentiasa bekerja rapat dengan rakan penghantarnya dan terlibat dalam perbincangan untuk mencari jalan terbaik bagi menyokong dan menambah baik pengalaman penghantaran mereka. ‘panda cares’ menyatukan inisiatif-inisiatif kebajikan serta penglibatan yang sedia ada dan baharu untuk memberi fokus kepada perkara-perkara yang paling dihargai oleh rakan penghantar, termasuk:

  • “Kesejahteraan” memfokuskan kepada kesejahteraan rakan penghantar melalui perlindungan insurans penuh dan Program iTekad CIMB Islamic Rider Entrepreneur.
  • “Pembangunan Peribadi” menawarkan rakan penghantar pelbagai peluang pembangunan, termasuk kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menyediakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada rakan penghantar foodpanda. Ini membantu menyokong cita-cita rakan penghantar foodpanda secara melangkaui skop tugas penghantaran harian mereka.
  • “Keselamatan” merangkumi inisiatif yang menggalakkan rakan penghantar untuk mengutamakan keselamatan di jalan raya, termasuk kempen ‘Stay Safe’ kami dengan kerjasama MIROS dan PERKESO serta ‘Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya’.
  • “Komuniti” bertujuan membina satu sistem sokongan yang boleh dipercayai, bagi membolehkan rakan penghantar mengakses saluran komunikasi dalam aplikasi dengan mudah, berkunjung ke hab rider fizikal untuk mendapatkan sokongan dan sumber yang diperlukan, serta memupuk semangat kemasyarakatan dan pasukan melalui pelbagai acara dan ‘Bamboo Rewards’.

(Lihat Lampiran untuk senarai penuh fokus teras tersebut serta inisiatif-inisiatif yang berkenaan)

“Rakan penghantar kami adalah tulang belakang operasi kami, untuk memastikan jutaan rakyat Malaysia dapat menikmati penghantaran makanan dan barangan runcit yang sampai tepat pada masa dan boleh dipercayai. Melalui ‘panda cares’, kami berhasrat memberikan rakan penghantar kami sumber dan sokongan diperlukan untuk berkembang maju dalam kerjaya mereka. Kami kerap berinteraksi dengan mereka untuk memahami perkara-perkara yang paling penting bagi mereka, dan terus menambah baik inisiatif-inisiatif kami untuk menaik taraf pengalaman mereka,” kata Pengarah Operasi di foodpanda Malaysia, Shubham Saran.

Meningkatkan fokus pada kesejahteraan dan keselamatan rakan penghantar

foodpanda giat melaksanakan langkah-langkah yang mengutamakan kesejahteraan rakan penghantar kami. Melalui panda cares’, foodpanda akan meningkatkan kerjasama sedia ada dengan PolicyStreet dan CIMB Islamic untuk menawarkan lebih perlindungan kewangan, sokongan kesihatan dan prospek pertumbuhan, bagi memastikan rakan penghantar kami dan keluarga mereka sentiasa dijaga dengan baik dan diperkasakan.

Disebabkan rakan penghantar foodpanda sentiasa berada di jalan raya, maka keselamatan mereka adalah keutamaan, dan foodpanda sentiasa melaksanakan inisiatif-inisiatif baharu bagi membudayakan soal keselamatan. Ini termasuk bekerjasama rapat dengan badan kerajaan seperti PERKESO, MIROS dan PDRM untuk menggalakkan  keselamatan jalan raya.

Inisiatif-inisiatif di bawah ‘panda cares’ yang bakal datang

foodpanda akan mengembangkan lagi usahanya di bawah ‘panda cares’ di Malaysia melalui:

  • Keselamatan: ‘Panda Rangers’ yang bertujuan melatih rakan penghantar untuk memberi bantuan perubatan kecemasan asas kepada mereka yang memerlukan.
  • Kesejahteraan: Bekerjasama rapat dengan KWSP untuk mewujudkan satu sistem yang lancar bagi membolehkan rakan penghantar mencarum kepada dana persaraan mereka.

“Di foodpanda Malaysia, kami percaya dalam mengiktiraf usaha keras dan komitmen rakan penghantar kami. ‘panda cares’ adalah satu langkah penting ke arah memupuk persekitaran yang lebih bermanfaat dan positif untuk semua rakan penghantar kami,” ulas Shubham.

© 2023 BlackButterfly DesignArts