Program tersebut tumpuan kepada 5 bidang utama yang dihargai oleh rakan penghantar foodpanda di 11 pasaran
Kuala Lumpur, 13 Jun 2024 – foodpanda, platform penghantaran makanan dan barangan runcit yang terkemuka, melipatgandakan komitmen terhadap rakan penghantarnya dengan pelancaran ‘panda hearts’ di Malaysia. Program ini bertujuan menyokong rakan penghantar dalam lima fokus teras: kesejahteraan, pembangunan peribadi, keselamatan, komuniti dan manfaat kebajikan.
Dengan pengalaman lebih sedekad di Asia, foodpanda sentiasa bekerja rapat dengan rakan penghantarnya dan terlibat dalam perbincangan untuk mencari jalan terbaik bagi menyokong dan menambah baik pengalaman penghantaran mereka. ‘panda hearts’ menyatukan inisiatif-inisiatif kebajikan serta penglibatan yang sedia ada dan baharu untuk memberi fokus kepada perkara-perkara yang paling dihargai oleh rakan penghantar, termasuk:
(Lihat Lampiran untuk senarai penuh fokus teras tersebut serta inisiatif-inisiatif yang berkenaan)
“Rakan penghantar kami adalah tulang belakang operasi kami, untuk memastikan jutaan rakyat Malaysia dapat menikmati penghantaran makanan dan barangan runcit yang sampai tepat pada masa dan boleh dipercayai. Melalui ‘panda hearts’, kami berhasrat memberikan rakan penghantar kami sumber dan sokongan diperlukan untuk berkembang maju dalam kerjaya mereka. Kami kerap berinteraksi dengan mereka untuk memahami perkara-perkara yang paling penting bagi mereka, dan terus menambah baik inisiatif-inisiatif kami untuk menaik taraf pengalaman mereka,” kata Pengarah Operasi di foodpanda Malaysia, Shubham Saran.
Meningkatkan fokus pada kesejahteraan dan keselamatan rakan penghantar
foodpanda giat melaksanakan langkah-langkah yang mengutamakan kesejahteraan rakan penghantar kami. Melalui ‘panda hearts’, foodpanda akan meningkatkan kerjasama sedia ada dengan PolicyStreet dan CIMB Islamic untuk menawarkan lebih perlindungan kewangan, sokongan kesihatan dan prospek pertumbuhan, bagi memastikan rakan penghantar kami dan keluarga mereka sentiasa dijaga dengan baik dan diperkasakan.
Disebabkan rakan penghantar foodpanda sentiasa berada di jalan raya, maka keselamatan mereka adalah keutamaan, dan foodpanda sentiasa melaksanakan inisiatif-inisiatif baharu bagi membudayakan soal keselamatan. Ini termasuk bekerjasama rapat dengan badan kerajaan seperti PERKESO, MIROS dan PDRM untuk menggalakkan keselamatan jalan raya.
Inisiatif-inisiatif di bawah ‘panda hearts’ yang bakal datang
foodpanda akan mengembangkan lagi usahanya di bawah ‘panda hearts’ di Malaysia melalui:
“Di foodpanda Malaysia, kami percaya dalam mengiktiraf usaha keras dan komitmen rakan penghantar kami. ‘panda hearts’ adalah satu langkah penting ke arah memupuk persekitaran yang lebih bermanfaat dan positif untuk semua rakan penghantar kami,” ulas Shubham.