foodpanda Mendorong Rakyat Malaysia Untuk Menghulurkan Bantuan dengan Pek Penjagaan Khas pandamart

Malaysia, 4 Januari 2021 – Dengan bencana banjir yang melanda baru-baru ini, foodpanda Malaysia mendorong semua untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pembelian Pek Penjagaan pandamart yang telah disediakan khusus untuk membantu keperluan harian mereka.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Kelvin Chan, Pengarah Operasi, foodpanda Malaysia berkata, “Apabila banjir tersebut berlaku, kami menerima begitu banyak berita daripada pihak berkepentingan kami yang terkesan. Kami tahu kami perlu melakukan sesuatu dengan pantas untuk membantu seramai yang mungkin. Kami bermula dengan mengagihkan bantuan dan barangan keperluan melalui van mini pandamart tetapi ini adalah penyelesaian untuk masa itu sahaja dan bukannya untuk jangka masa yang panjang. Ini membuatkan kami tampil dengan Pek Penjagaan yang membolehkan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan masing-masing, dan kami percaya walaupun hanya dengan sumbangan yang kecil, ia boleh memberi manfaat yang besar.”

Antara Pek Penjagaan yang disediakan ialah Cleaning Care Pack berharga RM30 yang mengandungi barangan pembersihan seperti beg sampah, sarung tangan, serbuk pencuci, pencuci bilik mandi dan span penyental. Selain itu, Care Pack for U dan Care Pack for Her yang juga berharga RM30 mengandungi air mineral, makanan kering dan pelbagai keperluan kebersihan. Akhir sekali, Family Care Pack yang terdiri daripada air mineral, mi segera, teh, minuman coklat malt, biskut dan keperluan kebersihan, berharga RM50.

Senarai pandamart yang menjual Pek Penjagaan:

  • pandamart KLCC

31-33, Jalan Chow Kit, Chow Kit 50350, Kuala Lumpur

  • pandamart Setapak

Unit 2080-L1-B Setapak Village, No.1617 Jalan Genting Kelang, 53100 Setapak, Kuala Lumpur

  • pandamart Cheras

E-LG-117, Level LG, 1 Shamelin Mall, 100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur

  • pandamart Balakong

No.130 and 132, Damai Circles, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

  • pandamart Putra Heights

C-GF-08 Ground floor, Block C Garden shoppe, Jalan USJ 25/1C, One City, 47630 Subang Jaya, Selangor

  • pandamart Shah Alam

D-11-G & D-13-G, Jalan Multimedia 7/AH, Citipark, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

  • pandamart Subang

Ground Floor, No. 28 & 30 Jalan PJS 11/5, Sunway Industrial Park, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Untuk membuat pesanan, pengguna perlu menetapkan alamat mereka di cawangan pandamart yang mengambil bahagian dan pilih Panda Flood Relief Carepacks di bahagian pandamart. Seterusnya, pilih pek penjagaan dan kuantiti sebelum mengesahkan pesanan anda. Sebaik sahaja disahkan, foodpanda akan menghantar sumbangan anda kepada mangsa-mangsa banjir.

foodpanda Mendorong Rakyat Malaysia Untuk Menghulurkan Bantuan dengan Pek Penjagaan Khas pandamart

“Melalui inisiatif ini, kami berharap kami dapat membantu dengan memberi barangan keperluan kepada mereka yang terjejas akibat banjir ini. Kami tetap komited dalam melakukan apa juga yang termampu untuk membantu dan menyokong komuniti setempat,” tambah Kelvin.

Sebelum pek penjagaan ini diperkenalkan, foodpanda Malaysia juga telah membantu mangsa banjir dengan menderma dan mengagihkan bantuan dan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan di seluruh negara melalui van mini pandamart. foodpanda juga merupakan organisasi swasta pertama yang membantu dalam usaha menderma bersama Angkatan Tentera Diraja Malaysia melalui Kementerian Pertahanan, untuk memberikan sedikit bantuan kepada mereka yang terjejas.

Di samping itu, tujuh cawangan pandamart yang dinyatakan di atas juga merupakan pusat pengumpulan barangan bagi mereka yang ingin menghantar bantuan. Bersama-sama dengan ramai rakan kongsi yang lain, kesemua bantuan ini akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di kawasan-kawasan yang terjejas.

Pek penjagaan ini boleh didapati bermula daripada hari ini sehingga 16 Januari 2022. foodpanda akan membantu anda dengan menyumbangkannya kepada mereka yang terjejas akibat banjir melalui pautan ini https://bit.ly/3pAvmAk.

© 2023 BlackButterfly DesignArts