Penganjuran sesi buka puasa, pemberian tudung untuk rakan penghantar wanita dan program tip rakan penghantar
Kuala Lumpur, 2 April, 2024 — Bulan Ramadan adalah musim kemurahan dan bertimbang rasa, oleh kerana itu foodpanda Malaysia, platform penghantaran makanan dan barangan runcit terkemuka, telah mengamalkan sentimen ini secara aktif dengan memberi balik kepada komuniti rakan penghantarnya sepanjang bulan ini. Komitmen ini adalah lambang perhatian dan sokongan oleh foodpanda kepada rakan penghantarannya.
Pada awal bulan Ramadan, foodpanda telah menganjurkan sesi buka puasa di enam negeri di seluruh Malaysia untuk rakan penghantarnya. 17 sesi buka puasa telah diadakan di Perak, Pulau Pinang, Johor, serta Selangor, Sabah dan Sarawak,yang menyaksikan majlis berbuka puasa pertamanya. Jumlah kolektif sebanyak 950 rakan penghantar foodpanda berbuka puasa bersama-sama sambil menambahkan kemeriahan suasana.
Salah satu sesi buka puasa yang diadakan di Lembah Klang telah dianjurkan khas untuk rakan penghantar wanita bagi memberi penghormatan kepada mereka atas sumbangan tidak ternilai mereka, selaras dengan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac. foodpanda juga mengambil peluang untuk mengedarkan 50 tudung eksklusif GLOWco kepada rakan penghantar muslimahnya sebagai sebahagian daripada kerjasamaan dengan jenama GLOWco semasa sesi berbuka puasa ini.
Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Shubham Saran berkata, “Kami sangat gembira dengan kehadiran rakan penghantar kami di semua negeri. Ia membawa kegembiraan besar bagi saya melihat senyuman di wajah mereka semasa mereka berbuka puasa bersama-sama. Di tengah-tengah industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki, foodpanda berusaha untuk meraikan kekuatan dan ketabahan tenaga kerja wanita kami terutamanya pada bulan ini. Rakan penghantar kami benar-benar merupakan tulang belakang perniagaan kami, dan penting bagi kami bahawa mereka berasa dihargai dan disambut.”
Tudung bergayakan rekaan ikat belakang ini datang dalam dua varian yang menampilkan logo foodpanda atau bekal by foodpanda dan merupakan produk edisi terhad. Rakan penghantar wanita boleh mendapatkan ini dengan mata ganjaran Bamboo Rewards mereka.
Untuk meneruskan semangat memberi pada bulan ini, foodpanda akan menambah tip rakan penghantar. Bagi setiap pesanan yang pelanggan pilih untuk memberi tip kepada rakan penghantar mereka, foodpanda akan menambahkan RM1 lagi.
“Kami sentiasa berusaha mencari cara untuk meningkatkan kaedah kami memberi ganjaran kepada rakan penghantar kami. Kami gembira dapat melibatkan pelanggan kami dalam inisiatif ini dan amat menggalakkan pelanggan kami memberi tip semasa membuat pesanan. Kami juga berharap usaha ini akan membantu rakan penghantar kami kerana mereka juga membuat persiapan untuk musim perayaan bersama keluarga. Matlamat kami adalah untuk memastikan rakan penghantar kami berasa dijaga dan menjadi sebahagian daripada keluarga panda,” tambah Shubham.
foodpanda Malaysia terus meningkatkan pengalaman rakan penghantar dengan faedah baharu dan dipertingkatkan, pencarian bonus dan banyak lagi.