foodpanda Malaysia Umum Insentif untuk SEMUA Rakan Penghantaran

Insentif termasuk peluang untuk memenangi emas dan yuran pengajian untuk mahasiswa universiti

Kuala Lumpur, 9 Mac 2023 — foodpanda Malaysia baru-baru ini mengumumkan manfaat baharu dan dipertingkatkan bagi semua rakan penghantaran untuk suku pertama 2023 termasuk membuka peluang untuk mereka mengembangkan kerjaya mereka.

foodpanda sememangnya yakin dalam usaha menyokong pertumbuhan dan laluan pembelajaran semua rakan penghantaran. Ini terbukti melalui pelbagai kursus latihan semula dan pemantapan kemahiran yang disediakan untuk para penunggang dalam tempoh beberapa tahun yang lalu. Tahun ini, foodpanda terus memperjuangkan kepentingan pendidikan dalam kalangan rakan penghantaran dengan menampung yuran pengajian universiti atau kolej sehingga setahun untuk lima rakan penghantaran.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk menambah baik dan membantu komuniti menerusi inisiatif ini. Matlamat kami adalah untuk memberikan ganjaran kepada rakan penghantaran dengan membantu menampung yuran pengajian mereka kerana kami tahu bahawa terdapat sebilangan besar komuniti pelajar di dalam armada penghantaran kami. Menjadi rakan penghantaran memberikan mereka fleksibiliti untuk bekerja tidak kira di mana sahaja, pada bila-bila masa yang mana ianya sesuai untuk pelajar meraih pendapatan tambahan di antara waktu kuliah,” kata Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Kelvin Chan.

Tempoh pendaftaran untuk kempen tersebut ketika ini sedang dibuka untuk rakan penghantaran baharu dan sedia ada sehingga penghujung Mac dan pertandingan itu akan berlangsung sepanjang bulan April. Rakan-rakan penghantaran terbaik berpeluang untuk merebut yuran pengajian berjumlah sehingga RM145,000.

foodpanda Malaysia Umum Insentif untuk SEMUA Rakan Penghantaran

Insentif lain yang turut ditawarkan pada suku pertama ini adalah pertandingan untuk memenangi syiling emas. Semua rakan penghantaran baharu yang mendaftar dan mengaktifkan ID mereka pada Mac berpeluang untuk memenangi 10g syiling emas daripada foodpanda. Rakan penghantaran terbaik dengan jumlah pesanan tertinggi antara 1 hingga 30 April akan dipilih sebagai pemenang. Pertandingan ini terbuka untuk rakan penghantaran di seluruh negara.

Manfaat baharu lain yang disediakan termasuk:

● Pelan mudah alih 5G eksklusif dengan YES termasuk telefon mudah alih percuma

● Diskaun menarik produk Samsung hanya untuk rakan penghantaran

● Diskaun pelbagai pilihan peralatan rumah daripada TBM termasuk potongan tambahan 5% untuk pembelian melebihi RM200

Bersama-sama dengan Timsun, rakan penghantaran kini boleh menikmati diskaun 15% untuk semua tayar

● Untuk persiapan menjelang Hari Raya, rakan penghantaran layak menerima rawatan muka percuma bernilai RM335 daripada Beauty Library

Tambah Chan, “Kami sentiasa mencari kerjasama baharu yang dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada rakan penghantaran kami. Sasaran kami tahun ini ialah untuk memberikan mereka peluang melatih semula dan memantapkan kemahiran mereka, serta menawarkan penjimatan dan kemudahan kepada mereka untuk membeli barangan keperluan mereka. Kami berhasrat untuk menyokong rakan penghantaran kami sedaya yang mungkin”

Senarai penuh manfaat yang disediakan untuk rakan penghantaran foodpanda boleh didapati DI SINI.

© 2023 BlackButterfly DesignArts