foodpanda Malaysia Sokong Inisiatif Negara Untuk Tingkatkan Kesedaran Dan Penerimaan Vaksin

Malaysia, 3 September, 2021 – foodpanda Malaysia telah mengumumkan inisiatif mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang vaksin dan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin.

Antara aktiviti yang sedang dijalankan oleh foodpanda dalam menggalakkan pengambilan vaksin termasuklah menyediakan pakej penjagaan serta makanan bagi para sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Setia City, KLCC, Axiata Arena, Persada Johor, dan Spice Arena Penang.

“Sebagai salah satu platform penghantaran utama di Malaysia, kami percaya bahawa ianya amat penting untuk kami memainkan peranan dalam memastikan persekitaran yang selamat kepada semua, termasuklah para pengguna, rakan niaga serta rakan penghantar,” kata Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das. Beliau menambah, melalui kerjasama ini yang dijalin dengan pihak kerajaan, foodpanda mensasarkan untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap kepentingan mendapatkan vaksin menjelang Disember selari dengan matlamat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sebagai tambahan kepada inisiatif yang disenaraikan, foodpanda juga akan membuat hebahan tentang usaha tersebut melalui saluran media sosial rasmi serta emel (EDM) kepada para rakan niaga dengan tawaran hidangan sesuai selepas vaksinasi. Selain itu, aplikasi aplikasi foodpanda akan menampilkan karusel khas yang mengandungi tawaran untuk mereka yang mendapat vaksin. Terakhir, platform penghantaran tersebut juga bekerjasama dengan selebriti media sosial atau Influencers untuk menyebarkan kesedaran tersebut.

Setakat 23 Ogos, 31.8 juta dos telah diberikan dan 40.8% daripada jumlah populasi telah melengkapkan kedua-dua dos.

foodpanda Malaysia Sokong Inisiatif Negara Untuk Tingkatkan Kesedaran Dan Penerimaan Vaksin
© 2023 BlackButterfly DesignArts