foodpanda Malaysia Merancakkan Perniagaan Barang Runcit Dengan Jenama Tersendiri ‘bright’

Platform penghantaran itu melancarkan rangkaian produk yang diperluaskan seiring kenaikan permintaan pelanggan terhadap barangan runcit yang bermutu tinggi dan mampu milik

foodpanda Malaysia Merancakkan Perniagaan Barang Runcit Dengan Jenama Tersendiri ‘bright’

Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 – Rakyat Malaysia kini boleh membeli-belah daripada rangkaian barangan runcit yang baharu dan diperluaskan melalui jenama foodpanda tersendiri yang dikenali sebagai ‘bright’.

‘bright’ tersedia secara eksklusif melalui kedai runcit dalam talian, pandamart dan menawarkan lebih 200 produk merentasi tiga sub-jenama: ‘brightfarms’ untuk produk segar, ‘brightyums’ untuk makanan sedia makan, makanan ringan dan minuman, serta ‘brightspots’ untuk produk kelengkapan rumah. Produk daripada rangkaian ‘bright’ akan tersedia di semua kedai pandamart di seluruh Malaysia, yang juga mempunyai rangkaian produk yang terluas semasa pelancaran.

Pelancaran rangkaian produk ‘bright’ yang baharu adalah susulan kejayaan pengenalan ‘brightfields’ pada tahun 2021, iaitu jenama tersendiri foodpanda di pandamart. Penawaran produk bermula dengan segelintir keperluan pantri, termasuk kacang campuran, tisu dan air mineral, dan sejak itu telah diperluaskan untuk meliputi rangkaian produk yang lebih luas, daripada buah-buahan segar seperti limau dan epal kepada produk pembersih seperti kain lap basah.

“Pelancaran ‘bright’ menyerlahkan komitmen kami untuk menyediakan produk yang diperlukan dan digemari para pelanggan. Malah, setiap item di bawah jenama ‘bright’ adalah hasil penyelidikan yang mendalam serta ujian yang ketat bagi memastikan produk kami bermutu tinggi dan mampu milik,” kata Pengarah Q-Commerce foodpanda Malaysia, Kevin Zagolin. “Kami menghargai sokongan yang ditunjukkan pelanggan kami setakat ini, dan kami yakin mereka akan lebih berpuas hati dengan rangkaian yang diperluaskan, seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan pelanggan berulang bagi produk jenama tersendiri kami,” tambah beliau.

Produk ‘bright’ diperoleh secara langsung daripada pembekal sekali gus membolehkan kecekapan kos dan harga barangan yang kompetitif. Ini membolehkan pelanggan berjimat sehingga 25% berbanding produk bukan ‘bright’. Tambahan pula, foodpanda juga mempunyai penyeliaan penuh terhadap proses pembuatan dan melaksanakan kawalan kualiti yang ketat bagi menjamin standard yang konsisten.

Pelancaran rangkaian ‘bright’ adalah sebahagian daripada usaha foodpanda untuk menjadikan foodpanda sebagai platform barang runcit dalam talian yang utama, khususnya pada zaman ini di mana pelanggan semakin sensitif harga. Dengan adanya ‘bright’, pelanggan boleh menikmati produk bermutu tinggi pada harga berpatutan pada bila-bila masa sepanjang hari, yang akan dihantar dalam masa satu jam bagi memberi kemudahan kepada mereka.

Untuk mengetahui ketersediaan rangkaian produk ‘bright’ yang berhampiran dengan anda, sila layari: https://bit.ly/BrightMY

© 2024 BlackButterfly DesignArts