Program Bonus Bulanan dan Suku Tahun Untuk Prestasi Terbaik Seluruh Negara
Malaysia, 17 Februari 2022 – Hari ini foodpanda Malaysia mengumumkan para pemenang Panda League, program kesetiaan dan ganjaran untuk mengiktiraf prestasi terbaik rakan penghantar. Program ini yang telah dilancarkan pada suku terakhir tahun 2021 adalah untuk mengiktiraf rakan penghantar atas komitmen dan kerja keras mereka dalam menyampaikan kegembiraan kepada para pelanggan.
Panda League membolehkan rakan penghantar memperoleh mata dengan setiap pesanan yang dibuat. Ini melayakkan mereka untuk menebus barangan eksklusif setiap bulan dari Rider Shop. Dengan mata yang dikumpul, rakan penghantar akan dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Diamond, Platinum, Gold, Silver dan Bronze. Sebagai bonus tambahan pada akhir setiap suku tahun, mata mereka akan dikumpulkan dan rakan penghantar yang cemerlang akan menerima salah satu daripada hadiah utama termasuk motosikal, pelbagai jenis gajet dan banyak lagi.
Mengulas mengenai inisiatif ini, Kelvin Chan, Pengarah Operasi foodpanda berkata, penghantar adalah komponen utama perniagaan dan dedikasi serta kerja keras mereka tidak pernah dilupai. “Melalui program kesetiaan dan ganjaran jangka panjang ini, kami mensasarkan untuk memberi ganjaran kepada rakan penghantar terbaik dan menggalakkan mereka untuk terus berkembang bersama kami. Kami percaya pengiktirafan dan penghargaan mempunyai potensi besar untuk memberi impak dan kami berharap dapat memotivasikan mereka untuk lebih maju dan mencapai potensi penuh mereka.”
Tambah beliau, “Kami memulakan program ini pada September tahun lalu dan maklum balas daripada rakan penghantar kami amat menggalakkan. Kadar penebusan bulanan daripada rakan penghantar kami melebihi jangkaan. Maklum balas yang kami terima daripada beberapa rakan penghantar hari ini mendorong kami untuk melakukan lebih banyak lagi untuk rakan penghantar kami. Dan kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada rakan penghantar kami sama seperti mereka yang terus membawakan kegembiraan kepada para pelanggan setiap hari.”
Panda League ialah program kesetiaan dan ganjaran pertama seumpamanya yang diilhamkan oleh foodpanda dan ini menyaksikan penghantar berpeluang memperoleh mata bagi setiap penghantaran yang dibuat untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti motosikal Aveta DY90, telefon pintar Oukitel dan topi keledar Drift Ghost Cam, powerbank Pineng serta fon kepala Bluetooth, baucer Lotus, kad Petron dan banyak lagi.
“Sebagai seorang rakan penghantar foodpanda, saya memperolehi pelbagai pengalaman menarik, menyeronokkan dan menggembirakan. Bila Panda League mula diperkenalkan kepada kami, matlamat saya adalah untuk memenangi kamera topi keledar dan saya sangat teruja apabila saya menang. Saya juga dapat melaksanakan banyak penebusan melalui sistem mata tersebut, dan yang terbaharu saya menebus baju hujan untuk digunakan ketika saya membuat penghantaran ketika cuaca tidak baik. Saya bersyukur dengan program ganjaran ini dan berhasrat untuk menang sekali lagi. Saya juga bersyukur kerana kini saya dan keluarga dapat hidup selesa dan dapat pergi bercuti kerana saya berkerja dengan foodpanda,” kata Hamdi Mahat, 43, penghantar yang telah memenangi telefon pintar dan kamera topi keledar.
Bagi Vijayan Marimuthu, 41, inisiatif seperti Panda League membantu menaikkan semangat dan mendorongnya untuk melakukan yang lebih baik. “Saya benar-benar tidak percaya apabila diumumkan sebagai salah seorang penghantar terbaik negara dan telah memenangi hadiah. Ia benar-benar perasaan yang luar biasa apabila mengetahui kerja keras saya selama ini diiktiraf dan ia mendorong saya melakukan yang lebih baik untuk suku seterusnya. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada foodpanda kerana kini kami telah mendapat kawan baru dikalangan rakan penghantar. Kami juga berkumpul untuk permainan futsal untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.”
“Saya dapati Panda League sangat menarik kerana bukan sahaja boleh memenangi hadiah dan sijil tetapi juga boleh menebus mata ganjaran di pandashop. Satu perkara yang paling saya suka tentang foodpanda ia fleksibiliti. Sayalah bos sendiri dan saya juga mendapat faedah lain seperti perlindungan insurans dan PERKESO. Sejak menyertai foodpanda sebagai rakan penghantar, saya telah berjaya menyimpan wang yang secukupnya untuk berkahwin,” kata Lee Kuai Keng, 26, dari Lembah Klang.
Sebanyak 258 pemenang telah dipilih di seluruh negara pada suku pertama program ini yang telah berlangsung sepanjang suku terakhir 2021. Disebabkan sambutan yang menggalakkan, kuantiti hadiah untuk rakan penghantaran akan ditambah untuk program ganjaran suku tahunan nanti. Pemenang suku pertama 2022 akan diumumkan pada bulan April dengan lebih banyak motosikal akan diberikan di samping hadiah-hadiah lain.
Untuk Maklumat lanjut, sila lawat Panda League