Usahasama Dari Seluruh Rakyat Malaysia Untuk Semua
Malaysia, August 25, 2021 – Bersama dengan harapan bagi menanamkan sifat positif dan perpaduan, foodpanda Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa vendor dan NGO untuk berkongsi keriangan kepada rakyat Malaysia dengan menyumbangkan makanan serta “care pack” kepada golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Yakin bahawa semangat Merdeka hidup di hati dan minda setiap rakyat Malaysia, foodpanda Malaysia memulakan kerjasama ini untuk rakyat Malaysia saling bantu membantu dan kongsi keriangan dengan pelbagai cara yang bermakna.
Selain mengagihkan lebih daripada 10,000 makanan dan “care pack” kepada mereka yang kurang bernasib baik, foodpanda Malaysia turut sama memaparkan seleksi video Merdeka hasil daripada perkongsian orang ramai. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka bagi mendorong perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dalam mengatasi kesukaran dan pada masa yang sama memperingati hari bersejarah ini. Video tersebut kini disiarkan di saluran YouTube foodpanda.
Mengulas lanjut mengenai inisiatif amal ini, Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia berkata, satu perkara yang pasti ketika pandemik ini adalah pentingnya untuk bersatu dalam menghadapi kesusahan dan memberi bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan. foodpanda Malaysia berharap hasil kerja ini dapat membuka peluang untuk bekerjasama dengan lebih banyak pihak, sekali gus memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menempuhi masa yang sukar dan menyebarkan semangat Kemerdekaan, perpaduan, keriangan dan harapan.
“Sejajar dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Prihatin Malaysia, kami ingin menampilkan kemurahan hati dan persahabatan di antara pelbagai organisasi, jenama tempatan dan rakyat Malaysia untuk saling membantu pada saat genting. Inisiatif ini mengukuhkan lagi usaha rakyat Malaysia untuk bersama-sama sebagai satu bangsa dan kami berbangga dapat melaksanakan tanggungjawab kami. Kami telah memutuskan menggunakan bajet pemasaran untuk tujuan yang lebih besar dengan berkolaborasi bersama NGO-NGO dan syarikat-syarikat berjenama dalam menyediakan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan,” tambah Sayantan.
Antara vendor-vendor yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuklah McDonald’s yang menaja 2,000 biji burger dan kentang goreng kepada mereka yang kurang bernasib baik sementara Tealive menyediakan biskut. Domino’s turut bergabung dengan menaja pizza bersaiz personal. Minuman pula disediakan oleh Gong Cha dan nasi ayam solo ditaja oleh Kenny Rogers Roasters. Selain itu, jenama lain yang turut mengambil bahagian ialah Red Bull, Quaker Oats, Munchy’s, Horlicks, Babas, SKIPPY, Nutriplus, Yeo’s dan Maggi.
Kesemua makanan akan diagihkan melalui pengendali foodpanda dengan kerjasama NGO-NGO seperti Food Aid Foundation, Lions Club, Kuching Food Aid, Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor, Persatuan Kebajikan Inspirasi Ceria Kulai, Bulan Sabit Merah Malaysia Bandaraya Kota Kinabalu dan Persatuan TCM Harapan Baru Ipoh.
Usaha ini tidak berakhir di situ. Dengan harapan dapat membantu lebih ramai masyarakat yang betul-betul memerlukan, untuk tujuan perniagaan, foodpanda turut membenarkan syarikat-syarikat menyumbang makanan kepada NGO-NGO dan persatuan-persatuan pilihan. Beberapa inisiatif yang sedang dijalankan termasuk 8VI Malaysia Sdn Bhd menyumbangkan 500 pek makanan dari Perfect Match Catering kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Kinetik Consulting Sdn Bhd menyumbangkan 36 kotak Prihatin dari Tesco Lotus kepada inisiatif bendera putih di Kelab Muhibbah Balakong. Bagi mana-mana syarikat yang berminat untuk turut serta boleh hubungi [email protected].
“Kami bersyukur kerana sepanjang pandemik ini perniagaan kami dapat bertahan kerana pelanggan dan komuniti yang setia. Oleh itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi semula kepada mereka yang memerlukan. Kami percaya usaha yang tidak seberapa ini dapat bertahan dan dapat terus menyebarkan kegembiraan dalam apa juga yang kami lakukan,” kongsi Sayantan.