Fonterra Brands Malaysia dan Fernleaf Bersama 138 sekolah sahut aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia tingkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar

Fernleaf anjurkan Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2020

Shah Alam, 30 Disember 2020 – Fonterra Brands Malaysia bersama Fernleaf, jenama terkenalnya yang telah bertapak sejak 35 tahun yang lalu, bertekad untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih sihat sejahtera. Demi menyokong usaha memperkasakan generasi muda dan meningkatkan kesedaran tentang pendidikan kelestarian alam sekitar, Fonterra, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah menganjurkan Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan iaitu ‘Waste-to-Wow yang dilancarkan pada bulan Oktober 2020.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran akibat pandemik yang melanda, inisiatif ini mendapat sambutan luar biasa dengan penglibatan sejumlah 155 peserta daripada 138 sekolah rendah dari enam (6) negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka and Johor. Inisiatif tersebut adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 KPM, yang bertujuan meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran berucap di khalayak ramai sambil menggalakkan pelajar menghargai usaha pemuliharaan dan alam sekitar.

Fonterra Brands Malaysia dan Fernleaf Bersama 138 sekolah sahut aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Kesemua penyertaan yang diterima pada peringkat akhir ini adalah antara yang terbaik dan pengadilan dibuat secara maya berdasarkan aspek inovasi serta kreativiti, prototaip reka bentuk dan kemahiran kemajuan diri. Juara pertandingan ini telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA, Negeri Sembilan dengan penyertaan mereka yang diberi nama Projek Alat Dispenser Sanitasi Tanpa Sentuh (“PADAS”). Ia merupakan prototaip replika pensanitasi tangan yang dihasilkan menggunakan konsep ekobata dan bahan kitar semula seperti botol dan bekas plastik yang dikumpulkan di sekitar kawasan sekolah. Reka cipta ini juga sejajar dengan usaha menangani wabak COVID-19 dengan menekankan kepentingan kebersihan diri dan amalan mencuci tangan.

Fonterra Brands Malaysia dan Fernleaf Bersama 138 sekolah sahut aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Salah satu penyertaan yang telah terpilih ke peringkat akhir ialah reka cipta yang dikenali sebagai 3R FBI Flipped Bin, iaitu konsep yang diketengahkan oleh Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya Ampang Selangor yang terpilih pula sebagai Naib Juara. Ciptaan inovatif dengan unsur robotik ini diperbuat daripada bahan-bahan terpakai seperti tayar terpakai, kotak dan meja sekolah serta komponen elektronik seperti sensor jarak jauh (sensor ultrasonik), bateri kuasa voltan dan litar elektronik. Dalam usaha memupuk amalan kitar semula, 3R FBI Flipped Bin ini  dapat mengesan pergerakan dan membuka penutup tong sampah secara automatik untuk pelajar mengitar semula bahan buangan tanpa perlu menyentuh penutupnya.

Salah satu strategi utama syarikat Fonterra ialah “Healthy Environment” yang mana syarikat amat menitik beratkan alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari. Pertandingan ini bukan sahaja seiring dengan usaha pembangunan kelestarian jenama tetapi ia juga menyediakan wadah untuk merangsang perkembangan minda dan emosi generasi muda, lebih-lebih lagi pada tahun yang  amat mencabar ini.

“Kita sering bimbang tentang masa depan yang tidak menentu tetapi kadangkala terlupa akan kesan pandemik terhadap anak-anak kita yang sedang membesar. Walaupun kita perlu menarik perhatian mereka kepada isu semasa, hakikatnya kita juga perlu terus menyokong dan mendorong mereka dalam menghadapi suasana yang sukar menerusi aktiviti-aktiviti bermafaat seperti pertandingan ini,” kata Manisya Ismail, Pengurus, Hal Ehwal Koperasi..

Manisya juga menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai  masyarakat untuk merangka masa depan generasi akan datang. “Dunia yang dihuni oleh anak-anak kita amat dipengaruhi oleh pilihan yang kita buat dan gaya hidup yang kita amalkan pada hari ini. Ini seharusnya menjadi iltizam utama untuk kita lebih prihatin terhadap masa depan dan alam sekitar, dengan mengamalkan gaya hidup lestari serta terus melindungi dan memelihara alam sekitar untuk memastikan generasi masa depan berpeluang untuk menikmati persekitaran yang sihat. Alam sekitar yang terpelihara dan lestari akan menyokong kehidupan yang lebih ceria dan sihat, sambil meningkatkan daya ketahanan bumi.”

Di pusingan akhir penjurian, Yang Berusaha Tuan Zainal Bin Abas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan mengucapkan terima kasih kepada Fonterra atas inisiatif murni mereka dan mengalu-alukan syarikat lain dalam sektor swasta tampil untuk menjalin kerjasama. “Kerajaan dan Kementerian Pendidikan benar-benar menggalakkan sektor swasta untuk tampil dan mengambil peluang untuk mengadakan kerjasama  demi manfaat dan masa depan anak-anak kita dan sistem pendidikan negara.” Kementerian Pendidikan juga berharap usaha seperti ini akan diteruskan pada masa depan dengan melibatkan lebih banyak sekolah di seluruh Malaysia.

Fonterra akan terus komited dalam usaha untuk menerapkan pengaruh positif terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi untuk menyokong kemampanan masyarakat dan alam sekitar demi masa depan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.fernleaf.com.my/en.html.

© 2023 BlackButterfly DesignArts