Empat nominasi Academy Award® : Best Picture, Director, International Feature Film dan Adapted Screenplay
Tiga nominasi BAFTA Film Award: Director, Film Not in English Language dan Adapted Screenplay
“Filem-filem Hamaguchi mempunyai suatu tenaga, kekuatan dan daya graviti yang amat jarang dilihat. Drive My Car adalah karya kreatif yang tulen.” – Bong Joon-ho
MUBI, distributor dan servis strim filem global berkurasi dengan bangga mengumumkan filem Ryusuke Hamaguchi yang diiktiraf secara kritis, Drive My Car, akan ditayang di MUBI, secara eksklusif di Malaysia mulai 1 April 2022.
Filem yang ditulis-bersama dan diarahkan oleh Ryusuke Hamaguchi, Drive My Car mendapat tayang perdana dunia dalam pertandingan pada Festival Filem Cannes 2021, dimana ia memenangi Best Screenplay. Ia langsung terpilih sebagai Kemasukan rasmi negara Jepun untuk Best International Feature Film di Academy Awards® ke-94, dan turut mendapat empat nominasi Academy Awards® (Best Picture, Director, International Feature Film dan Adapted Screenplay)dan tiga BAFTA Film Awards (Director, Film Not in English Language dan Adapted Screenplay).
Diadaptasi daripada cerita pendek Haruki Murakami, Drive My Car mengikuti Yusuke Kafuku (Hidetoshi Nishijima), seorang pengarah dan pelakon pentas, yang bahagia berkahwin dengan Oto (Reika Kirishima), seorang penulis skrip. Namun, kematian mengejut Oto meninggalkan sebuah rahsia. Dua tahun kemudian, Kafuku, yang masih belum menerima kematian isterinya, menerima tawaran untuk mengarah sebuah pementasan di festival teater dan langsung memandu keretanya menuju Hiroshima. Disana, beliau bertemu dengan Misaki (Toko Miura), seorang wanita pendiam yang ditugaskan untuk menjadi pemandunya. Sedang mereka menghabiskan masa bersama, Kafuku berdepan dengan misteri isterinya yang dalam diam semakin menghantuinya.