Filem Al Jafree Md Yusop ‘Mencari Rahmat’ Yang Amat Dinantikan Bakal Ditayangkan Secara Eksklusif Di Mubi Bermula 31 Ogos

Hidup dalam kepura-puraan boleh mendapatkan apa yang terhajat di hati

Pengedar dan servis penstriman kurasi filem global MUBI telah mengumumkan filem Al Jafree Md Yusop Mencari Rahmat yang amat dinantikan bakal ditayangkan secara eksklusif bermula 31 Ogos 2021.

Filem komedi gelap ini merupakan adaptasi daripada ‘The Importance of Being Earnest’ karya Oscar Wilde  berdasarkan tafsiran oleh Al Jafree sendiri. Mengisahkan tentang dua sahabat bujang, Razak dan Azman, yang menjalani kehidupan dengan dua identiti berbeza demi mendapatkan perhatian daripada Roselina dan Ratna. Namun mereka harus mendepani tipu muslihat mereka  serta amarah Datin Azizah yang digeruni.

Mencari Rahmat menampilkan barisan pelakon terhebat termasuk Namron (Roh, Redha, One Two Jaga), Amerul Affendi (Bunohan, Terbaik Dari Langit, Pekak), Nadia Aqilah (Dendam Pontianak, Zaiton Ceritaku), Sharifah Amani (Sepet, Gubra, Gol & Gincu), Adibah Noor (Mukhsin, Talentime, Sepet), Fauziah Nawi (Sayang Salmah, The Red Kebaya), Azman Hassan (Lelaki Harapan Dunia, River of Exploding Durians) dan Eric Fuzi (Dunia Baru The Movie, Rasukan Ablasa).

Menurut Al Jafree, ‘The Importance of Being Earnest amat menarik buat saya, terutama sekali tentang bagaimana subjek-subjek ini masih kekal relevan dalam dunia sekarang,’

Al Jafree mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan skrip filem ini kerana bukan mudah untuk mentafsir dan mengadaptasikan karya hebat Oscar Wilde ke Bahasa Malaysia.

Mencari Rahmat akan ditayangkan di MUBI secara eksklusif mulai 31 Ogos 2021. Bersempena dengan Hari Merdeka, MUBI memberikan promosi langganan masa terhad hanya RM3 selama 3 bulan untuk pelanggan baharu. Promosi berakhir pada 16 September 2021. Untuk maklumat lanjut, layari www.mubi.com

Filem Al Jafree Md Yusop ‘Mencari Rahmat’ Yang Amat Dinantikan Bakal Ditayangkan Secara Eksklusif Di Mubi Bermula 31 Ogos
© 2023 BlackButterfly DesignArts