FedEx Syarikat Pertama Pelopori Percubaan Penghantaran Kenderaan Elektrik Rentas Sempadan dari Malaysia ke Singapura

Seiring matlamat FedEx untuk capai operasi neutral karbon secara global menjelang 2040

FedEx Syarikat Pertama Pelopori Percubaan PenghantaranKenderaan Elektrik Rentas Sempadan dari Malaysia ke Singapura
Tien Long Woon (L), managing director of FedEx Express Malaysia, passing the FedEx parcel to Yusni Yahya (R), the FedEx courier who will be driving the electric vehicle as part of the company’s first cross-border electric vehicle delivery trial from Malaysia to Singapore.

Kuala Lumpur, Malaysia, 27 Februari 2024 – FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp. (NYSE: FDX) dan salah sebuah syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, akan melancarkan percubaan penghantaran rentas sempadan pertama dari Malaysia ke Singapura menggunakan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat tersebut mengurangkan jejak karbon dan menggalakkan penggunaan kaedah logistik lestari.

Perjalanan tersebut akan dibuat menggunakan ‘Maxus eDeliver 7’ dari Stesen FedEx di Shah Alam ke kemudahan FedEx di Lapangan Terbang Changi di Singapura, meliputi jarak sejauh 406 kilometer. Anggaran pengurangan emisi ekzos CO2 bagi perjalanan percubaan ini adalah kira-kira 100 kilogram berbanding van pacuan diesel.

FedEx menggunakan percubaan ini untuk menilai keberkesanan operasi bagi kutipan dan penghantaran rentas sempadan masa depan. Maklumat yang diperolehi amat penting untuk memperbaharui operasi syarikat di masa depan, yang bukan sahaja membawa manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga untuk meningkatkan kecekapan kenderaan, sambil memberikan perkhidmatan efisien kepada para pelanggan.

“Usaha kami untuk mengurangkan jejak karbon sepanjang dalam bisnes bermakna kami perlu berfikir secara strategik mengenai semua operasi daratan kami, bukan hanya bagi penghantaran jarak terakhir,” kata Kawal Preet, presiden, rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika di FedEx. “Percubaan rentas sempadan ini akan membuktikan konsep yang bakal membantu kami meluaskan program elektrifikasi FedEx di rantau ini, selaras dengan kemahuan para pelanggan untuk penghantaran tepat pada masanya serta lestari.”

Percubaan ini menandakan satu mercu jaya penting bagi FedEx, dalam usahanya mencapai matlamat mentransformasikan seluruh rangkaian kenderaan kutipan dan penghantaran globalnya kepada kenderaan emisi sifar menjelang 2040. Pada Mei 2023, FedEx menambah dua EV kepada rangkaian kenderaannya di Malaysia untuk operasi kutipan dan penghantaran bungkusan di sekitar Lembah Klang.

“Usaha penghantaran rentas sempadan dengan kenderaan emisi ekzos sifar bukan sahaja satu pencapaian logistik, tetapi juga mencerminkan satu langkah mampan untuk menetapkan semula piawaian industri, kata Tien Long Woon, pengarah urusan FedEx Express Malaysia. “FedEx komited untuk mempelopori inovasi dan memanfaatkan teknologi yang meningkatkan kecekapan operasi kami, dan juga menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lestari kepada para pelanggan di Malaysia.”

FedEx baru-baru ini melancarkan alat pelaporan emisi karbon berasaskan awan, FedEx® Sustainability Insights, untuk memberikan maklumat sejarah emisi kepada pelanggan di Malaysia tentang penghantaran mereka melalui rangkaian FedEx. Pelanggan FedEx boleh menggunakan data tersebut untuk membuat keputusan secara maklum tentang strategi penghantaran masa depan bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut tentang program kelestarian FedEx, sila klik https://www.fedex.com/en-us/sustainability.html

© 2024 BlackButterfly DesignArts