Farmasi Alpro Melancarkan Cawangan Terbaru di KidZania Kuala Lumpur

Farmasi Alpro Melancarkan Cawangan Terbaru di KidZania Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 13 September 2024 – Sempena Hari Ahli Farmasi Sedunia pada 25 September, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy, melancarkan cawangan terbarunya di KidZania Kuala Lumpur hari ini. Alpro Pharmacy adalah satu-satunya farmasi yang terdapat di bandar interaktif kanak-kanak ini, telah menyertai komuniti yang menawarkan lebih daripada 70 aktiviti simulasi kerjaya. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak berpeluang merasai pengalaman pelbagai profesion secara realistik.

Farmasi Alpro Melancarkan Cawangan Terbaru di KidZania Kuala Lumpur

Ph. Lim En Ni, Ketua Pegawai Farmasi dan Pengarah Penglibatan Alpro Pharmacy berkata, “Pengembangan kami ke KidZania Kuala Lumpur selaras dengan visi kami untuk dunia yang sihat dan bersemangat. Di Alpro Pharmacy, misi kami adalah untuk menyediakan peluang, kesihatan, dan panduan kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk kehidupan yang lebih baik. Adalah penting untuk memperkenalkan kanak-kanak lebih awal kepada peranan penting ahli farmasi dalam kehidupan mereka, terutamanya dalam memastikan keselamatan ubat-ubatan.”

“Persekitaran unik KidZania membolehkan kami berinteraksi dengan kanak-kanak melalui aktiviti main peranan yang membina pemikiran kritikal, pengetahuan kendiri, dan kreativiti mereka. Ia juga memupuk nilai-nilai penting dalam kehidupan seperti hormat, tanggungjawab, dan integriti.”

Farmasi Alpro Melancarkan Cawangan Terbaru di KidZania Kuala Lumpur

Alpro Pharmacy di KidZania Kuala Lumpur menawarkan peluang unik kepada kanak-kanak untuk menerokai dunia ahli farmasi komuniti melalui aktiviti interaktif selama 20 minit dan merasai pengalaman sebenar. Cawangan ini mempunyai makmal pengkompaunan di mana kanak-kanak boleh mencipta gel penenang mereka sendiri dengan bimbingan daripada profesional di cawangan tersebut. Mereka juga boleh membawa pulang gel yang dihasilkan oleh mereka, direka untuk menenangkan ekzema dan melegakan kesan melecur kecil.

Farmasi Alpro Melancarkan Cawangan Terbaru di KidZania Kuala Lumpur

Pada majlis pelancaran, Ph. Lim turut menekankan tema Hari Ahli Farmasi Sedunia tahun ini, ‘Ahli Farmasi: Memenuhi Keperluan Kesihatan Global,’ serta peranan ahli farmasi komuniti dalam menyokong negara dalam usaha memerangi penyakit kronik seperti ekzema dan penyakit tidak berjangkit (NCD), serta peralihan kepada status negara tua yang dijangka pada tahun 2030.

“Dengan lebih daripada 300 cawangan di seluruh negara, ahli farmasi komuniti kami mudah diakses dan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam penjagaan kesihatan asas dan pencegahan penyakit. Selain daripada nasihat mengenai ubat-ubatan, kami juga menyediakan perkhidmatan seperti berhenti merokok, perancangan keluarga, dan pengurusan kesakitan. Apa yang lebih menarik adalah waktu operasi kami lebih panjang daripada kebanyakan hospital dan klinik, dan untuk berbincang dengan kami tidak memerlukan sebarang janji temu, serta tiada bayaran konsultasi akan dikenakan,” kata Ph. Lim.

Alpro Pharmacy KidZania Kuala Lumpur berada di kawasan Kesihatan, Tingkat Atas, bertentangan dengan hospital. Ia menawarkan peluang untuk kanak-kanak yang berminat menjadi ahli farmasi dari usia 6 tahun ke atas. Waktu operasi adalah dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.

© 2024 BlackButterfly DesignArts