Farmasi Alpro Melancarkan “Anugerah Pilihan VIP Alpro” Buat Julung Kalinya

Undi Jenama Kegemaran Anda dan Menang sehingga 500,000 Mata Alpro

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 – Farmasi Alpro amat teruja untuk mengumumkan pelancaran Anugerah Pilihan VIP Alpro yang pertama dengan tujuan bagi meraikan jenama-jenama penjagaan kesihatan yang luar biasa dalam memberi perubahan dalam kehidupan seorang pengguna. Orang ramai dialu-alukan untuk mengundi jenama kegemaran mereka dan berpeluang untuk memenangi hadiah besar – sehingga 500,000 Mata Alpro!

“Di Farmasi Alpro, kami berpegang pada prinsip meletakkan kehendak komuniti yang kami berkhidmat di dalam setiap apa yang kami lakukan. Pilihan dan pendapat merekalah yang membimbing kami dalam perjalanan menempuhi dunia yang lebih sihat dan bertenaga.

Oleh yang demikian, komuniti kami telah diperkasakan agar suara mereka didengari apabila kami mengiktiraf jenama-jenama yang memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam kesejahteraan mereka dan orang yang mereka cintai,” kata Ph. Lee Yin-Chen, Pengarah Pembangunan Jenama, Promosi dan Pemasaran Dagangan & Pemimpin E-Dagang.

Melalui Anugerah Pilihan VIP Alpro, syarikat kami juga ingin menetapkan garis panduan yang berkualiti dan kepercayaan sambil menyinari tokoh-tokoh yang kurang dikenali dalam bidang produk kesihatan dan kesejahteraan yang luas. Selain itu, kami juga ingin membantu orang ramai untuk menemui produk kesihatan profesional dan membuat pilihan yang lebih bijak mengenai kesihatan dan kesejahteraan.

Tempoh pengundian bermula dari sekarang sehingga hujung bulan Oktober 2023. Peserta kempen “Undi dan Menang Anugerah Pilihan VIP Alpro” akan berpeluang untuk memenangi sehingga 500,000 Mata Alpro yang boleh digunakan untuk produk dan perkhidmatan yang menarik.

Cara Mengundi:

Sertai Farmasi Alpro dalam meraikan kecemerlangan dalam bidang penjagaan kesihatan dan Sejahtera. Buang undi, buat perubahan, dan nikmati ganjaran! Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.alpropharmacy.com/event_promotion/vote-and-win-alpro-vips-choice-award/

© 2023 BlackButterfly DesignArts