Sepang, 9 Disember 2024 – Menjelang musim cuti yang hampir tiba, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah berjenama kilang terulung Jepun, berbesar hati untuk memperkenalkan perayaan hujung tahun yang dinanti-nantikan bertemakan ‘Fantasy Christmas Circus’. Menggabungkan semangat perayaan dengan keseronokan sarkas, acara ini mengalu-alukan pengunjung dari seluruh negara untuk menikmati hiasan yang mempesonakan dan menerima keajaiban percutian.
Dihiasi dengan hiasan mempesonakan yang menghidupkan suasana perayaan, hiasan pusat beli-belah menampilkan peragaan barangan bertema musim sejuk daripada pelbagai kedai. Tumpuan utama perhiasaan ‘Fantasy Christmas Circus’ ini terletak di Sunshine Square, di mana sarkas ajaib dan pokok yang indah akan dihiasi dengan perhiasan berkilauan bagi mewujudkan suasana perayaan yang mempesonakan seakan-akan dalam mimpi.
“Tema percutian tahun ini direka untuk memupuk rasa kebersamaan di MOP KLIA, di mana semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga dewasa, boleh berkumpul untuk mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak ataupun mencipta memori baharu. Kami akan sentiasa sediakan sesuatu yang istimewa untuk setiap tetamu di MOP KLIA,” kata TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development.
Selaras dengan semangat memberi pada musim ini, MOP KLIA telah memilih Rumah Juara, Puchong untuk inisiatif yang menyentuh hati bagi menggalakkan pembeli berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan kanak-kanak yang memerlukan. Pembeli yang ingin menyumbang boleh memilih kad hajat dari gazebo yang dihias indah ataupun membeli hadiah untuk kanak-kanak dari rumah anak yatim dengan mengirimnya di kaunter maklumat. Pihak MOP KLIA kemudian akan mengedarkan sumbangan daripada pembeli, berserta dengan sumbangan mereka sendiri, kepada kanak-kanak di Rumah Juara, bagi membawa senyuman ke wajah mereka.
“Kami berhasrat untuk mewujudkan ruang di mana pembeli boleh merasai suasana perayaan, sama ada mengembalikan jasa kepada masyarakat atau sekadar menikmati suasana perayaan,” tambah TJ Cheah.
Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, MOP KLIA menganjurkan Persembahan Tarian Flashmob pada 21 Disember jam 4 petang dan ‘Holiday Circus Parade’ pada 25 Disember jam 5 petang. Selain itu, MOP KLIA akan melancarkan jualan dan promosi eksklusif sebagai sebahagian daripada sambutan hujung tahun.
Pembeli juga boleh menebus ‘Hadiah Edisi Terhad’ dengan berbelanja RM1,500 dalam dua resit, tersedia untuk 50 pelanggan pertama setiap hari. Perkhidmatan ‘Pembungkusan Hadiah Percuma’ akan tersedia pada 24 dan 25 Disember untuk mereka yang berbelanja RM200 atau lebih dalam satu transaksi.
Bagi pengguna sedia ada dan baharu Aplikasi Mitsui Shopping Park MY, terdapat banyak ganjaran menarik yang tersedia semasa musim cuti. Pengguna baharu boleh menikmati sehingga 300 mata bonus, e-baucar pulangan tunai segera RM5, dan menebus hadiah eksklusif dengan hanya memuat turun aplikasi.
Sementara itu, pengguna aplikasi sedia ada boleh memanfaatkan e-baucar RM20 dan diskaun eksklusif daripada kedai yang mengambil bahagian. Dari 21 hingga 25 Disember 2024, pembeli juga boleh memperoleh 8x mata untuk pembelian di MOP KLIA dan LaLaport BBCC. Selain itu, pembeli boleh menikmati dua jam parkir percuma sehingga 31 Mac 2025, dan ganjaran pulangan tunai istimewa pada 1 Disember 2024 untuk ‘Happy Sunday’.
Dengan ini, pastikan anda kunjungi MOP KLIA dari sekarang hingga 31 Disember 2024 untuk merasai Fantasy Christmas Circus dan persembahannya yang menakjubkan.
MOP KLIA terletak hanya 8 minit dari Terminal 1 dan Terminal 2, dan kira-kira 45 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Pusat beli belah ini mudah diakses melalui lebuh raya utama termasuk ELITE, LDP, KESAS, Lebuhraya MAJU, Lebuhraya Utara-Selatan Central Link dan NKVE. Pilihan pengangkutan awam juga disedia ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, layari laman web mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA.