Dengan 9,822 kes direkodkan pada tahun 2023, Ketua Jabatan Pediatrik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr Erwin Khoo memberi panduan kepada ibu bapa mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anak mereka dijangkiti HFMD dan bagaimana memastikan sekeluarga dalam keadaan selamat
Setiap ibu bapa sudah tentunya arif dengan tabiat anak kecil mereka yang suka memasukkan hampir setiap benda ke dalam mulut, sehinggakan merisikokan anak itu kepada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Penyakit yang sangat mudah berjangkit ini sedang menular di seluruh negara ketika ini, di mana terdapat 170 kluster yang menyebabkan ramai kanak-kanak menjadi sakit sehinggakan ibu bapa bergelut untuk menjaga anak-anak yang dijangkiti. Dalam waktu yang sama mereka perlu menangani urusan kerja dan rumahtangga, selain terpaksa berhadapan dengan taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak yang perlu ditutup operasi bagi mengelakkan penularan virus menjadi lebih serius.[i] [ii]
Biarpun penyakit ini sering berlaku, namun orang ramai masih lagi tidak begitu jelas mengenainya dan apa yang perlu mereka lakukan.[iii] Bagi memahamkan orang ramai mengenai HFMD, Ketua Jabatan Pediatrik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr Erwin Khoomembentangkan tiga (3) fakta penting mengenainya dan turut berkongsi beberapa petua berguna untuk ibu bapa.
HFMD sangat mudah menular dan virusnya boleh kekal dieram sehingga 14 hari
Gejala-gejala biasa HFMD termasuklah demam, luka di dalam mulut dan ruam. HFMD dan cacar air adalah contoh viral exanthem (ruam atau radang pada kulit yang disebabkan jangkitan virus). Tidak seperti cacar air, ruam selalunya tidak timbul pada badan tetapi pada tangan dan kaki, dan ada masanya pada lutut, siku dan punggung.
“Penyebab HFMD adalah virus dan biasanya ia adalah virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71,” kata Dr Erwin. “Virus-virus ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis, serta di dalam lepuh berair yang terbentuk pada tangan dan kaki. Virus tersebut kekal mudah berjangkit pada permukaan keras untuk beberapa hari. Tempoh eraman biasanya di antara 3 ke 7 hari dan boleh sehingga dua (2) minggu. Ini menjadikan HFMD mudah merebak di kalangan kontak rapat dan di dalam keadaan di mana barang mainan serta perkakas dikongsi, atau apabila kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik terutamanya ketika melakukan rutin menukar lampin kotor selepas kanak-kanak membuang air besar.”
Ketika kebanyakan daripada kita menganggap HFMD sebagai penyakit zaman kanak-kanak, – kebanyakan kes jangkitan melibatkan kanak-kanak di bawah usia 6 tahun – hakikatnya, ia boleh menjangkiti orang dewasa juga.[iv] Sesetengah orang berpendapat orang dewasa mendapat gejala yang lebih serius, tetapi kajian mendapati orang dewasa hanya mengalami gejala lebih ringan. Orang dewasa yang dijangkiti boleh menularkan virus kepada orang lain. Sebagai contoh, mereka yang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak yang ada kes HFMD, boleh membawa virus ke rumah di mana akhirnya menjangkiti pasangan, anak-anak dan ibu bapa yang sudah tua. Adalah tidak mustahil untuk mendapat HFMD lebih daripada sekali kerana strain yang berbeza, selain keimunan kepada enterovirus adalah bersifat sementara.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan:
Mempunyai pesakit HFMD di rumah bermakna ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan berwaspada tentang kepentingan menghadkan hubungan individu yang dijangkiti dan mengamalkan kebersihan tangan yang baik. Ia adalah sama seperti langkah pencegahan yang diamalkan ketika pandemik. Ibu bapa dan penjaga perlu membasuh tangan atau membasmi kuman dengan kerap, terutama selepas merawat anak yang menghidap HFMD. Kawasan umum di dalam rumah perlu sentiasa dilap dengan pembasmi kuman, elakkan berkongsi makanan serta perkasas, dan tidak menyentuh mata atau hidung. Langkah-langkah ini perlu diteruskan sehingga 10 hari. Kanak-kanak yang disahkan mendapat HFMD perlu diam di rumah untuk mencegah penyebaran jangkitan kepada orang lain. Namun begitu, langkah ekstrem seperti mengasingkan kanak-kanak itu bersendirian di bilik adalah agak melampau dan tidak wajib kerana virus penyebab HFMD tidak merebak melalui udara seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain, jelas Dr Erwin.
Tiada ubat atau rawatan khusus untuk HFMD
Sayang sekali, tiada cara untuk mencegah HFMD. Walaupun terdapat virus berbeza yang menyebabkan HFMD, tetapi tiada rawatan khusus atau ubat untuk mengurangkan gejala. Yang ada hanyalah kaedah melegakan simptom, kata Dr Erwin.
Beliau memberi amaran mengenai beberapa remedi yang biasa dikongsikan, seperti mandi menggunakan larutan garam kasar atau berendam di dalam air berenzim, kerana ia boleh merengsakan kulit. Selain daripada itu, tiada bukti yang mengatakan cara-cara itu berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan yang lazimnya mengambil masa di antara 7 ke 10 hari.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan:
HFMD boleh menjurus kepada komplikasi serius
Dalam kebanyakan kes, pemulihan di rumah dengan rawatan atas kaunter adalah memadai untuk melegakan gejala seperti demam, ruam atau bintik-bintik merah pada tapak tangan atau kaki, dan ulser mulut.
“Biarpun bintik-bintik tersebut tidak gatal, ulser di dalam mulut boleh menyakitkan dan menghalang kanak-kanak daripada minum, makan dan menelan seperti biasa. Ini boleh membawa kepada penyahhidratan dan dalam kes-kes serius, memerlukan rawatan perubatan,” jelas Dr Erwin.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan:
Kesimpulannya, walaupun situasi ini difahami sebagai sangat menggusarkan, Dr Erwin berkata adalah membantu sekiranya kita melihatnya pada sisi pandang yang berbeza. “Jika anda dapat mengatur supaya dapat mengambil cuti dengan surat rujukan doktor kepada majikan anda, duduklah di rumah dan habiskan masa bersama anak anda. Ada masanya kita tidak perasan betapa cepatnya anak kita membesar,” kata Dr Erwin.
[i] Free Malaysia Today, 20 May 2023. Alert for HFMD cases. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/05/20/alert-for-hfmd-cases/
[ii] Malay Mail, 20 May 2023. Weekly HFMD cases in Malaysia exceed alert level, says Health D-G. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/05/20/weekly-hfmd-cases-in-malaysia-exceed-alert-level-says-health-d-g/70184
[iii] Yogambigai Rajamoorthy et al. “Parents’ knowledge and awareness towards hand foot mouth disease in Malaysia: A survey in Selangor” Clinical Epidemiology and Global Health, Volume 15, 2022. https://doi.org/10.1016/j.cegh.2022.101027. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2213398422000690
[iv] MyHEALTH. Hand, foot and mouth disease (HFMD). http://www.myhealth.gov.my/en/hand-foot-mouth-disease-hfmd/