Faedah Tambahan Untuk Semua Rakan Penghantar foodpanda

Malaysia, 25 June, 2021 – foodpanda Malaysia hari ini mengumumkan siri faedah tambahan yang menawarkan kemudahan dan diskaun yang lebih besar untuk semua rakan penghantar untuk suku kedua tahun 2021.

Mengulas lanjut mengenai pengumuman tersebut, Shubham Saran, Ketua Logistik, foodpanda Malaysia berkata, pihaknya sentiasa mencari cara dan peluang terbaharu untuk menghargai rakan penghantar mereka. “Dengan pandemik yang melanda hari ini, rakan penghantar kami sentiasa bekerja tanpa kenal erti penat lelah dan sanggup meredah cuaca  buruk untuk menggembirakan pelanggan. Dengan faedah tambahan ini, kami ingin memberitahu mereka betapa kami hargai  apa yang mereka lakukan selama ini.

Tambah Shubham, “Rakan penghantar kami merupakan barisan hadapan. Mereka adalah hero yang membantu menghantar makanan dan barangan keperluan lain kepada anda sementara kita duduk di rumah dalam usaha melandaikan lengkuk Covid-19. Pemberian ini adalah cara kami menghargai rider dan merupakan salah satu daripada perancangan kami untuk mereka pada tahun mendatang.”

Antara faedah yang diperkenalkan untuk suku kedua tahun 2021 adalah seperti berikut:

  • FWD Takaful – Pelan Takaful yang berpatutan

foodpanda Malaysa telah bekerjasama dengan menyedia insuran terkemuka FWD Takaful untuk menawarkan pelan FWD Kasih. Pelan yang boleh diperbaharui setiap tahun ini menawarkan perlindungan yang berpatutan untuk semua rakan penghantar dan didatangkan dengan empat pilihan,  bermula dari harga serendah RM2.03 sebulan. Rakan penghantar boleh menggunakan kod PANDA30 untuk menikmati diskaun sebanyak 30% produk FWD Kasih.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.pandariders.my/fwd-kasih

Faedah Tambahan Untuk Semua Rakan Penghantar foodpanda
  • Shell x BonusLink – ganjaran pendaftaran baharu

foodpanda Malaysia memberi penghargaan kepada semua rakan penghantar dengan program Bonus Panda bersama Shell. Melalui inisiatif menarik ini, rakan penghantar boleh memperoleh sehingga 1,000 mata ganjaran BonusLink bagi pendaftaran baharu untuk program Bonus Panda. Boleh diperoleh di kesemua

stesen minyak Shell seluruh negara, mata ganjaran ini boleh digunakan untuk menebus bahan api.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.pandariders.my/panda-bonus-with-shell

  • Liqui Moly – produk penjagaan khas kenderaan

foodpanda Malaysia dengan kerjasama Liqui Moly, pengeluar terkemuka produk penjagaan kenderaan seperti minyak pelincir menawarkan rakan penghantar diskaun sehingga 38%  bagi minyak pelincir dan upah percuma di bengkel-bengkel terpilih di sekitar Lembah Klang dan Johor.

Untuk maklumat lanjut boleh layari  https://www.pandariders.my/liquimolyxfoodpanda

Faedah Tambahan Untuk Semua Rakan Penghantar foodpanda
  • Digi – rangkaian telekomunikasi yang berpatutan

Rakan kongsi penghantaran foodpanda kini boleh menikmati keistimewaan dan pelan Digi yang menarik pada harga yang berpatutan. Wira-wira penghantaran ini juga akan mendapat telefon pintar percuma dan rebat bulanan sebanyak RM30 untuk pelan pascabayar Digi terpilih.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.pandariders.my/digixfoodpanda

Faedah Tambahan Untuk Semua Rakan Penghantar foodpanda
  • Pod – penjimatan mudah

Dalam usaha menggalakkan rakan penghantar menabung pada waktu kecemasan, foodpanda telah bekerjasama dengan aplikasi simpanan, Pod. Semua riders foodpanda yang telah berdaftar boleh menebus kod baucar (PODNEWFPS) RM5 yang terus dikreditkan ke akaun masing-masing dengan pilihan untuk keluaran tunai.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.pandariders.my/podxfoodpanda

  • Cabutan bertuah RAF – rujuk dan menang

Semua rakan penghantar berpeluang memenangi jongkong emas foodpanda apabila mereka memperkenalkan 10 rakan untuk menyertai foodpanda.

Faedah Tambahan Untuk Semua Rakan Penghantar foodpanda
  • Hadiah Samsung S21 – ganjaran untuk prestasi terbaik

Rakan penghantar dengan prestasi terbaik dari setiap negeri akan menerima Samsung Galaxy S21 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerja keras mereka sepanjang bulan Ramadan.

© 2023 BlackButterfly DesignArts