Eye Mo Mendidik Dan Memperkasa Rakyat Malaysia Untuk Bertegas Mendapatkan “Yang Sebenar”

Eye Mo Bekerjasama Dengan Luqman Podolski Melancarkan Kempen “The Real Thing”.

Kuala Lumpur, 10 Disember 2021 – Dalam kehidupan seharian anda, adakah anda pernah menginginkan sesuatu tetapi diberi sesuatu yang lain? Mungkin pernah. Namun adakah anda perlu menerimanya? Sudah tentu tidak, kerana hati anda mungkin berkata bahawa itu bukan apa yang anda mahukan. Sama seperti apabila anda meminta jenama tertentu dan diberikan jenama yang seakan sama, tetapi sebenarnya berbeza. Setiap kali anda menerima jenama yang anda tidak mahu, anda tahu anda berkompromi. Sebabnya serupa tidak bermakna sama.

Eye Mo ialah jenama terkemuka dan telah berada di pasaran selama beberapa dekad dan menjadi jenama isi rumah untuk rakyat Malaysia. Eye Mo sangat sinonim dengan ubat titis mata sehingga ramai pengguna menggunakan istilah “Eye Mo” untuk merujuk kepada ubat titis mata sebagai satu kategori, bukan sekadar produk. Oleh itu, selalunya apabila rakyat Malaysia meminta Eye Mo, mereka ditawarkan produk penjagaan mata yang lain.

Lagi memburukkan keadaan, Eye Mo tiada di pasaran dalam tempoh antara 2013 dan 2017, yang menyebabkan pengguna membiasakan diri untuk ditawarkan produk lain yang bukan Eye Mo, walaupun mereka sebenarnya meminta Eye Mo. Dalam sesetengah keadaan, pengguna diberikan jenama lain yang mempunyai nama atau pembungkusan yang kelihatan seperti Eye Mo.

Selepas Eye Mo kembali ke pasaran pada 2017, apabila pengguna meminta Eye Mo, kadangkala mereka masih ditawarkan jenama lain.

Eye Mo menyedari tanggungjawab yang harus dipikulnya untuk mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan melalui Kempen “The Real Thing”. Dilancarkan hari ini, kempen ini bertujuan untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa Eye Mo kini kembali dalam pasaran dan meletakkan jenama itu sebagai produk yang sebenar. Eye Mo sebenar yang sejak sekian dikenali dan diingini oleh pengguna Malaysia.

Weitarsa ​​​​Hendarto, Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar berkata, “Eye Mo hari ini melancarkan Kempen “The Real Thing” untuk terus meningkatkan kesedaran bahawa Eye Mo sudah kembali di pasaran. Kempen ini juga bertujuan mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk bertegas meminta Eye Mo apabila mereka mahukan Eye Mo, dan bukan jenama lain.”

Eye Mo Mendidik Dan Memperkasa Rakyat Malaysia Untuk Bertegas Mendapatkan Yang Sebenar
Senior Vice President Marketing and International Operations, Weitarsa Hendarto

Beliau juga menambah “Hanya ada satu Eye Mo, produk sebenar yang diketahui dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun. Apabila mahu meringankan masalah salah satu deria kita yang paling penting, kita tidak seharusnya berkompromi untuk mendapatkan apa yang kita percaya adalah yang terbaik dan apa yang sebenarnya kita mahukan.”

Untuk meningkatkan kempen ini dan menjadikannya lebih nyata untuk rakyat Malaysia, Eye Mo telah mendapatkan Luqman Podolski, pencipta kandungan yang popular dan terkenal, untuk berhubung dengan pengguna yang lebih muda di Malaysia.

Eye Mo Mendidik Dan Memperkasa Rakyat Malaysia Untuk Bertegas Mendapatkan Yang Sebenar
Eye Mo Malaysia Brand Ambassador, Luqman Podolski

Luqman berkongsi pengalaman ‘tidak benar’ beliau dengan penonton, dengan satu contoh apabila melihat seorang wanita dari belakang, dia menyangka wanita itu sebagai kawannya, tetapi apabila Luqman berkata ‘Hai’, dan wanita itu menoleh ke belakang, dia menyedari bahawa orang yang ditegurnya adalah seseorang yang tidak dikenali.

Dia juga berkongsi bahawa hampir setiap daripada kita telah mengambil sebungkus kerepek atau kemeja-T berjenama dan kemudiannya menyedari ia hanya serupa dengan jenama yang kita mahukan, tetapi bukan apa yang kita mahukan. Dia menemui jawapan kepada kejadian yang boleh dikaitkan ini dengan Kempen Eye Mo The Real Thing.

Luqman telah menjadi pengguna Eye Mo sejak sekian lama. Beliau memastikan Eye Mo sentiasa tersedia semasa penggambaran, semasa menulis skrip dan juga semasa aktiviti biasa seperti melayari internet atau dalam perjalanan di luar rumah. Dia juga mengakui sentiasa menyimpan Eye Mo Regular dan Eye Mo Moist di dalam poketnya sepanjang masa.

Semasa di majlis pelancaran, Luqman Podolski berkata, “Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kempen The Real Thing dengan jenama yang selalu saya gunakan sejak sekian lama. Saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Eye Mo untuk mendidik rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka untuk mendapatkan The Real Thing. Saya sentiasa meminta produk yang sebenar untuk menikmati kehidupan sepenuhnya.”

“Sebagai contoh, apabila saya membeli barangan penjagaan diri, walaupun kakitangan promosi menawarkan produk yang serupa, saya tidak akan terima. Bagi saya, serupa tidak bermakna sama. Walaupun perkara kecil seperti pergi ke gerai mamak; walaupun kawan kata terimalah sahaja dengan apa sahaja yang mereka berikan atau sediakan, saya akan sentiasa bertegas tentang apa yang saya mahukan – produk sebenar. Kehidupan saya sebenarnya tertakluk kepada pilihan yang saya buat. Saya perlu bertegas untuk mendapatkan perkara sebenar untuk menjadikan hidup saya lebih nyata,” tegasnya lagi.

Menerusi kerjasama antara Luqman Podolski dan Eye Mo, terdapat video yang secara berseloroh menggambarkan iritasi mata kita yang terganggu boleh menjejaskan keupayaan kita untuk membezakan perkara yang sebenar dan yang tidak. Kempen The Real Thing juga mencipta perbualan di media sosial termasuk Instagram, Facebook, Tik Tok dan YouTube dengan generasi muda.

Di Malaysia, Eye Mo menawarkan dua varian: Eye Mo Regular, direka untuk membantu menenangkan dan melegakan iritasi mata yang ringan atau rasa pedih pada mata yang disebabkan oleh asap dan habuk; dan Eye Mo Moist, untuk melembapkan dan menyegarkan mata yang menjadi kering dan letih akibat membaca atau bekerja berjam-jam di hadapan komputer.

Weitarsa ​​menambah “Jenama ini terkenal kerana kemujarabannya dan dipercayai bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Filipina, Kemboja, Mexico, Brunei Darussalam dan banyak lagi. Bagi pihak pasukan Eye Mo, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan terhadap jenama ini selama beberapa dekad dan menjadikannya jenama isi rumah di Malaysia. Kami mengharapkan sokongan berterusan daripada anda.”

Walaupun dalam situasi yang mencabar ini, jenama seperti Eye Mo bekerjasama dengan rakan kongsi yang tepat untuk memberikan keyakinan kepada pengguna supaya bertegas dengan apa yang mereka inginkan. Kongsi mesej ini dengan keluarga dan rakan anda dan meminta mereka untuk sentiasa mendapatkan The Real Thing – Eye Mo Regular dan Eye Mo Moist, kini boleh didapati di lebih 2,000+ farmasi terkemuka di seluruh negara.

© 2023 BlackButterfly DesignArts