EXAL Group Melancarkan Perasmian Pameran Show Village Menerusi Projek SÓL Estate

EXAL memberi pengalaman SÓL Estate kepada bakal penduduk dengan sambutan Tahun Baru Cina di Show Village mereka

EXAL Group Melancarkan Perasmian Pameran Show Village Menerusi Projek SÓL Estate
Pandangan pertama Show Village SÓL Estate di Jalan Batu Kawa

Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 EXAL Group — pemaju hartanah dari Australia Barat — secara rasminya telah melancarkan Show Village baharunya yang hebat untuk pembangunan kediamannya, SÓL Estate.Pembangunan yang merangkumi 31 ekar tersebut mewakili langkah pertama mereka ke pasaran Malaysia, menandakan satu capaian penting bagi EXAL.

Majlis itu yang bertemakan ‘A Blossoming SÓL’ telah berlangsung di SÓL Estate sendiri di Jalan Batu Kawa di Kuching pada 17 Februari 2024, bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina. Show Village ini juga terdiri daripada dua unit pameran iaitu dupleks dua tingkat dan rumah laman dua tingkat, kedua-duanya terbuka untuk tontonan awam. Kini, EXAL turut bersedia untuk tempahan Fasa 2 untuk pembeli rumah. Tambahan pula, unit pameran yang lengkap ini juga merupakan unit yang pertama di Sarawak untuk mendapatkan pensijilan GreenRE penuh.

EXAL Group Melancarkan Perasmian Pameran Show Village Menerusi Projek SÓL Estate
Albert Ko, pengarah urusan EXAL Group (Malaysia), membuat ucapan semasa majlis pelancaran A Blossoming SÓL

“Kami sangat teruja dengan minat dan penerimaan untuk SÓL Estate sejauh ini,” kata Albert Ko, pengarah urusan EXAL Malaysia. “Selaku anak Kuching, saya sangat gembira melihat semangat yang ditunjukkan oleh komuniti setakat ini terhadap pengalaman kehidupan yang eksklusif, tenang, dan lestari ini.”

EXAL Group Melancarkan Perasmian Pameran Show Village Menerusi Projek SÓL Estate
Tetamu berkumpul di perayaan Tahun Baru Cina EXAL Group

Seramai 300 pengunjung majlis itu berpeluang meraikan gaya hidup SÓL Estate di samping berhadapan dengan kawasan komuniti luar yang dipenuhi dengan masyarakat mesra dan silaturahim antara satu sama lain, serta kemeriahan tarian singa. Antara tetamu berkepentingan yang menghadiri majlis pelancaran ini termasuk pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Bank Malaysia Mohd Rashid Bin Mohammad, pemilik Hotel Sheraton Kuching Tan Sri Yee Ming Seng dan RHB Bank Geraldine Kho dari Sarawak.

EXAL Group Melancarkan Perasmian Pameran Show Village Menerusi Projek SÓL Estate2
Para tetamu berkumpul di balkoni unit di pameran Show Village

SÓL Estate menawarkan gabungan gaya hidup moden dan berfungsi dengan penggayaan dalaman kontemporari serta integrasi ruangan dalaman dan luaran yang luas. Rumah-rumah halaman Fasa 1 telah dijual sepenuhnya dengan hanya 4 unit rumah dupleks yang sedia ada, manakala Fasa 2 yang bakal tiba menjadi satu-satunya fasa yang tinggal untuk memperoleh rumah halaman.

EXAL juga telah bekerjasama dengan syarikat penyelesaian hartanah terkemuka seperti, The Makeover Guys, sebagai perunding kreatif dan jenama, serta firma seni bina terkenal di rantau ini, DKO Architecture, dan pakar landskap, Landart, untuk menyatukan pembangunan eksklusif ini.

EXAL Group Melancarkan Perasmian Pameran Show Village Menerusi Projek SÓL Estate
Pengarah Urusan Kumpulan RHB Bank Malaysia, Mohd Rashid Bin Mohammad dan Albert Ko, pengarah urusan Kumpulan EXAL, berbual di ruang dalaman Show Village

SÓL Estate adalah yang pertama seumpamanya di Sarawak menggunakan reka bentuk pemikiran ke hadapan itu sambil memperjuangkan keterangkuman dan memupuk hubungan merentas generasi. Jelas sekali EXAL mengetahui dengan tepat sasaran pelanggan mereka,” kata Shirley Yeo, Ketua Agensi PropNex Sarawak.

Apabila Albert mendekati saya, saya kagum dengan dedikasinya untuk mewujudkan ruang yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat,” tambah Geraldine Kho, Ketua Perbankan Komersial di RHB Banking Group. “Penekanannya untuk memahami keperluan penduduk, ditambah dengan analisis pasaran yang bijak seperti ‘jam hartanah,’ telah terbukti bernilai. Sudah jelas tercermin dalam sambutan yang meriah terhadap projek ini! Melalui fokus dan inspirasinya daripada reka bentuk rumah mewah di Australia. Aspek keselesaan rumah juga jelas terlihat dalam projek ini turut memainkan peranan penting dalam faktor kejayaannya.”

Pelbagai kemudahan yang sedia ada seperti laman kehijauan dan pokok, gelanggang bola keranjang hingga ke taman permainan untuk kanak-kanak jelas direka untuk memenuhi keperluan pelbagai penduduk dari semua peringkat umur. Berikutnya, hal ini juga dapat mempromosikan aspek kesihatan, rekreasi, dan sifat kemasyarakatan dalam komuniti ini. 

Pembeli yang berminat boleh membuat bayaran tempahan sekarang untuk mendapatkan unit yang mereka inginkan. SÓL Estate Show Village dibuka untuk tontonan setiap Isnin hingga Ahad. Untuk butiran lanjut, hubungi pasukan pengurusan jualan SÓL Estate di +6018 312 8899, dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EXAL Group, lawati www.exal.co.

© 2023 BlackButterfly DesignArts