Penemuan terkini Thiamidol™ rahsia kulit lebih cerah dalam hanya 4 minggu
Kuala Lumpur, 28 Mei 2019 – Kulit yang cerah dan dan berseri adalah impian setiap wanita. Eucerin kini menawarkan penyelesaian yang selamat, lembut dan berkesan bagi mengurangkan bintik hitam dalam hanya 4 minggu! Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS adalah rangkaian produk penjagaan kulit baru dengan bahan aktif Thiamidol™ yang ditemui dari hasil ujian serta penyelidikan dan pembangunan intensif di Eucerin Skin Science Lab.
Bintik hitam adalah disebabkan oleh kelebihan produksi melanin, yang biasanya tercetus dari pendedahan kepada cahaya matahari, penuaan dan perubahan hormon serta faktor-faktor lain. Pada masa ini, penyelesaian paling berkesan bagi menangani bintik hitam adalah menerusi pengupasan kulit kimia atau rawatan laser. Tetapi sekarang, Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS menawarkan solusi yang lebih lembut serta efektif sambil memberikan faedah jangka masa panjang untuk menangani masalah bintik hitam.
“Selama lebih dari 100 tahun, Eucerin bereputasi tinggi dalam menyediakan solusi penjagaan kulit yang selamat dan berkesan. Hari ini, kami dengan bangganya memperkenalkan Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS, rangkaian produk yang telah dikaji lebih dari 10 tahun. Formula penemuan ini mengandungi bahan aktif iaitu – Thiamidol™ yang telah dipatenkan dan terbukti paling berkesan daripada 50,0000 kompaun yang diuji dalam Eucerin Skin Science Lab, berjaya mengurangkan bintik-bintik hitam dalam masa 4 minggu sambil mengekalkan kelembutan kulit, “kata Ng. Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia.
* Thiamidol ™ diuji dan terbukti 10x lebih berkesan daripada B-resorcinol
Bagi menunjukkan keberkesanan bahan aktif, Thiamidol™, dua pasangan kembar, Avril dan Cathrine Koh serta Felicia dan Fyrone Lee, dipilih untuk menguji keberkesanan Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS. Dari pasangan masing-masing, Avril dan Felicia dipilih untuk menggunakan Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS sementara Cathrine dan Fyrone pula menjalani rawatan laser.
Di akhir minggu ke-4, kedua-dua wanita yang menggunakan Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS dilaporkan mengalami peningkatan yang ketara, di mana bintik hitam berkurangan secara dramatik dan kulit mereka menjadi lebih cerah dan didapati lebih berseri.
Felicia berkata, “Saya mahukan kulit wajah yang lebih bersinar, dan Eucerin UltraWHITE+ SPOTLESS benar-benar memenuhi impian saya. Ramai memuji kulit saya yang kelihatan lebih cerah. Produk Double Booster Serum benar-benar membantu mengimbangi tona kulit saya. Dan yang paling penting, saya amat menyukai bagaimana ia memberikan pelembapan yang sempurna kepada kulit saya. “
Avril, yang juga menggunakan Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS, berkata, “Bintik hitam adalah masalah kulit yang memang susah untuk saya perbaiki. Selain Double Booster Serum, saya sangat gembira dengan Spot Corrector yang mensasarkan kawasan yang bermasalah. Rejim ini ternyata satu keajaiban! Sejak saya menggunakannya, bintik-bintik hitam saya hampir hilang dan kulit saya dilihat lebih cerah dan bersinar. “
Testimoni mereka mengukuhkan pengalaman dari pengguna awal seperti Petra Mayer yang datang dari Jerman untuk berkongsi perubahan dramatiknya. Seperti wanita lain, Petra turut terganggu oleh bintik-bintik hitam yang menjejaskan keyakinan dirinya, tetapi selepas hanya 4 minggu menggunakan Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS, perubahan nyata ketara. Saksikan testimoni penuhnya di sini.
Turut hadir ialah Dr Tan Wooi Chiang, pakar dermatologi serta perunding kulit yang menjelaskan bagaimana Thiamidol™ bertindak. “Sesiapa saja boleh mengalami bintik gelap, dan Thiamidol™ berfungsi untuk mengurangkan melanin terus dari sumbernya dengan menghalang produksi Tyrosinase. Ia juga diuji dengan berkesan untuk mengurangkan bintik-bintik hitam secara perlahan dan selamat,” kata Dr Tan. “Seperti ditunjukkan dalam ujian, rejim penjagaan kulit yang mengandungi Thiamidol™ menunjukkan hasil dalam masa kurang dari dua minggu dan penggunaan berterusan membantu mencegah bintik-bintik hitam daripada terbentuk.”
Memperkenalkan Eucerin ® UltraWHITE+ SPOTLESS dengan Thiamidol™ yang baru
Produk-produk terbaru Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS mengandungi Thiamidol™. Untuk keberkesanan optimum, gunakan setiap hari sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit*:
* Maksimum empat penggunaan produk yang mengandungi Thiamidol ™ boleh digunakan setiap hari.
Untuk kulit lebih cerah dalam 4 minggu, cubalah Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS, rangkaian penemuan terbaru untuk mengurangkan bintik-bintik hitam tanpa rawatan laser, pada masa yang sama mengekalkan kelembutan kulit.
Sertai cabaran Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS dengan berkongsi gambar sebelum dan selepas di media sosial sekarang. Untuk menyertai, hanya sertakan #EucerinUltraWHITESPOTLESSChallenge dan #diminishdarkspotswithoutlaser. Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook Eucerin Malaysia.
Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS boleh didapati di semua farmasi di seluruh negara; untuk maklumat lanjut rangkaian produk penjagaan kulit Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS, layari www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.