Etika bekerjasama dengan UKM untuk mengukuhkan komitmen kelestarian demi sungai yang lebih bersih untuk Hari Alam Sekitar Sedunia.
Kuala Lumpur, 28 Jun 2022 – Sungai memainkan peranan penting dalam alam sekitar kerana ia memberikan kehidupan di mana sahaja ia mengalir, sama ada untuk flora dan fauna, atau kepada kehidupan sekeliling. Malangnya, manusia gagal menghargai kurniaan yang diberi kepada semua kehidupan, mengakibatkan pencemaran yang ketara kepada sungai-sungai kita hari ini. Etika Sdn Bhd (“Etika”), salah satu pengeluar minuman halal terkemuka di Malaysia, bertekad untuk menangani isu ini dengan memperkenalkan kempen “It’s Time for Our River”, demi mengukuhkan lagi komitmen mereka ke arah kelestarian sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022.
“It’s Time for Our River” adalah hasil kerjasama dengan salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk mempromosikan rawatan kualiti air sungai melalui pameran yang menggunakan pendekatan biologi, sambil mendidik ahli komuniti mengenai kepentingan pemeliharaan sumber air kita. Etika bekerja rapat dengan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM melalui program pembersihan sungai pertama mereka yang diadakan baru-baru ini di Taman Rekreasi Sungai Langat, Bangi.
“Sejak kebelakangan ini kita dapat melihat kemerosotan kualiti air akibat individu yang tidak bertanggungjawab dan ini telah menimbulkan kebimbangan yang semakin meningkat kepada persekitaran dan bagaimana untuk menghargai sungai kita. Setiap daripada kita bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti untuk keadaan sungai kita. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mengetahui bagaimana untuk menjaga alam sekitar. Oleh itu, ahli fakulti FST memainkan peranan mereka untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka tentang bagaimana kita dapat mencapai objektif ini, “kata Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei).
“Dengan kehadiran lebih daripada 300 peserta membantu membersihkan sungai, kami sangat berbesar hati untuk melihat sambutan yang memberangsangkan dan ini membuktikan bahawa masih ada individu yang ambil peduli tentang alam sekitar. Oleh itu, kami yakin bahawa kami dapat meneruskan usaha seperti ini lagi untuk menjaga sungai-sungai kita, untuk generasi akan datang,” tambah Santharuban.
Ahli kempen yang lain juga menyediakan beberapa pameran untuk mendidik masyarakat tentang cara memelihara dan menilai kesihatan sungai melalui pelbagai aktiviti untuk mempromosikan perkhidmatan yang boleh dilakukan untuk pemuliharaan biodiversiti dan penyelesaian berasaskan alam sekitar – seperti demo pensampelan air dan analisis kualiti air oleh Pusat Analisis dan Penyelidikan Air (ALIR), demonstrasi drone oleh AQUASense dan banyak lagi. Program ini kemudian bertukar warna-warni apabila para peserta mula menghiasi tangga dengan slogan motivasi sebagai peringatan kepada pengunjung lain yang ingin ke kawasan sungai untuk menjaga kebersihan sungai.
“It’s Time for Our River” juga merupakan sebahagian daripada usaha Etika untuk menyumbang dalam pemelihara dan memanjangkan sumber planet yang akan mendorong kesan positif dan pengurusan sumber yang lebih baik. Dengan pelan hala tuju yang telah dirangka oleh Etika untuk masa depan yang mampan dan berdaya tahan, mereka bertekad untuk memenuhi Matlamat Kelestarian Etika melalui inisiatif projek lain seperti pemasangan panel solar, pembelian Tenaga Hijau dari grid, kitar semula sisa tumbuhan kepada baja untuk mengurangkan tapak pelupusan dan usaha lain yang akan mengurangkan pelepasan karbon dan menjimatkan air.
“Etika sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa amalan dan inisiatif kelestarian sejajar dengan misi kami untuk menjadi sebuah syarikat yang lebih hijau untuk pengguna, komuniti dan alam sekitar. Usaha seperti ini bukan sahaja akan membentuk organisasi yang mampan tetapi, Etika sebagai salah sebuah jenama terkemuka dalam industri FMCG, kami perlu memberi kesan pada skala yang lebih besar dalam menangani cabaran-cabaran dari segi alam sekitar dan pemasyarakatan,” tegas Santharuban.
Oleh kerana sungai adalah kurniaan alam yang tiada ganti, Etika ingin memastikan bahawa ia dijaga dengan sebaik mungkin seperti inisiatif ini untuk menjaga alam sekitar – demi membawa impian masa depan yang hijau dipenuhi dengan sungai dan lautan yang jernih dan dikelilingi oleh hutan dipenuhi dengan kehidupan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.