Eratkan Hubungan Bersama Keluarga dan Rakan Di Bulan Ramadan Ini: Cara Menguruskan Musim Perayaan Dengan WhatsApp

Bulan Ramadan yang suci mengimarahkan kehidupan seorang Muslim dengan semangat muhasabah dan kekitaan. Pada bulan ini, ramai yang akan mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan juga rakan, selain merancang aktiviti-aktiviti komuniti dan kebajikan misalnya. Sebahagian besar daripada proses merancang dan menganjur aktiviti seperti ini akan mengambil tempat di atas privasi wadah perbualan WhatsApp.Berikut merupakan antara tip dan idea untuk anda memanfaatkan WhatsApp dengan lebih efektif sambil mencipta kenangan baru bersama insan tersayang pada bulan Ramadan ini.

Rancang sesi iftar maya anda

Iftar atau berbuka puasa di bulan Ramadan sering dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan, tapi bagaimana jika anda ada ahli keluarga dan rakan  yang menetap di luar negara, atau yang berusia lanjut dan tidak dapat berbuka bersama secara fizikal? Anda boleh berhubung  secara maya untuk sesi iftar bersama melalui WhatsApp dengan menggunakan fungsi panggilan video yang boleh menyokong seramai 32 individu. Anda juga boleh memanfaatkan fungsi pautan panggilan untuk merancang  sesi panggilan terlebih dahulu supaya semua orang dapat menyertai panggilan anda dengan mudah.

Kongsi resipi dengan keluarga dan rakan-rakan

Sahur dan iftar merupakan waktu makan yang penting dalam bulan Ramadan, tetapi kadangkala, merancang hidangan selama sebulan boleh memenatkan. Jadi, anda boleh mendapatkan inspirasi dari saling berkongsi idea makanan dan resipi melalui kumpulan WhatsApp  bersama kenalan anda yang turut gemar memasak. Anda juga boleh memuat naik gambar sajian anda sebagai Status dan pamerkan bakat anda kepada para kenalan anda.

Menunaikan amal kebajikan and kemuhibahan

Amalan kebajikan dan kemuhibahan juga menjadi satu tuntutan dalam bulan Ramadan. Tetapkan peringatan untuk menunaikan ibadah Zakat anda dengan menggunakan fungsi mesej diri sendiri dalam WhatsApp lalu pin perbualan tersebut supaya ia kekal dalam fikiran. Selain daripada Zakat,  anda juga boleh merangka pelbagai aktiviti kebajikan berkumpulan dengan menggunakan Komuniti WhatsApp .

Jadikan ucapan Ramadan anda lebih kreatif

Dalam bulan Ramadan ini, anda pasti ingin berhubung dan saling bertukar ucapan dengan keluarga dan rakan sekalian. Peribadikan ucapan anda dengan mencipta avatar anda sendiri atau dengan merakam ucapan dengan kemudahan nota suara. Bagi setiap ucapan yang anda terima, anda juga boleh menggunakan fungsi Reaksi  untuk meluahkan perasaan anda dengan lebih menarik lagi mudah.

Rancang petang yang menyeronokkan di Bazar Ramadan

Turut menjadikan bulan Ramadan lebih istimewa ialah tradisi Bazar Ramadan. Memandangkan ada banyak Bazar Ramadan yang akan dibuka di pelbagai lokasi, anda boleh memanfaatkan WhatsApp Polls untuk membantu anda dan orang tersayang membuat pilihan. Jika anda tersesat dalam kesibukan bazar, anda boleh mengaktifkan fungsi lokasi langsung bagi memudahkan diri anda untuk ditemui.

Lindungi diri anda daripada sindiket penipuan

Sindiket penipuan boleh menggunakan promosi dan tawaran bertema perayaan untuk mengambil kesempatan ke atas orang ramai. Jika anda ada menerima mesej yang mencurigakan, anda boleh lapor dan sekat mesej berkenaan di WhatsApp. Untuk keselamatan pengguna, WhatsApp melindungi perbualan anda dengan penyulitan hujung-ke-hujung, dan dengan mengaktifkan penentusahan dua langkah, anda boleh meningkatkan lagi tahap keselamatan akaun anda. Oleh kerana anda akan saling bertukar mesej dengan ahli keluarga dan pelbagai kenalan, anda juga boleh menasihatkan mereka untuk mengambil langkah keselamatan ini demi kepentingan bersama.

Ambil masa untuk bermuhasabahBulan yang mulia ini bukan sahaja memberi kita peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga dan rakan taulan, tapi juga untuk bermuhasabah. Jika anda memerlukan masa untuk diri sendiri, anda boleh membisukan perbualan dalam kumpulan WhatsApp anda untuk tempoh 8 jam, 1 minggu, atau tanpa tempoh terhad sehingga anda bersedia untuk menyahaktifkannya semula.

© 2023 BlackButterfly DesignArts