Enam Tahun Berturut-turut Memberi Penghormatan Kepada Majikan Graduan Terbaik: Menganugerahkan Majikan Pilihan Graduan Menekankan Komitmen Terhadap Kecemerlangan Graduan


Mahasiswa Malaysia memilih Majikan Pilihan Graduan pada Anugerah Pilihan Graduan ke-6 yang dianjurkan oleh Talentbank.

Enam Tahun Berturut-turut Memberi Penghormatan Kepada Majikan Graduan Terbaik: Menganugerahkan Majikan Pilihan Graduan Menekankan Komitmen Terhadap Kecemerlangan Graduan

Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 Talentbank, pemain utama dalam ekosistem bakat di Malaysia, telah menganjurkan Anugerah Pilihan Graduan (GCA) ke-6 semalam. Acara yang dinanti-nantikan ini, diserikan oleh tokoh terkemuka dari pelbagai universiti dan institusi Malaysia, bagi memberi penghormatan kepada majikan terbaik di negara ini. 30 naib canselor telah hadir ke majlis itu, di mana mereka memainkan peranan aktif dalam mengiktiraf majikan yang terbilang.   

Untuk tahun yang ke-6 berturut-turut, GCA telah diangkat sebagai anugerah penjenamaan majikan graduan paling berwibawa di rantau Asia Pasifik. Tahun ini, GCA berjaya memecah rekod setelah mencatatkan 464,220 undian terkumpul daripada pelajar universiti, menandakan penyertaan tertinggi sejak anugerah itu mula dianjurkan.

Edisi keenam GCA turut menyaksikan persaingan sengit di mana lebih 2,500 syarikat telah bersaing untuk mendapatkan penghormatan dalam lebih daripada 90 kategori. Antara pemenang utama termasuklah AIA Shared Services, Johnson & Johnson, Petronas, Sunway University, Top Glove, dan UNIQLO yang berjaya memenangi anugerah itu untuk kali yang kelima berturut-turut. Sementara itu, Maybank, EY, Maxis, AIA, Touch ‘n Go dan Intel turut berjaya mengekalkan rekod kemenangan mereka dalam kategori masing-masing.    

Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho berkata, “Anugerah Pilihan Graduan yang dipilih 100% oleh mahasiswa mencerminkan aspirasi tenaga kerja baharu. 25 syarikat terbaik telah menunjukkan kecemerlangan dalam pekerjaan graduan, menetapkan penanda aras untuk syarikat-syarikat lain.”

Enam Tahun Berturut-turut Memberi Penghormatan Kepada Majikan Graduan Terbaik: Menganugerahkan Majikan Pilihan Graduan Menekankan Komitmen Terhadap Kecemerlangan Graduan
Ben Ho, CEO of Talentbank, delivers the opening speech at the Graduates’ Choice Awards, highlighting the evolving expectations of the young workforce.

Tahun ini, GCA telah bekerjasama dengan universiti tempatan bagi menyediakan platform untuk siswazah yang baru sahaja bergraduasi supaya mereka dapat menyuarakan pilihan pekerjaan mereka. Dapatan daripada tinjauan komprehensif menunjukkan bahawa graduan baharu mengharapkan gaji permulaan antara RM3,000 hingga RM3,500 sebulan. Mereka turut meletakkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan, keterjaminan pekerjaan, dan pembangunan kerjaya sebagai matlamat kerjaya utama untuk 2023.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, memuji usaha Talentbank dengan menyatakan, “Menerusi penyelarasan dengan universiti, Talentbank berjaya merapatkan jurang antara akademia dan dunia profesional, yang memberi manfaat kepada pelajar dan majikan.”

Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Malaya, Dr. Iskandar Abdullah menggalakkan pelajar untuk menerokai peluang dengan syarikat-syarikat yang memenangi anugerah ini, yang terkenal kerana komitmen mereka terhadap pekerjaan graduan.

Anugerah Pilihan Graduan Talentbank, sejajar dengan misinya untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk platform pemadanan kerjaya, pameran kerjaya, penilaian kebolehpasaran, dan perkhidmatan penempatan pekerjaan, semuanya direka khusus bagi mewujudkan hubungan yang signifikan dalam sektor pekerjaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Talentbank dan Anugerah Pilihan Graduan, sila layari https://www.graduateschoiceaward.com/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts