Emina, Beauty Bestie Gadis Remaja

Keceriaan meneroka produk kecantikan yang dirumus khas untuk kulit remaja!

Kuala Lumpur, November 2022 – Emina, jenama kecantikan untuk remaja yang terkemuka dari negara seberang Indonesia, kini telah memperkukuhkan jenamanya di Malaysia dengan ketersediaan produk di Shopee, Tiktok Shop dan juga di Watson, rangkaian peruncit penjagaan kesihatan dan kecantikan terunggul.

Segalanya dicipta untuk memenuhi keperluan dan kehendak remaja. Produk yang dirumus khas, serta bungkusan produk yang direka khas dengan reka bentuk dan warna comel, bagi menarik minat dan bertepatan dengan tema Beauty Bestie.

Membawa slogan, “Born to be Loved”, Emina mengajak para wanita, khususnya gadis remaja untuk hidup dengan prinsip berkasih sayang, bergembira dan bercita-cita, ini untuk menggalakkan mereka berani menjadi diri mereka yang unik sambil menunjukkan keyakinan peribadi dan kecantikan mereka sendiri.

Mengulas mengenai kemasukan jenama Emina ke Malaysia, Clarissa A. Gunawan, Ketua Kumpulan kepada Emina Cosmetics berkata, “Emina telah meletakkan dirinya sebagai satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk gadis remaja di Indonesia. Ini kerana kami mempunyai kepakaran yang berupaya memahami kulit dan impian kecantikan golongan remaja. Kami teruja untuk membawa produk khas bagi golongan remaja ke pasaran Malaysia untuk menjadi Beauty Bestie kepada gadis, melalui barisan produk kami yang berkualiti tinggi. Selain itu, kami tidak sabar untuk menanamkan semangat penerokaan kecantikan dan keceriaan Emina di seluruh Malaysia.”

Di antara koleksi kegemaran Emina adalah penjagaan kulit Emina Bright Stuff serta pelbagai produk kosmetik seperti Glossy Stain dan macam macam lagi.

Emina, Beauty Bestie Gadis Remaja
Emina Bright Stuff Series

Koleksi Penjagaan Kulit Emina

Rangkaian Emina Bright Stuff direka khas untuk merawat kulit kusam dan mencerah kulit. Rangkaian ini termasuk pembersih, toner, serum, pelembap, face mask, dan air micellar. Semua produk dalam koleksi Bright Stuff diperkaya dengan ekstrak summer plum dan agen pencerah berganda yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat dan lembut pada kulit, terutamanya remaja. Bukan sahaja ia mencegah kulit kusam, koleksi Emina Bright Stuff juga melembapkan kulit dan melindungi daripada pencemaran.

“Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, kami percaya bahawa remaja perempuan menghadapi waktu yang paling sukar. Di peringkat usia akil baligh yang membawa bersama pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering dan sebagainya akibat perubahan hormon. Ramai gadis menjadi tidak selesa kerana perubahan ini lantas menjejaskan penampilan mereka dan keyakinan diri mereka. Di Emina, kami memahami
perkara ini dan ingin mencipta produk yang akan membantu gadis remaja melalui masa yang mencabar ini. Itulah sebabnya kami mencipta rangkaian penjagaan kulit Emina dengan formulasi lembut dan berkesan yang dibangunkan secara saintifik agar sesuai untuk kulit remaja,” tambah Clarissa.

Kosmetik Untuk Remaja

Selain dari penjagaan kulit, Emina juga menawarkan produk kosmetik! Bermula dari kategori bibir, mata, solekan muka, serta alat kecantikan, Emina fokus pada formula yang ringan, mudah digunakan, harga yang berpatutan dan berkualiti untuk memastikan remaja kelihatan segar, berasa yakin dan tidak lupa dengan sisi ceria mereka.

Untuk menyerikan gadis remaja dengan personaliti yang menyeronokkan, ceria dan aktif, Emina telah terinspirasi untuk mencipta rangkaian glossy lip tint yang akan meninggalkan kilauan indah pada bibir. Tint bibir berkilat ini didatangkan dengan tekstur gel yang cair, ringan dan tahan lama sesuai untuk remaja yang aktif semasa dalam perjalanan! Rangkaian ini diperkaya dengan Lilin Lebah Semulajadi, dan bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin E seperti Minyak Avocado dan Minyak Apricot untuk mengekalkan bibir lembap dalam lima warna comel iaitu Autumn Bell, Candy Rain, Spring Dazzle, Apple Shower, and Peach Sprinkles!!

Emina, Beauty Bestie Gadis Remaja
Emina Squeeze Me Up

Semua koleksi penjagaan kulit Emina diperakui Halal. Ini termasuk Bright Stuff, Bright Stuff for Acne Prone, Ms Pimple, Skin Buddy, Aloe Vera, Sun Battle dan koleksi Lip Care. Dalam kategori kosmetik, Emina membawa Glossy Stain, Magic Potion, Creamy Tint, Lip Creamatte, Cheeklit Cream Blush, Cheeklit Pressed Blush dan banyak lagi. Jadi bestie, siap sedia untuk memilih produk Emina idaman anda!

Produk Emina kini boleh didapati dalam talian dan atas talian di Watsons, Shopee, dan Tiktok Shop, dengan harga mesra remaja bermula dari RM6 hingga RM35.20. Lawati keceriaan kecantikan sosial Emina di Instagram untuk mengetahui aktiviti yang menyeronokkan dan tawaran menarik di @eminacosmetics_my, dan Tiktok di @eminacosmeticsmy.

Maklumat lanjut tentang setiap rangkaian penjagaan kulit dan kosmetik, dan imej resolusi
tinggi tersedia di sini.

© 2023 BlackButterfly DesignArts