Electrolux Memperkenalkan Siri Cucian UltimateCare™ Baharu dengan Penjagaan Lembut Khusus untuk Hijab dan Batik

Sempena Raya ini Electrolux menjalin kerjasama dengan Tudungruffle, merevolusikan penjagaan pencucian untuk fabrik lembut dan berwarna cerah

Electrolux Memperkenalkan Siri Cucian UltimateCare™ Baharu dengan Penjagaan Lembut Khusus untuk Hijab dan Batik

Electrolux, peneraju global dalam peralatan rumah, mengembangkan siri mesin basuh dan pengering UltimateCare™ yang inovatif, kini direka khusus bagi memberikan penjagaan lembut dan optimum untuk fabrik lembut seperti kain tudung dan batik. Kelengkapan rumah terbaharu yang bercirikan warisan Scandinavia ini merupakan satu pencapaian penting kerana ia adalah mesin basuh pertama dari Electrolux yang direka dengan mempertimbangkan tekstil unik ini. Dilengkapi program pencucian muatan penuh yang pantas dalam masa hanya 45 minit, rangkaian baharu ini menampilkan pelbagai fungsi pintar dan solusi penjagaan yang mudah digunakan untuk meminimumkan jejak alam sekitar di samping mengoptimumkan penjagaan fabrik.

Rangkaian UltimateCare™ baharu ini menggabungkan teknologi penjagaan fabrik yang inovatif, bagi memastikan busana kesayangan anda seperti selendang, tudung, dan helaian batik tradisional dibersihkan dengan teliti sambil mengekalkan keutuhan, kelembutan dan keceriaan warnanya. Selain berkesan menghilangkan kekotoran, kitaran pencucian lembut juga mengurangkan kesan haus dan lusuh, menjadikannya pilihan ideal untuk pakaian yang lembut halus dan berharga yang gayakan setiap hari oleh ramai orang.

Untuk meraikan pelancaran itu dan bertepatan pula dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, Electrolux bergandingan dengan Tudungruffle, jenama terkemuka dalam rekaan hijab, menyatukan teknologi penjagaan fabrik dengan fesyen kontemporari. 

“Kami sedar bahawa hijab dan batik bukan sekadar pakaian, ia adalah elemen penting dalam ekspresi peribadi seseorang dan budaya Malaysia,” kata Vincent Lee, Pengurus Besar Electrolux Malaysia. “Dengan rangkaian UltimateCare™ baharu ini, kami berharap dapat memberikan solusi pencucian yang menghargai dan mengekalkan kecantikan fabrik yang lembut halus ini, memastikan ia kekal segar, cantik dan selesa dipakai lama. Pelancaran ini meneguhkan kedudukan premium kami sebagai peneraju dalam penjagaan pakaian yang lestari, sementara kerjasama dengan Tudungruffle pula membolehkan kami untuk berhubung dengan pengguna secara lebih dekat, terutama dalam persiapan menyambut Hari Raya tidak lama lagi.”

Rangkaian cucian UltimateCare™ baharu ini menampilkan lima ciri istimewa iaitu:

  • Penjagaan Hijab & Batik: Program pencucian yang direka khusus melindungi fabrik hijab dan batik yang lembut, memastikan pembersihan unggul sambil mengekalkan keceriaan warna.
  • Pencucian Muatan Penuh dalam 45 Minit: Nikmati pembersihan yang cepat dan jimat tenaga dengan pencucian muatan penuh pada suhu 30°C dalam masa 45 minit sahaja.
  • Penjagaan Kebersihan: Kitaran cucian dengan wap lembut pada 40°C yang memberikan penjagaan asas kebersihan untuk pakaian harian dan pakaian bayi.
  • Program Sanitasi: Fungsi cucian dan wap pada suhu lebih dari 60°C menghapuskan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus biasa. Diperakui oleh Swissatest.
  • Rekabentuk Mesra Alam: Teknologi cekap dan jimat tenaga mengurangkan penggunaan air dan elektrik, menyediakan solusi lestari untuk rumah moden.

Kerjasama Sambutan Raya dengan Tudungruffle

Bagi menyambut Hari Raya yang bakal tiba, Electrolux menjalin kerjasama dengan Tudungruffle menawarkan pelanggan set cenderamata eksklusif mengandungi tudung dan aksesori asli, bernilai sehingga RM199, dengan pembelian rangkaian cucian Electrolux UltimateCare™ baharu, sementara stok masih ada.

Ketahui lebih banyak mengenai kolaborasi Raya dan siri Electrolux UltimateCare™ baharu di peruncit terkemuka, dengan harga jualan yang disyorkan bermula daripada RM2,059. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Electrolux di https://www.electrolux.com.my/ dan platform media sosialnya di:

© 2024 BlackButterfly DesignArts