ATLAS Vending telah melancarkan beberapa acara dengan kolaborasi bersama universiti-universiti dan NGO tempatan untuk menyambut Earth Hour 2023.
Kuala Lumpur, 7 April 2023 – Semenjak tahun 2007, Earth Hour kini merupakan salah satu pergerakan akar umbi yang terbesar di dunia, ianya telah menggerakkan jutaan individu untuk ‘memberikan satu jam demi bumi’ melalui aktiviti ‘detik tanpa lampu’ yang ikonik. Untuk terus menunjukkan komitmen yang lestari, ATLAS Vending, penyedia mesin layan diri yang terkemuka, telah melancarkan beberapa siri acara yang bertujuan mendidik dan membina kesedaran mengenai isu alam sekitar bersempena Earth Hour pada tahun ini.
Melalui inspirasi yang diperoleh daripada Earth Hour, ATLAS Vending telah menutup 150 mesin layan diri di seluruh universiti-universiti di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang, pada 25 Mac 2023 bermula dari 8.30pm sehingga 9.30pm. Inisiatif ini adalah selaras dengan gerakan global untuk menyemarakkan perubahan-perubahan positif demi alam sekitar melalui cara-cara penggunaan tenaga. Tambahan lagi, ATLAS Vending juga telah melancarkan kempen kebajikan bermula dari 23 Mac 2023 sehingga 22 April 2023, melalui kerjasama dengan Green Hero, sebuah NGO yang membantu dalam pengelakan pembaziran makanan. Semua pendapatan menerusi jualan minuman yang dikumpul daripada mesin-mesin layan diri ATLAS semasa tempoh kempen ini, akan didermakan kepada Green Hero.
Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, berkongsi bahawa selaras dengan tema Earth Hour tahun ni, ‘Shape Our Future’, ATLAS berharap untuk membawa perubahan yang positif kepada alam sekitar melalui inisiatif-inisiatifnya. “Sejak sekian lama, kami memberi tumpuan untuk menyokong pelbagai usaha kelestarian dan kebajikan awam. Penyertaan kami dalam Earth Hour tahun ini merupakan satu peringatan di mana setiap usaha, tanpa mengira samada kecil atau besar, adalah penting untuk memelihara bumi kita ini.”
“Penyertaan kami dalam Earth Hour adalah lebih daripada hanya menutup bekalan elektrik ke mesin layan diri kami. Ia juga merupakan peringatan kepada setiap individu, organisasi dan korporasi supaya bertanggungjawab ke atas segala tindakan kami terhadap alam sekitar dan bumi ini. Kami amat mempercayai ini merupakan satu simbol perpaduan dan harapan, dan juga sebagai satu pengesahan bahawa usaha kami secara keseluruhannya mampu untuk membawa perubahan positif kepada bumi,” kata Amy.
“Selain menyediakan makanan dan minuman yang disukai ramai melalui beberapa jenis mesin layan diri, mesin-mesin kepunyaan kami telah direka untuk memberi manfaat kepada alam sekitar dengan menggunakan lampu LED yang mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 65% berbanding lampu fluoresen.”
Mesin-mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan Smart Energy Control, yang sentiasa memastikan penggunaan elektrik yang efisien dan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 40%. Satu lagi inisiatif ATLAS Vending dalam penyumbangan kepada penjagaan alam sekitar adalah melalui kitaran semula pembungkusan sekunder untuk kesemua produknya yang diletakkan di dalam mesin, di mana inisiatif ini telah melibatkan rantau bahagian Tengah, Utara dan Selatan. Kakitangan ATLAS Vending juga memakai pakaian seragam korporat dan kemeja-T yang direka semula secara efektif daripada kitaran semula 11,000 botol plastik terpakai.
ATLAS Vending juga akan berganding bahu dengan para pelajar universiti melalui peraduan ‘ATLAS Greenovate My Campus Contest’ dengan harapan untuk memperluaskan kesedaran perlindungan alam sekitar khususnya kampus universiti mereka. Ianya akan berlangsung dari 23 Mac 2023 sehingga 22 April 2023. Para pelajar yang berminat boleh menghantar cadangan ‘bagaimana menjadikan kampus anda lebih lestari’ melalui ATLAS Vending Facebook page (dengan persembahan slaid atau karangan esei) dan satu video ringkasan cadangan berdurasi 1 minit dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Untuk memupuk minat dan membantu dalam memberikan kesan positif terhadap alam sekitar, ATLAS Vending akan memilih beberapa cadangan yang bernas daripada universiti-universiti dan memberikan dana sebanyak RM10,000 untuk merealisasikan inisiatif ini.
“Earth Hour secara menyeluruh adalah untuk mendidik komuniti sambil memberikan pendedahan kepada masyarakat. Dengan penglibatan generasi muda secara aktif untuk berkongsi idea-idea dan pendapat mereka tentang cara menghijaukan kampus universiti mereka, kami akan memberikan peluang-peluang kepada pemimpin-pemimpin masa hadapan negara untuk mengambil langkah yang positif dan membina sebuah dunia yang aman damai bersama alam semula jadi,” Amy mengungkap.
Marilah bersama berjuang untuk melindungi dan memelihara bumi yang indah ini dengan meneladani Earth Hour sebagai peringatan kepada semua. Ambillah tanggungjawab dan buatlah perubahan yang positif.
Untuk maklumat lanjut tentang ATLAS Vending dan inisiatifnya menyambut Earth Hour, sila layari www.atlasasia.co