Dutch Lady Milk Industries Berhad Teroka Segmen Pertumbuhan dengan Produk Baharu dan Lebih Baik

Jenama tenusu terkemuka Malaysia komited untuk terus  berkembang melalui inovasi dan resipi lebih baik memenuhi perkembangan tren pengguna

PETALING JAYA, 1 September 2020 – Dutch Lady, jenama tenusu No. 1 di Malaysia, memperbaharui portfolio produk Susu Cecair dan Susu Tepung Keluarga untuk memanfaatkan pasaran yang berkembang yang kini lebih fokus kepada tren pengguna yang menitikberatkan aspek kesihatan. Namun demikian Dutch Lady masih teguh dengan komitmennya untuk membina keluarga yang kuat dengan produk susu bernutrisi dan berkualiti tinggi.

Untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, Dutch Lady telah menambah baik resipinya dengan wajah baharu. Jenama ini yang sinonim dengan susu yang  lazat serta penuh dengan nutrisi dan membekalkan khasiat kepada rakyat Malaysia lebih daripada 57 tahun. Wajah dan resipi baharu ini membolehkan jenama ini terus berkembang selari dengan kesedaran kesihatan pasaran tempatan yang kian meningkat.

Dutch Lady Milk Industries Berhad Teroka Segmen Pertumbuhan dengan Produk Baharu dan Lebih Baik

“Kami teruja untuk memperkenalkan Dutch Lady baharu yang ditambah baik kepada rakyat Malaysia pada tahun 2020. Susu Dutch Lady sememangnya pilihan ramai pengguna di Malaysia, nutrisi dan kebaikan susu  itu sendiri memainkan peranan penting,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI), Tarang Gupta.

 “Resipi yang lebih baik ini selari dengan objektif asal Dutch Lady untuk terus memberikan khasiat kepada pengguna melalui nutrisi tenusu yang berkualiti dan dipercayai. Oleh itu, kami yakin bahawa produk Susu Cecair dan Susu Tepung Keluarga Dutch Lady ini akan diterima-baik oleh pengguna di Malaysia dan Dutch Lady dapat terus berinovasi dan menggalakkan  lebih ramai rakyat Malaysia minum susu dan kekal sihat,” tambah Tarang.

Tarang turut menambah bahawa produk Dutch Lady ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan  DLMI untuk mengembangkan industri tenusu tempatan sambil memperkenalkan resipi yang lebih baik yang dapat memenuhi permintaan selera rakyat Malaysia bagi penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, sejajar dengan Agenda Kesihatan Nasional kerajaan untuk tujuan membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit.

“Sebagai tanda bahawa formulasi semula produk ini mencapai standard yang terbaik, produk Susu Cecair dan Susu Tepung Keluarga Dutch Lady telah mencapai kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat Malaysia (Healthier Choice Logo), oleh Kementerian Kesihatan yang mengambil kira jumlah lemak, kalsium dan gula bagi kategori tenusu – membolehkan pengguna membuat pilihan yang tepat dalam kategori yang sama ketika membuat keputusan pembelian.

Selain meningkatkan kesedaran pengguna tentang kebaikan dan informasi produk Dutch Lady, DLMI juga komited dalam menyokong usaha Kerajaan untuk membina langkah keselamatan makanan negara setelah impak yang dirasai akibat penularan pandemik COVID-19. Dengan pembelian tanah industri seluas 32.59 ekar di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan dengan harga RM56.79 juta, DLMI merancang untuk mengembangkan keupayaan produksi dan berharap dapat membantu mendorong industri tenusu dan halal tempatan, yang merupakan kunci keselamatan makanan dan mengurangkan kebergantungan pada produk makanan yang diimport.

Tambahan itu, sebagai inisiatif DLMI untuk mengukuhkan komitmennya dari segi  lestari, pek baharu produk Dutch Lady diperbuat dari bahan pembungkusan bersumber sepenuhnya dari hutan yang diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC) dan sumber terkawal lain. Pek baharu DLMI akan menyediakan maklumat langkah-langkah untuk mengitar semula dan kod QR pada setiap pek tersebut memberi peluang kepada pengguna untuk mengakses maklumat lanjut mengenai lokasi pusat kitar semula, langkah-langkah dan faedah mengitar semula dengan satu imbasan.

Pengguna boleh mendapatkan produk susu Dutch Lady di semua pasar raya besar dan pasar raya, serta platform e-dagang mulai Ogos.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang diperbaharui ini, log masuk ke Instagram dan laman Facebook Dutch Lady di https://www.instagram.com/dutchladymy dan https://www.facebook.com/dutchladymalaysia atau layari laman  sesawang Dutch Lady di www.dutchlady.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts